google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

 

Blogging adalah rutin harian seorang blogger.Sebabnya blogging merupakan satu aktiviti menarik dan menyeronokkan.Selain itu sudah terbukti oleh ramai blogger tanahair bahawa blogging boleh menjana sumber pendapatan iaitu duit.

 

Namun hukum alam tetap berpaksikan bahawa setiap pekara  mesti kita pelajari untuk menguasainya.Tidak kira peringkat asas,pertengahan malahan lanjutan.Begitulah halnya dengan belajar tentang buat duit dengan blogging.

 

 

Saya  mengakui bahawa saya seorang yang agak lemah dalam menguasai perkara baru.Tambahan sebagai seorang yang sudah biasa bekerja mendapat gaji  tentulah membuat duit daripada blog masih terasa sukarnya.

 

 

Dunia blogging sudah saya kenal pada tahun 2009.Pada ketika itu saya sering membaca blog-blog mendapat limpahan rezeki berbentuk duit.Meskipun sebagai pembaca senyap setiap hari saya telah berazam untuk membina blog seperti mereka.Tulis artikel dan dapat duit.Setakat itu pemahaman saya suatu ketika dahulu.

 

 

Saya akhirnya berguru dengan Uncle Google untuk membina blog.Sudah semestinya blogspot kerana ia percuma.Saya tampal iklan Mr Nuffnag sana dan sini dalam blog.Saya berharap ada orang klik dan dapat duit.Tidak cukup dengan itu saya ikut program affialiate untuk jual ebook.Masa tu belum kenal lagi jomniaga atau jobdirumah

 

 

Setelah beberapa bulan mencuba  saya dapat tidak apa-apa sen pun duit dari aktiviti blogging ini.Saya agak kecewa lalu meninggalkan blog dalam jangka masa yang sangat lama.Adapun sekali sekala menjengah blog untuk suka-suka dan dah tak berminat lagi.

 

 

Entah macam mana minat menulis saya kembali membuak-buak.Saya terfikir untuk menulis buku,artikel,diari dan apa sahaja.Pada akhir tahun 2012 saya berazam kembali untuk menjadi blogger.Siang dan malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk  menjadikan saya seorang penulis blog yang mampu menulis dengan baik.Seterusnya boleh menjana kewangan.Alhamdullilah saya berjaya kembali terjun dalam dunia blogging.

 

 

Jadi dengan izin Allah SWT saya memberanikan diri untuk membeli domain dan hosting sendiri untuk blog-blog yang akan saya uruskan.Saya merancang untuk melabur pendapatan ke dalam blog setiap bulan.Ada ke tidak hasilnya saya tetap teruskan kerana blog bukan sekadar untuk mendapat duit semata-mata sebagaimana pandangan saya dahulu.Saya tetap yakin blogging juga boleh menjana pendapatan lumayan sebagaimana telah dibuktikan oleh blogger-blogger yang tersohor.

 

 

Kini saya urus dua buah blog.Satu blog ini difokuskan untuk aktiviti blogwalking yang membawa niche blogging.Manakala blog utama lebih kepada organik trafik.Tumpuan kepada pembaca umum dengan membawa isu semasa,maklumat dan ilmu yang  sewajarnya untuk dikongsikan.

 

 

Cabaran yang saya hadapi untuk kedua blog ini tentulah trafik,teknik SEO dan reka bentuk blog itu sendiri.Sejujurnya saya belum berupaya menjana kewangan yang boleh beri balik modal.

 

 

Apa-apapun saya tetap bersyukur kerana blog-blog saya pernah menang beberapa kontes yang disertai.Meskipun kemenangan pada peringkat sagu hati.Atas dasar untuk terus mencuba dan mencuba buat duit dari blog saya tanpa segan silu menyertai satu mini kontes yang hebat anjuran blogger hebat iaitu Tuan Sabree Hussin.Rakan-rakan blogger boleh menyertainya dengan klik sahaja link yang tertera di bawah ini.

