google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: sembang wang

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am an AI enthusiast.

Catatan Popular

Showing posts with label sembang wang. Show all posts
Showing posts with label sembang wang. Show all posts

3 Tip Tambah Pendapatan

 

Golongan berpendapatan sederhana dan rendah cukup terasa akibat kenaikan kos sara hidup muktahir ini.Tekanan inflasi yang agak terkawal namun memberi kesan jua kepada masyarakat.

 

Ada yang cuba menyalahkan keadaan.Mengeluh dan meratapi perkara yang sudah terjadi.Tidakkah perbuatan ini sia-sia sahaja.

 

images

kredit gambar kepada : www.jomkongsi.info

 

Langkah yang terbaik ialah berusaha untuk menambah pendapatan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut :

 

1.Kerja sambilan

 

Ada banyak kerja sambilan boleh dilakukan tanpa mengganggu pekerjaan utama.Lihat di sini untuk kerja sambilan yang mudah namun boleh dipercayai mendatangkan pendapatan kedua yang lumayan

 

2.Bisnes sambilan

 

Dengan modal yang minima seseorang boleh buat bisnes secara online.Jual barang atau perkhidmatan menggunakkan medium internet.Menjimatkan masa dan boleh dikendalikan walaupun ada pekerjaan utama.Dapatkan bisnes online di sini

 

3.Menjadi seorang blogger

 

Meskipun bukan mendatangkan pendapatan dalam sekelip mata kerjaya sebagai blogger satu cara yang efektif.Melalui blog yang mereka kendalikan,blogger memperolehi pendapatan hasil pengiklanan.program affiliate dan review produk.Sebagai contoh ada blogger yang melakukan secara sepenuh masa seperti blogger Bro Titan

 

Sekilas pandang,

 

Tepuk dada tanya selera.Sekarang terpulang kepada kita untuk ikut salah satu daripada tip yang saya berikan.Perlu saya tegaskan bahawa kejayaan tidak datang bergolek.Usaha dan pengorbanan amat dituntut untuk melakukannya.

10 Alasan Bijak Untuk Bekerja Dari Rumah

 

Siapa yang tak nak bekerja dari rumah.Buat duit dari rumah atau duduk rumah tapi dapat duit.Semua ini bukan lagi fantasi dalam zaman ini.

 

Ia boleh menjadi realiti sejak adanya teknologi maklumat melanda ketamadunan manusia.Namun bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang baru.Bukan sesuatu yang luarbiasa.Cuma kadang-kadang kita sahaja yang tak biasa.

 

download (1)

picture source : www.google.com 

 

Apa-apapun pandangan anda mari kita lihat 10 alasan yang bijak untuk bekerja dari rumah:

 

1.Bebas bekerja

Anda bos dan anda juga kuli.Contohnya seorang blogger.Tak kemaskini blog mana ada orang marah.Paling tidak pembaca lari ke blog lain.

 

2.Bermula kecil-kecilan.

Jangan pening kepala untuk pinjaman bank beribu-ribu.Janji ada komputer dan broadband sudah boleh mula kerja.

3.Bebas berada di semua tempat

Sudah tentu tidak perlukan  pejabat yang cantik-cantik.Kat meja makan,ruang tamu dan beranda rumah boleh beroperasi.

 

4.Bebas masa

Terpulang kepada kita nak kerja 24 jam sehari atau 1 jam sehari pun tak kisah.Sendiri punya masa.Orang lain cuma mampu geleng kepala apabila kita macam tak kerja tapi duit mengalahkan orang bekerja siang dan malam.

 

5.Impian boleh menjadi kenyataan

Sebut sahaja kita mahukan apa.Mau melancong.umrah,beli kereta baru atau orang rumah baru bisa menjadi kenyataan.Janji kerja dari rumah sudah menampakkan hasilnya.

 

6.Banyak masa untuk keluarga

Bab ini ramai CEO dan pegawai atasan cemburu kepada golongan orang yang bekerja dari rumah.Mereka terpaksa meluangkan masa yang begitu banyak untuk kerjaya sebaliknya orang bekerja dari rumah langsung tak berlengang dengan anak isteri.

 

7.Tiada pengalaman diperlukan

Pengalaman jatuh ke tangga no 2.Orang yang bekerja dari rumah belajar satu peringkat ke peringkat yang lain untuk mencipta pengalaman sendiri.

 

8.Semua orang boleh melakukan

Perkara ini boleh merisaukan golongan yang ada kelayakan akademik.Bayangkan sahaja orang yang gagal SPM boleh berjaya sebagaimana lulusan universiti dalam bidang IM,blogger atau usahawan internet yang lain.

