google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: November 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Lagi Isu Tentang Villa Nabila

 

Johor Bahru: Banglo lama, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mencetuskan kekecohan selepas dikaitkan dengan insiden kehilangan seorang remaja lelaki pada 16 November lalu tidak akan dirobohkan.

 

Ia dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Ismail Karim yang mengesahkan villa berkenaan tidak menimbulkan kemudaratan kepada orang ramai.

 

“MBJB boleh mengambil tindakan merobohkan mana-mana bangunan jika membahayakan masyarakat.


“Setakat ini kami tiada perancangan merobohkan villa itu walaupun kosong kerana tidak mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada masyarakat,” katanya, semalam.

 

Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik banglo itu dalam tempoh dua minggu dan berakhir minggu depan.

 

“Villa Nabila dimiliki dua pihak iaitu seorang individu warga Singapura dan sebuah syarikat. Mengikut rekod kami, kedua-dua pihak menjelaskan cukai setiap tahun, malah tiada tunggakan direkodkan.


“Kami mengeluarkan notis itu untuk memerintahkan mereka membersihkan serta memagar kawasan berkenaan bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan berkenaan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan  dalam Harian Metro pada : 2013/11/29

is

Sumber : http://www.search.ask.com

Ibu muda semakin ramai di Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Jumlah ibu muda yang kian meningkat di Malaysia menimbulkan kebimbangan pertubuhan pembangunan keluarga tempatan dan antarabangsa.

 

Tahun lalu, lebih 18,000 remaja melahirkan anak di negara ini, 75 peratus daripadanya remaja yang berkahwin dan selebihnya akibat perbuatan sumbang.

 

Wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) Malaysia Michelle
Gyles-McDonnough, berkata peningkatan jumlah ibu muda bererti semakin ramai
wanita kehilangan peluang mencapai potensi tertinggi masing-masing dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan serta memberi kesan
langsung terhadap ekonomi negara.

 

"Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagai
isu, daripada menamatkan serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan
peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah
kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara," kata
beliau pada majlis pelancaran laporan Keadaan Penduduk Dunia 2013 `Menjadi Ibu
Ketika Kanak-kanak: Menghadapi Cabaran Kehamilan Remaja', di sini.

 

Oleh itu, katanya, wujud keperluan memberi pendidikan seks sewajarnya bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mencegah perkahwinan dan kegiatan
seks ketika usia muda.


Gyles-McDonnough berkata, pendidikan seperti itu terbukti dapat membimbing
kanak-kanak supaya menangguhkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan jenis
dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul akibat perbuatan masing-masing.
Katanya, menyalahkan remaja perempuan bagi kehamilan yang berlaku dalam
kalangan mereka sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sebenarnya
masyarakatlah yang perlu bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk
mendidik golongan itu dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfatkan
potensi diri masing-masing dengan sepenuhnya.


Sementara itu, pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar berharap anggota Parlimen memainkan peranan aktif
dalam mendidik orang ramai supaya mencegah perkahwinan kanak-kanak di kawasan
masing-masing.


Beliau berkata, Malaysia perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia
memberi kesan langsung terhadap masa depan negara.


"Sebagai negara membangun, isu ini perlu dibincang dan diselesaikan agar
Malaysia tidak kehilangan pemimpin masa depannya," kata beliau sambil menambah
bahawa penggubal undang-undang di negara ini perlu bertindak secara serius untuk
mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan
remaja.

 

p/s :Dipetik dari  http://www.hmetro.com.my

 

 

khairul-screenshot

 

Sekilas pandang:

 

Trend begini membimbangkan saya kerana anak-anak akan terabai kasih sayang.Bila dah besar boleh mencetus gejala sosial yang  lebih kronik.

