google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Jawatan Kosong Sebagai Blogger | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Jawatan Kosong Sebagai Blogger

download (1)

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ada jawatan kosong sebagai blogger?Mungkinkah ada juga yang terfikir syarikat mana yang akan mengajikan seseorang untuk menjadi blogger?

 

Persoalan begini tentu bermain dalam pemikiran   selepas   membaca sepintas lalu tajuk entri ini.Saya pun ingin memohon jawatan tersebut kalau ia benar-benar wujud dalam pasaran kerja.

 

Sebelum kita membicarakan lebih lanjut eloklah rasanya jika saya menjelaskan maksud blogger secara ringkas.Blogger ialah seseorang yang menjadi penulis dalam blog.Mereka ini ada yang sudah menjadi penulis sepenuh masa.Namun  majoritinya  adalah separuh masa.

 

Ada blogger yang serius dan tidak kurang juga yang main-main sahaja.Dalam kalangan mereka ada yang sudah merasai pendapatan yang lumayan dan ada juga sejemput sahaja.Biasanya blogger baru bermula dari kosong.Sudah lumrah alam katakan.

 

Namun begitu ada keistimewaan yang tiada nilainya berbanding wang sebagai ganjaran seorang blogger.Mereka dapat menjalinkan silaturahim tanpa batasan ruang dan waktu.Blogger mendapat kawan dari segenap tempat dan pelusuk buana ini.Sehinggalah saya teringat peribahasa Melayu..berkawan biarlah beribu dan berblog biarlah satu.

 

Selain itu blogger juga memperolehi amal jariah melalui penyebaran ilmu yang bermanfaat.Perkongsian ilmu dan penyebarannya dapat dimanfaatkan secara meluas.Maklum sahajalah kerjaya seorang blogger mempunyai rangkaian kawan,teman dan sahabat mencecah ribuan orang serta ada juga puluhan ribu.Insya Allah ilmu yang baik dan berguna ini mengalirkan pahala yang tidak putus-putus sehingga kiamat kepada mereka yang terbabit.

 

Cara-Bikin-Blog-Gratis

 

Cuma saya sedikit risau jika perkara berbentuk maksiat dan dosa disebarkan  secara meluas sehingga terkena semua orang.Kasihan ada yang tertimpa dosa kering yang langsung yang tidak disengnajakan.

 

Melihat kepada ganjaran untuk blogger yang cukup menarik saya pasti ramai yang hendak memohon jawatan ini.Kalau betul betul berminat boleh buat akaun dengan Uncle Google di Blogspot atau Wordpress.Disarankan juga membuat akaun blog dengan domain dan hosting berbayar.Buatlah pengorbanan yang betul pada tempatnya.

 

Kelayakan yang diperlukan sangat minima.Janji boleh membaca,menulis dan mengira.Tidak perlu resume atau buat salinan sijil.Saya akui blogger adalah jawatan yang paling mudah untuk dapatknya.Kita tidak melalui proses temuduga.Paling menarik lagi tidak risau tentang kabel talian  hayat  yang diperlukan untuk mendapat sokongan orang tertentu.

 

Syarat tambahan merupakan pilihan wajib.Mesti ada komputer yang capaian internet.Kalau tidak ada juga pergilah ke pusat siber.Sekiranya pusat siber terlalu jauh boleh memohon laptop 1Malaysia melalui bantuan rakyat miskin.Kalau hendak seribu daya dan kalau tak nak sejuta dalihlah jawabnya.

 

Sungguhpun begitu proses belajar   amat penting  dan kritikal untuk  menjadi blogger.Tempoh belajar bergantung sepenuhnya kepada keinginan dan semangat  untuk berjaya.Sifu-sifu blogger yang tersohor sudah ramai.Saya akui sendiri mereka berbesar hati  untuk membantu blogger baru berjaya dalam kerjaya ini.Terpulang kepada kita untuk mendapatkan secara percuma atau berbayar.Banyak ebook yang berkualiti boleh dibeli.Ada juga seminar dan bengkel.

 

Tiada tarikh tutup untuk memohon jawatan sebagai blogger.Pengambilan sepanjang masa seperti SPA.Tindakan cepat dan betul pada masa sekarang.Kalau bertangguh mungkin kita  akan rasa penyesalan tak sudah.Ayuh mohon sekarang dan jadikan blogger satu  kerjaya   untuk kehidupan.

 

Ingat bahawa blogger bukan sekadar mendapat wang sebaliknya mendapat nama,pahala dan kepuasan jiwa kerana berkongsikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.Jadikan blog dan kerjaya blogger sebagai tanggungjawab dakwah untuk dipersembahkan kepada Allah SWT setelah kita menghembus nafas yang terakhir kelak.

 

Sumber gambar : www.google.com

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia blog dengan judul Jawatan Kosong Sebagai Blogger . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/jawatan-kosong-sebagai-blogger.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 18 April 2013

16 komentar untuk " Jawatan Kosong Sebagai Blogger "

Zool Blogger said...

tu le.. kadang2 blogger terlalu kejar traffik sampai benda yg belum pasti disebarkan..
ia membawa fitnah..

Geng Borak said...

sekarang dah ada jawatan blogger atau media social manager dalam sesetengah syarikat.. hehe

Hafizul said...

Hehe..sekarang dah banyak kekosongan jawatan blogger yang di isi..menarik bro hasilkan artikel mcm ni..haha

mycahayacinta@gmail.com said...

cahayacinta.com
saya bos..sy kuli utk blog heee dri buat ayat edit bagi saya yg buat huhu...

ada gak memohon utk meminta penulis jmputan tu cam kira mohon keje jugalahkan heee

mycahayacinta@gmail.com said...

tulis sahaja sepenuh hati jgn sakitkan hti org lain sudah hee.. kalau kerja sana situ sini silap2 nuiat berbloging hilang punca huu...

Hazmin said...

Mana yang jadi full time blogger tu mungkin boleh dikira sebagai jawatan blogger jugakkan. Hehe

hafizmohd.com said...

Alhamdulillah. Terima kasih bro Hanafi berkongsi peringatan ni.

Mmg kena ingat semuanya bakal dihitung

mrhanafi said...

perasaan tidak sabar selalu menghantui kita semua..

mrhanafi said...

saya belum jumpa lagi bro..saya harap ia dapat mengurangkan masalah pengangguran.

mrhanafi said...

terima kasih bro..memang banyak yang sudah isi jawatan ini tapi ramai yang belum dapat gaji lagi..he.

mrhanafi said...

memang itu dah masuk tanggungjawab blogger...kalau berkemampuan dan teknik penulisan bagus saya boleh offer blogger jadi penulis jemputan..cuma sekarang belum ada yang masyuk!!

mrhanafi said...

keikhlasan seseorang terpancar melalui penulisannya..kerana menulis hasil nukilan hati dan minda.

mrhanafi said...

betul bro..termasuk yang masih part time.syaratnya blog tersebut sudah menghasilkan income.kalau belum pun tidak apa kerana blog tersebut menjadi blog amal kebajikan.

mrhanafi said...

sama2 juga buat bro Hafiz..memang tidak dinafikan setiap apa yang kita buat akan dicatat oleh para malaikat..

Unknown said...

kejar traffik dngan post lucah, post copy paste, post fitnah, semua tak layak d panggil blogger kan

mrhanafi said...

itu memang saya setuju bro.