 

9.Pasaran yang luas

Kalau dulu pasaran sekitar tempat tinggal sahaja.Kini orang yang bekerja dari rumah menggunakan medium internet dapat menjual ke seluruh dunia waima angkasa lepas sekalipun.Yalah kalau orang yang kerja di stesen ISS tempah seluar kecik yang baharu.

 

10.Produk yang banyak

Pelbagai produk boleh dijual.Barang digital sehinggalah ubat kuat untuk lelaki orang jual melalui internet dari rumah.Tiada orang tahu kecuali produk yang terlarang kerana Allah SWT tak suka orang buat kerja haram.DIA akan ilhamkan kepada pihak berkuasa untuk tangkap mereka ini.

 

Sekilas pandang,

 

Sekiranya anda ada hajat untuk bekerja dari rumah bolehlah mendapat maklumat lanjut di SINI atau laman web ini

Cerita Tentang Duit

Cerita Tentang Duit

Duit adalah keperluan utama dalam kehidupan harian.Dengan adanya duit boleh menyara kehidupan bagi melengkapi keperluan asas seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal.

 

Kekurangan atau ketiadaan duit menjadi pencetus kepada pergolakan dalam serba serbi kehidupan.Lihat kepada isu rumahtangga sehingga kepada isu global.Masalah pengangguran,jenayah dan pelbagai rentetan masalah sosial maupun ekonomi.Memang ngeri untuk dibayangkan jika masalah tiada duit bermahajarela dalam masyarakat.

 

Setiap masalah sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.Sama seperti orang sakit.Sudah semestinya ada ubat sebagai penawar.

Antara langkah yang saya sarankan untuk mengatasi masalah duit ialah seperti berikut:

 

 

 

1.Bekerja makan gaji.

Jangan merasa rendah diri jika kita bekerja makan gaji meskipun upah yang kecil.Kita bekerja mencari duit yang halal.Impak besar apabila kita bekerja tidak lain tidak bukan kita sudah tidak menyusahkan orang lain.Terutamanya kepada atau pasangan bagi yang sudah berumahtangga.

 

2.Berniaga kecil-kecilan

Sebelum menjadi tauke besar mulakan dengan menjadi tauke kecil.Berniaga sudah diakui ramai boleh menghasilkan duit sama ada sedikit maupun banyak.Hukum berniaga mudah.Ada masa untung dan ada masa rugi.Jadi terpulang kepada empunya diri untuk mengawal duit yang diperolehi.

 

3.Berkarya dengan bakat

Tidak ramai yang sedar setiap individu ada bakat untuk diekploitasikan menjadi sumber duit.Suara sedap dan merdu boleh menjadi penyanyi.Ada bakat seni boleh menjadi pelakon,pelawak dan pengacara.Mahir menulis buat buku,blog dan penulis bebas.Bahkan ada bakat memasak boleh menjadi chef di hotel lima bintang.Bakat sukan boleh digilap untuk mendapat pingat di olimpik.

 

Setakat ini dulu perkongsian saya tentang duit.Saya lanjutkan lagi dengan beberapa rangkap pantun bertemakan duit.

 

Cahaya ufuk berbalam-balam,

Indahya suria menyinari permata;

Cari duit siang dan malam,

Habiskan duit sekelip mata.

 

Pohon selasih tumbuh berkait,

Subur menghijau halaman Syikin;

Kalaulah daun umpama duit

akan kupetik sebanyak mungkin.

 

Gagah perkasa datuk panglima,

Datang berjuang di waktu malam;

Duit bukan segala-galanya,

ada batasan halal dan haram.

 

p/s: saya copy dan paste dari blog INI.Kredit kepada penulisnya.

Mensyukuri Nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Dalam kehidupan kita yang semakin sukar dan mencabar wang adalah soal yang menjadi keutamaan dalam benak fikiran.Semua kita ini mempunyai satu matlamat dunia yang sama iaitu mencari wang untuk kelangsungan hidup.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa wang seumpama air kepada  ikan bagi orang hidup susah.Bukan bermaksud merendahkan golongan ini kerana ia adalah hakikatnya pada masa kini.

Usaha kerajaan yang memberi  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan adalah tindakan murni yang dialu-alukan.Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini





download (1)


Bukan itu sahaja orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan RM2000 sebulan ke bawah turut menerima tempiasnya.Tiada pihak yang terpinggir kecuali golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi kerana mereka tidak layak.Namun kemurahan hati kerajaan tetap juga mereka nikmati melalui subsidi minyak,tepung gandum,gula dan minyak masa.

Kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Ia adalah salah satu daripada 200 produk 1Malaysia.Tinggal kini peranan rakyat untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian.Rakyat yang suka kepada kemakmuran perlu banyak bersyukur melalui tindakan dan perbuatan yang sewajarnya.

Antaranya menunaikan hak mengundi dalam Pilihanraya 13 yang berlangsung 5 Mei 2013.Bertindaklah dengan akal fikiran dan bukan dengan emosi marah atau keegoan individu.Tiada masa untuk konsep mencuba kerana tempoh 5 tahun cukup untuk menghancurkan negara jika tersalah pilih.Saya pilih Malaysia.

Berbalik ke soal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) saya sendiri merasa kenikmatannya.Wang ini dapat diguna untuk membeli keperluan harian di Kedai Rakyat 1Malaysia.Jika ada bil-bil utiliti yang tertunggak dapat dilunaskan segera.Pendek kata banyak memberi 101 kemudahan kepada saya dan keluarga.

Golongan bujang pula boleh menambah tabungan untuk keperluan kahwin nanti.Tidak kurang boleh dijadikan tambang untuk pulang ke kampung berjumpa orang tua.Ataupun modal permulaan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.Pendek kata apa sahaja yang bertujuan mengurangkan kos hidup terutama di bandar besar.

Sekilas pandang,

Saya berpendapat bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia satu bentuk ketulusan pihak kerajaan menangani masalah kos hidup rakyat.Kemelaratan hidup rakyat boleh mencetuskan penyakit sosial.Akibatnya prosesnya kemajuan negara terjejas.Timbul pula golongan kaya terus kaya dan golongan miskin terus miskin.Jurang taraf hidup yang terlampau jauh bukan satu petanda positif kepada  negara secara keseluruhannya.

Hebatnya Kalau Ada Wang Yang Banyak

l1s15

Semua orang mahu hidup kaya raya.Mewah dengan harta benda.Banyak wang berjuta-juta.

 

Kalau banyak wang boleh melancong.Boleh buat umrah,naik haji atau menaja perbelanjaan haji kedua orang tua.Buat pahala pun mudah dengan memberi makan anak-anak yatim,orang miskin dan sesiapa sahaja yang memerlukan.Paling tidak pun menderma kepada Tabung Wira Lahad Datu kelolaan Media Prima.

 

Orang kaya yang dermawan pasti banyak bersedekah.Mereka rela mengeluarkan wang yang ada tanpa berkira-kira.Wang tidak boleh dibawa mati.Namun wang boleh mendatangkan pahala yang boleh dibuat bekal menghadapi hari kematian.Tolak dulu soal keikhlasan kerana ia sukar dibuktikan melalui pandangan manusia.Biar Allah SWT yang berhak menilainya.

 

Manfaat sumbangan orang kaya sudah pasti kepada golongan sasaran.Kaum kerabat yang miskin dan sesiapa sahaja yang memerlukan.Lagi besar sumbangan lagi banyaklah manfaat kepada mereka yang berkaitan.Wah alangkah beruntungnya kalau ada orang kaya dermawan yang bertebaran di muka bumi ini.Mereka tidak leka dengan kehidupan dunia.Sebaliknya sentiasa berbuat kebaikan tanpa selagi hayat dikandung badan.

 

Sedar atau tidak pokok perbincangan saya kali ini soal wang dan sedekah.Jadi kalau hendak banyak wang mesti menjadi orang yang gemar bersedekah.Orang yang bersedekah akan dimurahkan rezeki.Kalau dah murah rezeki pasti jalan untuk menjadi orang banyak wang semakin dipermudahkan.Betul tak?

 

Kalau masih belum yakin cuba-cubalah amalkan tabiat bersedekah.Sedekah kepada mereka yang memerlukan.Jangan pula bersedekah sembrono kerana menidakkan golongan yang lebih berhak.

 

Ada yang cuba bertanya kalau hidup serba berkurangan bagaimana pula nak bersedekah?

 

Maksud sedekah jangan pula disempitkan.Sedekah tidak hanya melibatkan wang ringgit,makanan atau minuman.Berkata baik sedekah.Senyum sedekah dan waima mengutip sampah di jalanan merupakan satu sedekah.Cuma yang menariknya kalau ada wang sedekah lebih bererti kerana hidup ini memang perlukan wang.Ada wang adalah segala-galanya.Bahkan ketiadaan wang mampu mengugat keimanan seseorang dan sebaliknya.

 

Pendek kata carilah wang yang halal untuk keberkatan hidup.Keberkatan itu menjamin wang kita akan bertambah dan bertambah banyak.