 

Saya amat menyarankan agar pasangan suami isteri mendapatkan maklumat panas ini untuk mengekalkan alam rumahtangga masing – masing

 

Review Buku :Rahsia Kekayaan Apek

 

Dalam banyak-banyak buku yang telah saya baca sebelum ini saya cukup tertarik untuk review buku Rahsia Kekayaan Apek.Mungkin tajuknya yang menarik memang menghambat hati saya untuk mentelaah dan mengamalkan sebaik mungkin kandungan buku ini.Insya Allah kerana mengamalkan ilmu yang sedikit lebih bermanfaat daripada hanya mengetahui ilmu yang banyakl

 

Rahsia Kekayaan Apek

 

Buku ini ditulis oleh Saudara Rohami Shafie bersama Saudara Shahifol Arbie Ismail.Difahamkan penulis pertama ialah seorang pensyarah di universiti Utara Malaysia.Beliau memiliki kelayakan 2 ijazah sarjana Sains Perakaunan dan sarjana Sains Kewangan.

 

Penulis kedua pula juga seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia.Berkelayakan ijazah sarjana dalam perakauanan.Berdasarkan tahun buku ini ditulis beliau sedang mengikuti program doktor falsafah dalam bidang Pengurusan Pengetahuan( pemelajaran organisasi)

 

Secara keseluruhannya buku ini ditulis untuk membincangkan ilmu pengurusan kewangan.Satu bidang ilmu yang sangat penting untuk dipelajari dan diketahui oleh semua orang.Kisah kejayaan Apek menjadi subjek utama untuk dibincangkan.Kita semua sedia maklum bahawa Apek ialah satu insan yang biasanya digambarkan sebagai orang cina yang hidup terlalu sempoi.Namun menyimpan rahsia kekayaan yang tidak diketahui umum.

 

Watak Apek dalam buku ini tidak diceritakan secara langsung.Namun gaya penceritaan dan teknik penulisan ilmiah yang digabung jalin cukup sempurna.Membaca buku ini tidak membosan malah memberi kefahaman segera kepada para pembaca.

 

Ada 5 bahagian utama dalam buku ini.Setiap bahagian ada bab-bab tertentu yang tidak mungkin untuk ditinggalkan oleh pembaca.Dengan ketebalan 174 mukasurat saya percaya tidak sukar untuk menghabiskannya dalam masa 2 hari.Ia telah diterbitkan pada tahun 2010 oleh Life Abundance Trading.Maklumat lanjut berkaitan buku ini boleh dilayari di [SINI]

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai seorang pembaca yang inginkan kebebasan kewangan saya menyarankan buku Rahsia Kekayaan Apek mesti dimiliki segera!Jika terlambat, impian dan usaha para pembaca dalam bidang pengurusan kewangan boleh tergugat.Tentulah saya terasa sangat rugi kerana tidak memiliki buku ini awal-awal lagi.

 

Sejujurnya saya tidak mahu kekesalan ini turut dirasai oleh para pembaca sekalian.Jadi adalah lebih elok juga para pembaca menambah ilmu didada dengan turut memiliki ebook yang hangat sekarang ini iaitu Formula Rahsia Buat Duit dengan ASB menggunakan teknik BIJAK

 

Rahsia-Duit-ASB-923x1024

Mengapa Penceraian Berlaku?

 

Encik Fairuz (bukan nama sebenar) merupakan seorang kakitangan swasta yang bekerja di ibukota. Telah mendirikan rumahtangga bersama insan tersayangnya iaitu Zaqiah (bukan nama sebenar) selama dua tahun.

 

Puan Zaqiah juga bekerja sebagai pembantu pegawai di salah-sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.

 

Hari-hari mereka berlalu seperti biasa. Akan tetapi, semakin lama mereka berkahwin, semakin hilang rasa ‘kemanisan’ hidup berumahtangga. Masing-masing mula sibuk dengan tugasan harian masing-masing.

 

Encik Fairuz sentiasa sibuk mencapai cita-cita membina kerjaya manakala Puan Zaqiah sibuk dengan urusan rumahtangga. Hanya Puan Zaqiah yang nampaknya ambil berat urusan rumahtangga disamping dalam masa yang sama perlu menggalas tanggungjawab di pejabat.

