google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: September 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

 

Blogging adalah rutin harian seorang blogger.Sebabnya blogging merupakan satu aktiviti menarik dan menyeronokkan.Selain itu sudah terbukti oleh ramai blogger tanahair bahawa blogging boleh menjana sumber pendapatan iaitu duit.

 

Namun hukum alam tetap berpaksikan bahawa setiap pekara  mesti kita pelajari untuk menguasainya.Tidak kira peringkat asas,pertengahan malahan lanjutan.Begitulah halnya dengan belajar tentang buat duit dengan blogging.

 

 

Saya  mengakui bahawa saya seorang yang agak lemah dalam menguasai perkara baru.Tambahan sebagai seorang yang sudah biasa bekerja mendapat gaji  tentulah membuat duit daripada blog masih terasa sukarnya.

 

 

Dunia blogging sudah saya kenal pada tahun 2009.Pada ketika itu saya sering membaca blog-blog mendapat limpahan rezeki berbentuk duit.Meskipun sebagai pembaca senyap setiap hari saya telah berazam untuk membina blog seperti mereka.Tulis artikel dan dapat duit.Setakat itu pemahaman saya suatu ketika dahulu.

 

 

Saya akhirnya berguru dengan Uncle Google untuk membina blog.Sudah semestinya blogspot kerana ia percuma.Saya tampal iklan Mr Nuffnag sana dan sini dalam blog.Saya berharap ada orang klik dan dapat duit.Tidak cukup dengan itu saya ikut program affialiate untuk jual ebook.Masa tu belum kenal lagi jomniaga atau jobdirumah

 

 

Setelah beberapa bulan mencuba  saya dapat tidak apa-apa sen pun duit dari aktiviti blogging ini.Saya agak kecewa lalu meninggalkan blog dalam jangka masa yang sangat lama.Adapun sekali sekala menjengah blog untuk suka-suka dan dah tak berminat lagi.

 

 

Entah macam mana minat menulis saya kembali membuak-buak.Saya terfikir untuk menulis buku,artikel,diari dan apa sahaja.Pada akhir tahun 2012 saya berazam kembali untuk menjadi blogger.Siang dan malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk  menjadikan saya seorang penulis blog yang mampu menulis dengan baik.Seterusnya boleh menjana kewangan.Alhamdullilah saya berjaya kembali terjun dalam dunia blogging.

 

 

Jadi dengan izin Allah SWT saya memberanikan diri untuk membeli domain dan hosting sendiri untuk blog-blog yang akan saya uruskan.Saya merancang untuk melabur pendapatan ke dalam blog setiap bulan.Ada ke tidak hasilnya saya tetap teruskan kerana blog bukan sekadar untuk mendapat duit semata-mata sebagaimana pandangan saya dahulu.Saya tetap yakin blogging juga boleh menjana pendapatan lumayan sebagaimana telah dibuktikan oleh blogger-blogger yang tersohor.

 

 

Kini saya urus dua buah blog.Satu blog ini difokuskan untuk aktiviti blogwalking yang membawa niche blogging.Manakala blog utama lebih kepada organik trafik.Tumpuan kepada pembaca umum dengan membawa isu semasa,maklumat dan ilmu yang  sewajarnya untuk dikongsikan.

 

 

Cabaran yang saya hadapi untuk kedua blog ini tentulah trafik,teknik SEO dan reka bentuk blog itu sendiri.Sejujurnya saya belum berupaya menjana kewangan yang boleh beri balik modal.

 

 

Apa-apapun saya tetap bersyukur kerana blog-blog saya pernah menang beberapa kontes yang disertai.Meskipun kemenangan pada peringkat sagu hati.Atas dasar untuk terus mencuba dan mencuba buat duit dari blog saya tanpa segan silu menyertai satu mini kontes yang hebat anjuran blogger hebat iaitu Tuan Sabree Hussin.Rakan-rakan blogger boleh menyertainya dengan klik sahaja link yang tertera di bawah ini.

 

 

http://www.sabreehussin.com/blogging/mini-contest-apa-yang-saya-belajar-tentang-buat-duit-dengan-blogging/ 

 

duit

kredit : ping.busuk.org

 

 

Sekilas pandang,

 

Proses belajar tentang buat duit dengan blogging baru bermula untuk saya.Saya tidak akan mengundur walaupun setapak ke belakang.Saya  cabar diri saya untuk terus belajar,belajar dan belajar lagi cara buat duit melalui blogging.