 

p/s: Mau tahu cara  cari wang lihat sahaja link ini ‘9 Formula Pantas Seru Rezeki’
Berita Baik Untuk Pencarum KWSP-Dividen 6.15 %

Berita Baik Untuk Pencarum KWSP-Dividen 6.15 %

‘’KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.’’

 

Sumber-http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi

 

 

Ehsan:www.yahoo.com

 

Pekerja swasta seperti saya memang gembira mendengar berita yang diumumkan oleh KWSP baru-baru ini.Saya mengharapkan tahun-tahun mendatang peningkatan lebih baik supaya tabung masa hadapan ini lebih berisi.

 

Memang malu untuk diakui kita lemah dalam pengurusan kewangan.Kita suka berbelanja mengikut nafsu dan rakus memenuhi kehendak yang tiada kesudahannya.

Musuh utama gajet teknologi dan aksesori kereta bagi kaum lelaki.Golongan wanita pula cair dengan fesyen pakaian,makanan dan hiburan.

 

Kesan segera kelemahan mengurus wang ialah kita tiada simpanan.Prinsip menabung sedikit demi sedikit sukar untuk dilaksanakan.Jika kita menyimpan wang,pelbagai perasaan kurang senang akan timbul.Ada yang gelisah dan tidak keruan.Namun tidak dinafikan ada yang cukup berdisiplin.

 

Golongan ini tidak ramai.Mereka diam-diam ubi berisi.Gaya hidup sederhana dan lebih mementingkan masa hadapan berbanding masa sekarang.Paling membanggakan mereka dapat menunda keseronokan sehingga tiba masa yang paling sesuai.Tahap kesabaran mereka memang teruji apabila berdepan dengan promosi atau jualan murah.

 

Sebagai alternatifnya kerajaan telah bertindak untuk menubuhkan Kumpulan Wang  Simpanan Pekerja (KWSP)  dalam usaha membantu golongan pekerja yang tidak berpencen menghadapi hari persaraan.Kalau nak harap simpan duit memang payah.Ada sahaja rintangan dan cubaan.

 

Apa yang penting sebenarnya sikap dan  cara berfikir menangani kemelut kewangan.Selain berjimat belanja kita harus bijak mencari ruang dan peluang untuk menambah pendapatan.Wang boleh dapat melalui blog atau internet.Bekerja sambilan dan sebagainya.

 

Pendapatan yang bertambah memungkinkan tabungan bertambah sama ada KWSP,ASB,Public Mutual dan sebagainya.Setiap orang harus menanam prinsip bijak berbelanja menjamin masa tua.

 

 

p/s: jangan lupa untuk mengetahui teknik “Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda
Jana Wang Dari Internet:Adakah semudah kita sangkakan?

Jana Wang Dari Internet:Adakah semudah kita sangkakan?

Teman dalam perjalanan balik dari rutin harian.Singgah sebentar untuk membeli buah langsat import dari negara jiran.Penjaja buah itu menyatakan dia berjaya menjual buah langsat itu sebanyak 10 bakul besar.Andaikan bakul besar itu seberat 50kg bermakna dia menjual 500kg.Sekilo langsat di sini berharga RM3.Secara kasarnya jualan dia RM1500 untuk sehari.Wow amat lumayan sungguhpun hanya berjual di tepi jalan.Itu kisah alam nyata.


Bagaimana pula dengan alam maya?Sudah tentu dalam minda kita bahawa menjana wang melalui internet lebih hebat.Teman cuba mengambil beberapa contoh orang yang sudah berjaya meraih wang dari internet.Blog ini telah membawa hasil kepada seorang ibu.Kini boleh berpuas hati kerana mempunyai pendapatan lumayan.


Lain pula kisahnya dengan seorang bapa yang selalu menerima cek hasil pengiklanan di dalam blognya.Dikhabarkan wang yang diperolehinya itu boleh lepas ansuran kereta,rumah dan pelbagai bayaran lain.


Dalam internet potensinya amat luas.Tiada batasan untuk mencapai apa sahaja yang diingini.Senarai blog yang ada dalam simpanan teman banyak menceritakan bagaimana kejayaan demi kejayaan meraih wang.


Berbalik kepada soalan dalam tajuk ini teman bisa menjawabkan bahawa tiada perkara terlalu mudah.Dalam alam maya kita perlu berusaha dan bekerja keras.Memang perlu ilmu tentang selok belok internet.Dengan ilmu itu kita perlu bertindak segera.Jangan sekadar tahu sahaja.Mesti bersikap proaktif iaitu mencuba setiap kemahiran dan ilmu yang baru.Ilmu banyak untuk dikorek dalam blog hebat ini