 

Pulang sahaja ke rumah, Encik Fairuz akan terus duduk depan TV, sambil berkain sarungnya dan duduk terlepak. Yang dia tahu perut mesti kenyang.

 

Mereka berdua sering bergaduh dan sudah mula tidak sehaluan dalam memberi pendapat. Sering bertengkar dan masing-masing mempertahankan ego masing-masing.

 

Lama-kelamaan akibat tidak tertahan lagi segala luka dan perasaan yang terpendam dalam hati Zaqiah, Puan Zaqiah telah meminta cerai.

 

Kini rumahtangga mereka diambang kemusnahan.

 

Akibat kurangnya ilmu dalam mengendalikan konflik hubungan rumahtangga, akhirnya perkahwinan mereka berdua tidak mampu bertahan …

 

images

ihsan google image

 

 

Memang agak menakutkan kisah tadi kan? Cuba bayangkan jika ianya terjadi dalam rumahtangga anda.

 

Dalam melayari bahtera rumahtangga, sudah pastinya semua orang inginkan kebahagiaan yang berpanjangan hingga akhir hayat.

 

Akan tetapi, pada hakikatnya, ianya tidaklah semudah yang disangka. Banyak dugaan, cabaran dan ujian yang bakal anda tempuhi di sepanjang perjalanan hidup anda bergelar suami-isteri.

 

Diantara dilema dan dugaan yang terpaksa anda lalui adalah:-

  • Kurang pendedahan dan pengetahuan sejak sebelum berkahwin bagaimana cara berkesan untuk mengendalikan konflik rumahtangga.
  • Anda mula rasakan, anda dan pasangan kini hadir dari dua ‘dunia’ berbeza. Amat sukar untuk memahami pasangan anda. Waktu sebelum berkahwin lain, kini dah kahwin lain pula perangainya.
  • Takut dan gerun rasanya bila melihat kes-kes perceraian dikalangan pasangan suami-isteri kian meningkat. Kalau boleh anda pun taknak la menjadi ‘penyumbang’ kepada statistik kes perceraian tersebut.
  • Tak tahu secara jelas apakah sebenarnya punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian.
  • Mungkinkah apa yang anda lakukan ataupun kesilapan-kesilapan lampau bersama pasangan anda merupakan punca perceraian yang selama ini anda tidak ketahuinya.
  • Kalau ada masalah rumahtangga, rasa buntu untuk fikirkan jalan penyelesaian terbaik. Patutkah minta bantuan ‘orang ketiga’ seperti rakan-rakan atau ibubapa? Awas! Ini adalah salah-satu punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian jika anda awal-awal lagi mohon bantuan ‘orang ketiga’ tersebut.

 

Konflik dan pergeseran pendapat antara anda dan pasangan anda jika tidak dibendung serta diambil tindakan terhadapnya dari awal, ianya bakal mengundang kesan buruk dan padah di kemudian hari.

 

Antara kesan langsung yang mungkin anda tidak sedar akan berlaku adalah:-

  • Perasaan saling cinta-mencintai antara anda berdua akan kian pudar lalu akan sampai satu tahap ianya tidak boleh menjadi mekar kembali.
  • Hidup anda akan tertekan hingga boleh mendatangkan kesan terhadap prestasi anda di tempat kerja.
  • Membuatkan anda tidak tenang kerana sering pening kepala akibat terlalu tertekan memikirkan masalah rumahtangga yang tiada jalan penyelesaiannya.
  • Secara tidak sedar, sikap anda yang hanya membiarkan sahaja masalah rumahtangga anda begitu sahaja tanpa usaha menyelesaikannya bakal membuatkan anda sedang menuju ke jalan perceraian secara tidak anda sedari!

 

Sudah tentu anda tidak ingin perkara-perkara di atas terjadi ke atas diri anda.

 

Usah risau, jika anda rasakan sudah buntu untuk mencari jalan bagaimana untuk mengendalikan konflik serta mengelakkan perceraian.