 

Saya juga berharap rakan-rakan blogger yang lain kuatkan semangatkan dan tingkatkan usaha untuk menjana duit dari blog.Jika belum berjaya seperti saya maka teruskan perjuangan untuk terus belajar dan menjalani selok belok buat duit dengan blogging.

 

 

Oleh itu cara yang boleh dijadikan panduan buat duit ialah menyertai mana-mana kontes.Paling tidak sertai mini kontes ini.Sebab yang jelas iaitu  mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.

 

 

ps: Senarai penaja ialah Titan (link >> http://ahmadfaizal.com) , Juan ( link >> http://www.wanwidget.com) dan Suri (link >> http://www.cahayacinta.com)

 

 

 

 

 

 

 

 

.

Sambutan Jubli Emas Sarawak Merdeka Dalam Malaysia 2013

 

Hari bersejarah pada 16 September 1963 masih kekal dalam ingatan bagi penduduk Sarawak khasnya dan rakyat  Malaysia amnya.Pada hari tersebut Persekutuan Malaysia telah terbentuk.

 

Negeri Sarawak bebas dari Kerajaan British.Sebelum kerajaan British, Sarawak berada dalam cengkaman Kerajaan Brooke yang dipelopori oleh Rajah Brooke.Penjajahan wilayah Sarawak bermula setelah Kesultanan Brunei yang memerintah telah menyerahkan Negeri Sarawak kepada orang putih.

 

Peristiwa ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semangat patriotik kepada penduduk Sarawak.Kalau tidak masakan seorang pejuang hebat arwah Rosly Dhoby sanggup menyerang orang putih ketika itu yang bernama Duncan Steward.Perjuangan nasionalisme ini amat bermakna dan tidak mungkin dilupakan dalam rentetan Sejarah Negeri Sarawak.

 

Setelah 50 tahun berlalu Negeri Sarawak terus maju dalam Malaysia.Taraf hidup rakyat semakin meningkat.Pembangunan infrastruktur bertambah pesat.Sokongan ekonomi dan politik kepada kerajaan pusat bertambah kuat.Begitulah sebaliknya.

 

Kini peranan generasi muda rakyat tertumpu kepada proses kestabilan dan perpaduan kaum.Memang wajar kerana negeri Sarawak dihuni oleh 27 etnik yang berbeza adat,budaya dan amalan harian.Pengalaman peribadi sendiri merasai bahawa perbezaan ini bukan penghalang untuk bersatu padu.Malah kami hidup sebagai keluarga besar yang mempunyai kepelbagaian warna dan corak kehidupan.Amat unik namun bersama kerana cintakan keamanan.

 

Sekilas pandang,

 

Perbezaan politik,agama dan budaya bukan alasan untuk tidak bersatu padu.Saya faham bahawa keturunan yang kita warisi bukan kehendak kita sendiri.Ia adalah kehendak Illahi dan kita hanya bersyukur lahir di Malaysia.Tanda kesyukuran kita mesti sayang Malaysia dengan hati,fikiran dan tindakan 

 

Logo-50-Tahun-Sarawak-Merdeka

kredit :http://blog.pahan.my

Ulasan Buku : Rahsia Masuk Syurga

 

 

Salam 1Malaysia,

 

Sudah terlalu lama saya membuat ulasan buku.Saya juga agak kurang membaca sejak kebelakangan ini dek kerana sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

 

Walau sesibuk manapun saya tetap paksa diri untuk membaca sedikit buku.Tambahan pula saya sudah dibatasi oleh aktitviti blogging.Sebagai blogger saya wajib menulis,kemaskini blog dan membuat blogwalking.

 

 

Judul: Rahsia Masuk Syurga

Penulis : Muhammad Mahmud Abdullah

Penerbit : Synergi Media

Ketebalan : 103

 

Ulasan:

 

Buku ini amat sederhana.Namun isi kandungan padat dengan huraian yang disertakan ayat-ayat Al Quran dan Al Hadis.

 

Semua orang mengimpikan syurga terutamanya orang beriman.Jika ditanya seorang demi seorang sudah tentu mereka tak nak dihumbankan ke neraka.Cuma mereka yang masih berhati batu sahaja leka dengan maksiat sehingga tidak memperdulikan ancaman dari Allah SWT.

 

Penulis telah membincangkan 14 Cara Untuk memudahkan Kita masuk ke syurga Allah SWT.Insya Allah dengan rahmat dan keredhaanNya juga.