 

 

http://www.sabreehussin.com/blogging/mini-contest-apa-yang-saya-belajar-tentang-buat-duit-dengan-blogging/ 

 

duit

kredit : ping.busuk.org

 

 

Sekilas pandang,

 

Proses belajar tentang buat duit dengan blogging baru bermula untuk saya.Saya tidak akan mengundur walaupun setapak ke belakang.Saya  cabar diri saya untuk terus belajar,belajar dan belajar lagi cara buat duit melalui blogging.

 

Saya juga berharap rakan-rakan blogger yang lain kuatkan semangatkan dan tingkatkan usaha untuk menjana duit dari blog.Jika belum berjaya seperti saya maka teruskan perjuangan untuk terus belajar dan menjalani selok belok buat duit dengan blogging.

 

 

Oleh itu cara yang boleh dijadikan panduan buat duit ialah menyertai mana-mana kontes.Paling tidak sertai mini kontes ini.Sebab yang jelas iaitu  mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.

 

 

ps: Senarai penaja ialah Titan (link >> http://ahmadfaizal.com) , Juan ( link >> http://www.wanwidget.com) dan Suri (link >> http://www.cahayacinta.com)

 

 

 

 

 

 

 

 

.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori permainan blog.. dengan judul Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/09/apa-yang-saya-belajar-tentang-buat-duit.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi.com - Saturday, 21 September 2013

Comments (21)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
alhamdulillah, ada input bagus yang mengalakkan ekau terus ingin maju.. bagus tu bro, jangan berundur bila dah mulakan langkah.. :)
My recent post Uncle Zuan Blog
2 replies · active 601 weeks ago
terima kasih kerana memberi sokongan..
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
den nampak contest ni sangat menarik, mungkin akan join nanti.. :)
My recent post Uncle Zuan Blog
terima kasih atas sokongan dan penyertaan :-)

saya dah baca pengalaman dan proses pembelajaran yang terpaksa dialami, memang bukan mudah
My recent post Mini Contest : Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
1 reply · active 601 weeks ago
yalah tuan..bukan semudah yang disangkakan..namun saya wajib gandakan usaha.
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
semoga tuan boleh berjaya juga nanti..
My recent post Laporan Terkini Kaji Selidik Backlink (siri 2)
gud luck bro..memang banyak perkara yang menarik tentang blogging..salah satunya buat duit..
My recent post Jumlah Lelaki Melebihi Wanita Di Malaysia
1 reply · active 601 weeks ago
duit menjadi motivasi terpenting juga bro..
satu perkongsian yang baik...
1 reply · active 601 weeks ago
terima kasih bro..
Emm sebab tu kita kena kuat bro..jangan mengalah dek emosi dan suasana..terus cekal demi mengejar impian yang dibina..dah lepas ni jangan stop blogging lagi yer..haha
My recent post Wordless Wednesday #69 – Apa Komen Korang Semua?
1 reply · active 601 weeks ago
insya Allah dengan sokongan rakan -rakan saya tak akan berhenti
My recent post 100 Blog Yang Berjaya Diterjah Dalam Misi Blogwalking (siri 1)
tak pernah habis ilmu untuk dipelajari
makin banyak belajar, makin banyak yang tak diketahui
My recent post Sambung Atau Tidak
1 reply · active 601 weeks ago
memang itu sifat ilmu tuan..sebab itu orang berilmu menjadi 'humble'
My recent post 100 Blog Yang Berjaya Diterjah Dalam Misi Blogwalking (siri 1)
Cerita yang berinspirasi. :D

Hebat Tuan MrHanafi. Saya sokong semangat Tuan. Teruskan usaha. Saya yakin Tuan berjaya menjan RM 4 angka dengan mudah melalui blog. ;)

Saya doakan tuan semakin kaya dan berjaya.
My recent post Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
1 reply · active 599 weeks ago
terima kasih atas sokongan dan dorongan pihak tuan.Insya Allah saya berusaha ke arah itu..
My recent post Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
seronok baca entry ni. Bagi semangat pada org2 cam saya. Tu la... mana ada benda yg bleh buat buta tuli pastu berjaya. Semua kena blajar. Bak kata org, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, .....".. Tq for this nice entry.
My recent post [KOD: 0524] Telekung Lycra - kelabu
1 reply · active 599 weeks ago
saya setuju dengan pendapat ini..biar bersakit dahulu dan bersenang kemudian..
My recent post Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Post a new comment

Comments by