 

Segala keluh-kesah anda bakal ditamatkan dengan…[Sila KLIK gambar]

 

 

99 Punca Perceraian Di Malaysia

Ebook Untuk Pelabur Saham!

 

Ya! Ebook ini bukanlah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam permainan saham, yang mana masih lagi "blur-blur" bagaimana mahu membuka akaun trading. Ini kerana, di dalam ebook ini TIADA panduan mengenai "Bagaimana mahu membuka akaun trading? Apa itu candle stick? Apa itu Bursa Malaysia?" dan perkara-perkara asas yang lain.

 

Ebook ini adalah untuk pelabur-pelabur yang paling kurang, sudah biasa atau familiar dengan carta saham atau pun yang sudah biasa dengan  analisis forex... ianya lebih sesuai untuk mereka yang sudah lama berada di pasaran saham tetapi masih lagi tidak mampu menjana keuntungan yang memuaskan.

Ianya adalah sebuah ebook yang akan memberikan panduan secara terperinci bagaimana mahu menganalisa carta saham sesebuah syarikat dan bilakah masa yang sesuai untuk membeli ataupun menjualnya. Ianya lebih menjurus kepada "Technical Analysis".

 

Dengan mengikuti panduan yang diberikan di dalam ebook ini.....

 

  1. Anda TIDAK PERLU lagi menyesakkan kepala anda dengan berpuluh-puluh technical indicator untuk mentafsirkan satu-satu pergerakkan saham.Ianya hanya membuatkan diri anda berada dalam keadaaan analisis-paralysis yang akhirnya tidak akan membantu anda langsung untuk membuat sebarang keputusan.

  2. Anda TIDAK PERLU lagi menghiraukan kebanyakkan berita yang disajikan di akhbar-akhbar atau portal berita internet berkenaan saham-saham tertentu yang kebanyakkannya, hanya bertujuan untuk memancing pelabur biasa untuk membeli saham yang sudah tidak diingini oleh institusi kewangan.

  3. Anda TIDAK PERLU lagi bergantung kepada pendapat orang lain tentang mana satu saham yang patut dibeli. Tetapi, anda akan mampu membuat keputusan sendiri dengan YAKIN untuk beli sesuatu saham yang menguntungkan!

Sebenarnya, di dalam ebook ini, anda akan didedahkan dengan 3 element penting dalam menganalisa pasaran saham.. Ya! hanya 3 perkara sahaja yang perlu anda lihat untuk mengetahui sesuatu saham itu bagus atau tidak untuk dijual-beli. Ianya pula hanya mengambil masa sekitar 1 jam sehari sahaja untuk membolehkan anda menganalisa keseluruhan pasaran saham dan akhirnya membuat keputusan yang tepat sama ada mahu membeli atau menjual!.

 

Namun begitu, kaedah yang saya dedahkan di dalam ebook ini tidaklah menjanjikan pulangan 100%, 200%, 300% atau lebih dalam masa yang singkat. Jika itu yang anda mahu, maka ebook ini bukanlah untuk anda. Apa yang pasti.. kaedah yang saya dedahkan di dalam ebook ini akan..

 

  1. Memastikan anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Itu yang paling utama.

  2. Jika anda mengikut langkah-langkah yang diajarkan tanpa gagal dan berdisplin, anda hampir pasti akan mendapat keuntungan yang konsisten di dalam pelaburan saham berbanding menggunakan kaedah-kaedah lain!

  3. Walaupun ebook ini adalah ebook DIY saham, tetapi saya tetap akan membimbing anda hingga anda dapat menggunakan kaedah ini dengan sempurna. Saya telah menyediakan forum khas untuk anda rujuk dan menanyakan soalan-soalan berkenaan kaedah kyang ada dalam ebook ini.

ebk

Kecurangan Menghancurkan Rumahtangga

 

Anda mungkin pernah mendengar pepatah Melayu yang berbunyi "Air Yang Tenang Jangan  Di Sangka Tiada Buaya". Tengok muka nampak baik dan alim, namun rupa-rupanya ada pasang satu lagi dalam senyap.