 

1.Beriman dan tidak syirik

2.Amal soleh

3.Takwa dan khauf

4.Hijrah dan Fisabillilah

5.Taat kepada Allah dan Rasulnya

6.Makriful haq

7.Siddiq

8.Sabar

9.Jual beli yang untung (Allah SWT tebus diri kita dengan pahala)

10.Istiqamah

11.Taubat

12.Perniagaan yang menyelamatkan

13.Berbakti kepada ibubapa

14.Zikirullah

 

Huraian tentang perkara tersebut  boleh didapati dengan membaca buku ini selanjutnya.Memang bukan itu sahaja kerana banyak lagi huraian tentang kubur dan persoalan iman.

 

Sekilas pandang,

 

Saya mengakui proses mendekatkan diri kepada Allah SWT merupakan satu perjuangan dalam hidup kita.Keikhlasan perlu supaya segala amalan kita dapat diterima.

 

Harga kepada syurga terlalu mahal dan tak  terbanding dengan segala kekayaan yang ada di muka bumi ini.Dalam masa yang sama kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya  dan makhlukNya yang melata juga melampaui kemurkaanNya.Wallahualam

 

kredit :http://www.sambooks.com.my

5 Kesan Baik Kenaikan Minyak Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat Malaysia

 

Sekarang memang hangat diperkatakan bahawa kenaikan bahan api di Malaysia.Kenaikan ini berlaku kerana pengurangan subsidi oleh kerajaan.Tanpa kita sangkal lagi kenaikan dan pengurangan yang dilakukan oleh kerajaan bertujuan untuk kebaikan jangka panjang.

 

Pada pandangan saya ada 5 perkara baik yang boleh kita terima tentang kenaikan  20 sen  seliter minyak petrol RON95,diesel dan 15 sen seliter untuk RON 97.

 

1.Mulakan tabiat berjimat ketika berbelanja

 

Saya tidak katakan tidak boleh berbelanja langsung.Apa yang saya maksudkan ialah kita berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak.Keupayaan kita mengawal nafsu untuk berjimat dapat menyelamatkan tunai mengalir keluar dengan cepat.

 

2.Bekerja lebih keras

 

Secara tidak langsung kenaikan kos hidup telah memaksa kita bekerja lebih keras lagi.Produktiviti meningkat membolehkan kita menerima kenaikan gaji selaras dengan produktiviti yang dihasilkan.Maka tidak hairan ada selepas ini ada yang berpeluang menerima kenaikan gaji,pangkat dan pelbagai lagi insentif yang lain oleh majikan masing-masing.Harap begitulah.

 

3.Kreatif mencari pendapatan sampingan

 

Tidak kira apa kerja yang anda lakukan janji halal dan tidak menyalahi undang-undang maka digalakkan untuk mencuba.Contohnya melakukan kerja dari rumah secara separuh masa seperti di [ini].Selain itu kepada mereka yang berminda niaga boleh memulakan perniagaan online seperti yang diingini.Lama web ini tempat anda mendaftarnya.[KLIK]

 

4.Memilih pengangkutan awam untuk ke tempat kerja

 

Jika sebelum ini anda selesa memandu kereta ke tempat kerja maka kenaikan bahan api ini merangsang anda untuk berfikir semula untuk guna bas,komuter,kereta api dan sebagainya.Bagaimanapun congak dahulu untung ruginya supaya pilihan itu tepat.Namun jika berpihak kepada pengangkutan awam maka jangan ragu-ragu lagi.

 

5.Peluang untuk meluangkan masa lebih banyak di rumah

 

Masih ingatkah kita kempen Rumahku Syurgaku suatu ketika dahulu.Kempen ini boleh kita laksanakan ketika ini dan masih relevan sampai bila-bila.Apalah gunanya membeli  rumah yang mahal-mahal namun banyak masa diluangkan dalam kereta,tempat kerja dan pusat membeli belah.Jadi perbanyakan masa dirumah sambil bersama anak dan isteri baik waktu lepas kerja maupun hujung minggu.

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai rakyat Malaysia yang masih hidup selesa ketika ini hendaklah bersyukur.Mereka yang hidup bawah paras kemiskinan pula hendaklah berusaha lebih supaya hidup lebih selesa.Pokok pangkalnya kita adalah apa yang kita fikirkan,

 

 

petrol naik

Ulasan Buku : Nota Hati Seorang Lelaki

 

Salam 1Malaysia,

 

Polemik lelaki versus wanita mudah menjadi perhatian ramai.Lelaki akan rasa tercabar egonya jika wanita mendahului lelaki.Sebaliknya pula wanita rasa terpinggir jika lelaki ingin menyatakan rasa mendominasi semua perkara dalam dunia ini.

 

Namun buku yang bertajuk Nota Hati Seorang Lelaki tidak membicara polemik demikian.Ia adalah buku yang sangat santai yang ditulis dalam format bual bicara ala-ala cerpen pendek.Tahniah kepada tuan penulisnya iaitu Pahrol Mohd Juoi.Beliau adalah wartawan dan pengarang yang tersohor  tanahair.

 

Saya mengambil masa yang agak lama membaca buku ini.Walaupun ketebalan hanya 272 mukasurat.Dengan penggunaan ayat teknik bual bicara saya merasai kehebatan buku melalui mesej yang tersurat dan tersirat.Bahkan permainan kata yang memukau dan seni bahasa yang tinggi.

 

Buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn.Bhd. pada tahun 2009 masih relevan sehingga ulasan buku yang saya buat ini.Harga sekitar RM 22.00 bagi penduduk Sabah dan Sarawak masih dianggap murah jika dibandingkan dengan nilai ilmu dan panduan berguna yang diingin disampai oleh penulis.

 

Penulis membuka gelanggang penceritaan dengan Nota Hati Seorang Anak sebagai bahagian pertama.Dalam bahagian ini pengarang cuba untuk menyampaikan mesej kepada pembaca sebagai seorang anak.Penulis bercerita dengan mengambil watak datuk,dia sendiri dan anaknya.

 

Dalam bahagian yang kedua pula Penulis bercerita melalui kaca mata seorang suami.Banyak kisah menarik yang dipaparkan.Paling menarik kisah perkahwinan dan tanggungjawab sebagai seorang suami.Kisah-kisah ini perlu pembaca ambil iktibar supaya perkahwinan yang dibina dapat berkekalan lama.

 

Bab yang ketiga pula penulis mencatatkan nota sebagai seorang ayah.Lihat bagaimana dia mendidik anak lelaki dan anak perempuan.Ada pesanan yang saya terkesan ialah mendidik anak perempuan perlukan perhatian yang berbeza berbanding anak lelaki.

 

Bab yang terakhir sekali ialah nota hati seorang da’i.Seorang pendakwah yang cuba memberi kefahaman kepada pembaca tentang konsep Islam.Ramai antara kita yang tahu agama namun tidak ramai yang betul-betul faham.Lantaran itu imej islam hanya tertonjol kepada perkara yang tertentu sahaja.Sedangkan agama islam mudah dan disebabkan yag mudah kita sering ambil mudah.

 

Sekilas pandang,

 

Membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki membawa pembaca seakan-akan berbual bicara bersama penulis.Memang menyeronokkan dan mudah difahami.

 

nota hati seorang lelaki

WW: Minyak Naik lagi

 

 

minyak naik lagi

kredit : www.google.com

5 Rahsia Mengembalikan Hubungan Seks Suami Isteri

 

Salam 1Malaysia,

 

hiburan

kredit : www.hiburan.my

 

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab.Ia bukan sekadar untuk menghalalkan hubungan lelaki dan wanita yang telah diikat sebagai suami dan isteri.

 

 

Namun perkahwinan tidak dapat lari dari  isu yang melibatkan hubungan seks.Bahagia atau derita sesuatu perkahwinan tersebut memang bergantung kepada perkara asas tersebut.

 

 

Kedinginan hubungan suami isteri akan bermula setelah beberapa tahun.Lebih-lebih lagi setelah mempunyai cahaya mata sama ada dua,tiga dan seterusnya.

 

 

Langkah drastik perlu dilakukan supaya keharmonian rumahtangga terpelihara.Antara seperti berikut:

 

 

1.Pasangan sentiasa bersedia

 

Baik suami atau isteri mereka perlu bersedia untuk berkhidmat untuk pasangan masing-masing.Memang bukan mudah kerana cabaran sekarang ini kita bekerja.Keletihan dan stress akan mengganggu fikiran.Jika setiap pasangan faham situasi maka keinginan yang perlu dilampiaskan itu bila-bila masa.