 

Kes-kes pasangan curang seperti ini memang sering kita dengar di dalam masyarakat kita. Anda pasti pernah menonton drama di televisyen mengenai pasangan yang curang. Kadang-kala anda sendiri akan tertawa melihat gelagat  si pelakon yang dengan mudah kelentong pasangannya.

 

Namun adakah anda sedar bahawa kes-kes pasangan curang merupakan sebahagian dari kehidupan anda dan kadang-kala ianya berlaku di depan mata anda.


Jika tidak berlaku pada anda sudah pasti ianya berlaku  kepada rakan anda, kenalan anda, rakan sepejabat anda, saudara-mara anda malah mungkin dikalangan keluarga anda sendiri.

 


Kini kes pasangan curang tidak lagi mengira jantina. Kalau dahulu bila sebut sahaja curang, kesalahan tersebut akan jatuh kepada pihak lelaki dan jarang kita dengar wanita yang curang. Namun kini senarionya sudah berubah… tidak kiralah pihak lelaki mahupun wanita sama sahaja dan yang paling membimbangkan ialah peratusan kaum wanita yang curang semakin meningkat!

 


Anda juga mungkin sering mendengar kes suami yang ada skandal dan kahwin secara senyap-senyap di Thailand. Walaupun ada undang-undang yang memerlukan si suami untuk meminta persetujuan isteri pertama sebelum berkahwin lagi, namun bagi si suami yang  terus bernikah di Thailand, dia hanya perlu membayar denda sahaja dan perkahwinannya boleh didaftarkan dengan mudah.

 

Sekarang kes kecurangan dah semakin banyak kategori:

1.   Suami orang skandal dengan anak dara (Ini biasa sangat kita dengar)

2.   Suami orang skandal dengan janda/balu (Ini juga sudah macam kejadian harian)

3.   Isteri orang skandal dengan lelaki bujang (Ini adalah trend yang sedang meningkat)

4.   Isteri orang skandal dengan suami orang (Ini masalah kronik yang amat bahaya!)

 

curang

Sumber gambar : ashadde.com

 

Sekilas pandang:

 

Jalan penyelesaian memang ada.Kalau nak tahu lebih lanjut sila klik pada link dibawah ini :

 

Terbongkar... Kecurangan Pasangan Anda!

Kursus Untuk Para Usahawan Borong Tanahair

 

Berita baik untuk taukeh-taukeh yang berkecimpung dalam perniagaan ini.Peluang ini jarang diperolehi dengan mudah.Jadi jangan lepaskan begitu sahaja!

 

Promosi - Kursus borong

 

 

Anda boleh hubungi saya di sini

 

borong-21

 

Pertanyaan lanjut sila kemukan  di sini

Peraduan Pandu Dan Menang Proton Preve

 

Ramai dikalangan kita sekarang ini sudah menggarukan kepala yang tidak gatal.Sebabnya sudah pokai kerana gaji lambat lagi.Jadi apa kata kalau kita mencuba rezeki dengan mengikuti satu peraduan yang hebat namun mudah untuk menang.

 

Pihak Proton Holding Bhd telah menganjurkan satu peraduan yang hebat.Keseluruhan hadiah bernilai RM400 ribu mesti dimenangi.Hadiah utama ditawarkan adalah sebuah kereta Proton Preve LE.

 

Selain hadiah utama pihak penganjur menyediakan hadiah sampingan berupa TV LED 42 inci,barangan elektrik dan wang tunai.Dikhabarkan ia merupakan hadiah harian.

 

Peraduan yang dinamakan Peraduan Pandu Dan Menang Proton Preve telah berlangsung selama 60 hari.Ia telah dilancarkan pada 20/10/2013 yang lepas dan akan berakhir 17/12/2013.Ayuh kepada yang berminat jangan bertangguh-tangguh lagi.Takut terlepas maka mengigit jari kita.

 

Objektif peraduan ini adalah untuk menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadap produk keluaran syarikat Proton.