 

2.Rangsangan yang tepat

 

Oleh kerana usia perkahwinan sudah lama maka ada pasangan sudah tidak romantik lagi.Situasi bukan alasan untuk tidak berasmara dengan pasangan suami isteri.Jadi untuk mengembalikan saat indah malam pengantin setiap pasangan mesti bijak merangsangan pasanganya.Tak kisah sesiapa yang memulakan.

 

3.Mandi bersama

 

Masyarakat kita masih segan untuk mandi bersama suami isteri.Mereka memandang serong dan memberi seribu alasan untuk mengelakkan mandi bersama.Tambahan pula jika ada anak-anak atau saudara mara dirumah.Kelebihan mandi bersama boleh mendorong suami isteri untuk melakukan hubungan seks.

 

4.Mencari masa untuk berdua-duaan

Suami atau isteri yang terlalu meluangkan masa bersama anak-anak tidak salah.Namun jika terlampau bersama anak-anak maka si suami akan makan hati.Jika si suami pula dominan dengan anak-anak maka isteri akan terpinggir.Lebih baik cari masa untuk berdua-dua tanpa ada anak-anak di sisi supaya suasana baru kahwin akan terbina.

 

5.Percutian romantik

 

Jika ada bajet yang elok maka cari masa untuk bercuti suami isteri.Tinggalkan anak-anak buat sementara waktu demi kelangsungan perkahwinan tersebut.Perkara asas ini jika diamalkan akan mengundang hubungan seks suami isteri lebih baik dari setahun ke setahun.Manfaatnya juga akan kembali ke anak-anak kerana mereka mempunyai keluarga bahaya.

 

 

Sekilas pandang,

 

Tanggungjawab suami dan isteri ialah mengekalkan perkahwinan tersebut selama yang boleh.Kata orang biar ke syurga bersama.

 

Kaedah yang paling berkesan ialah hubungan seks namun perkara ini menjadi rahsia dalam masyarakat kita.

 

Ketaatan isteri melayan kehendak suami manakala suami berkorban diri untuk menyara keluarga  adalah penyumbang kebahagiaan rumahtangga.

 

7 Jenis Perwarna Makanan Yang Berbahaya Kepada Manusia

 

 

Salam 1Malaysia,

 

Secara alami mata kita amat suka kepada kecantikan.Kita suka kepada warna yang pelbagai.Jadi hairan makanan dan minuman juga turut diwarnai  supaya nampak lebih menyelerakan.Sedar tak sedar warna yang kita sukai itu sebenarnya membahayakan kesihatan kita.

 

 

warna tiruan

kredit : http://w1.hmetro.com.my

 

Terdapat 7 perwarna yang membawa implikasi buruk kepada kesihatan manusia.

 

 

1.Carmoisine atau kemerahan

 

Perwarna ini menyebabkan kanser,alahan dan keracunan makanan.Kod yang biasa digunakan ialah E122

 

2.Briliant Blue

 

Dikatakan pewarna jenis ini menyebabkan kanser,kerosakan kromosom,alahan dan hyperaktif kepada kanak-kanak.Kod yang digunakan ialah E133.

 

3.Tartrazine atau jingga kekuningan

 

Bahaya pewarna ini menyebabkan kanser,merangsang migrain dan alahan.Kodnya ialah E102.

 

4.Sunset Yellow

 

Jelas bahawa pewarna ini menyebabkan kanser kepada manusia.Negara maju seperti Norway,Sweden dan Finland telah mengharamkan penggunaanya.Kod yang digunakan ialah E110

 

5.Ponceau 4R

 

Jenis pewarna ini menyebabkan kanser,alahan,lelah dan pembengkakan tisu.Kod yang digunakan ialah E124

 

6.Amaranth

 

Namanya sahaja kita  sudah  tahu bahawa pewarna ini telah memberi amaran bahaya kepada kesihatan.Kod yang digunakan ialah 123

 

7.Erythrosine atau Red no.3

 

Ujian yang dillakukan ke atas haiwan didapati menyebabkan tumor tiroid.Selain itu menyebabkan lelah,ruam dan hyperaktif.Kod yang digunakan ialah E127

 

 

Sumber; Buku Makan Berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002

 

 

Sekilas pandang,

 

Perwarna-perwarna yang dinyatakan diatas amat berbahaya jika penggunaan jangka panjang dan kuantiti yang banyak

 

Namun begitu perwarna ini masih dibenarkan penggunaannya di Malaysia.berbanding negara maju.Alasanya kita masih  berfikiran tidak apa dan terserah kepada takdir semata-mata.