 

Pic-2-620x350

Ihsan dari http://funtasticko.net

 

Mereka yang berminat boleh segera ke pusat pengedaran Proton yang mengambil bahagian atau layari laman web proton..Lihat dan baca dengan teliti syarat-syarat penyertaan di bawah ini:

 

1.Pandu uji sebarang model proton pilihan hati.

 

Sudah semestinya ada syarat lain yang wajib diikuti.Kalau tak mana nak bagi begitu sahaja kereta Preve tu.

 

2.Ambil gambar bersama kereta yan g dipandu uji

 

Muatnaik gambar tu ke dalam Facebook dan promosi untuk mendapat likes terbanyak.Sebelum itu ada syarat lain la untuk diikuti.

 

Sekilas pandang:

 

Tindakan yang bijak ialah ambil kesempatan ini sebelum berakhir.Soal menang kira nombor dua kerana hanya yang terbaik layak mendapat habuannya.

 

p/s: Peluang dapat kerja dari rumah ada di SINI

 

.

Teka Teki Malam Pertama

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda saya ucapkan. Terima kasih kerana sudi dan setia bertandang ke blog saya ni. Semoga banyak manfaat yang dapat anda perolehi melalui perkongsian-perkongsian yang telah saya buat selama ini di blog ini.

 

Dalam post saya pada kali ini saya ingin kongsi bersama anda berkaitan malam pertama pengantin. Sejauh manakah anda iaitu bakal-bakal pengantin di luar sana telah bersedia untuk menempuh malam penuh nikmat ini iaitu malam pertama pengantin anda.

 

Bagi yang bujang-bujang dan gadis-gadis sunti di luar sana, sudah pasti malam pertama inilah menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh m. Malam pertama ini merupakan malam yang bakal terpahat dalam memori hidup anda selamanya sejak anda berkahwin.

 

Malam pertamalah menjadi salah-satu 1001 kemanisan yang bakal anda perolehi daripada perkahwinan anda kelak.

 

Tetapi, biar saya tanya kepada anda satu soalan penting. Adakah anda sudah betul-betul bersedia untuk melalui detik malam pertama pengantin anda?

 

Seperti anda sedia maklum, ketika malam pertama lah anda akan melakukan hubungan seks bersama insan tercinta anda buat kali pertamanya.

 

Malah ia juga menjadi detik bersejarah dalam hidup anda di mana buat kali pertama kalinya anda akan lakukan seks.

 

Saya percaya semua orang inginkan kesempurnaan. Ini tidak ketinggalan buat anda. Adakah anda ingin melalui malam pertama pengantin anda dengan kesempurnaan?

 

Mungkin ada yang berpendapat, tiada yang sempurna dalam hidup ini. Tetapi, bukankah baik sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah mencapai kesempurnaan tersebut?

 

Dalam hal malam pertama ini, salah-satu kesempurnaan yang utama ialah, kemampuan anda dan pasangan mencapai kepuasan atau mencapai klimaks atau orgasma dalam hubungan seks malam pertama pengantin.

 

Untuk lelaki, perkara ini tidak menjadi masalah. Bagaimana pula bagi wanita?

 

Wanita secara amnya lebih sukar mencapai puncak orgasma berbanding lelaki. AWAS! Ada kemungkinan besar jika isteri anda katakan dia puas, dia hanya berpura-pura sahaja.

 

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab buat para bakal suami terutama sekali untuk memastikan bakal isteri anda akan turut mampu mencapai tahap kepuasan maksima pada malam pertama pengantin anda.

 

Tetapi, tanpa berbekalkan ilmu yang mencukupi di dada, usah anda bermimpi untuk merealisasikan impian tersebut. Sementara anda punyai masa dan ruang ini, apakata anda lengkapkan diri dengan ilmu yang dimaksudkan.

 

Anda boleh mulakan pencarian salah-satu ilmu dalam hidup berumahtangga ini di bawah ini :

 

ecove2

 

 

p/s: Klik sini Malam Pertama untuk mengetahuinya lebih lanjut.