Ulasan:
Kebanyakan buku yang saya baca banyak menggunakan judul kata kunci rahsia.Ia seolah-olah memangil kita untuk mencungkil maklumat disebalik rahsia tersebut.Mungkin sifat ingin tahu kita telah dimanipulasi oleh kata kunci rahsia.
Buku ini agak santai dalam mempersembahkan isi kandungannya.Bagi peminat genre agama tentu mudah faham dengan apa yang cuba disampaikan penulis Abu Hudzaifah.
Saya berharap boleh memahami dan berupaya pula untuk beramal.Ilmu yang tidak diamal umpama pohon yang subur tetapi tidak berbuah.Maka tidak memberi manfaat apa-apa kepada kita.Percayalah kekuatan ini hanya diberi pertolongan Allah SWT dalam bentuk inayah dan hidayah. Insya Allah.
Penulis telah mengutarakan pandangannya tentang tidur berdasarkan Al-Quran,hadis nabi dan kisah-kisah para sahabat.
Tidur bukan sekadar melelapkan mata setelah penat seharian bekerja.Manfaat tidur kepada manusia sangat banyak.Apa yang terpenting sekali ialah tidur ibadat yang menghasilkan pahala.Tidur begini diteladani daripada Rasullulah SWT.Ia diperkuatkan lagi dengan ikutan para sahabat solehin.
Rahsia kesolehan mereka terbongkar dengan menghampiri Allah SWT pada malam hari.Mereka tidur tetapi sekadar perlu untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Dalam keheningan tersebut mereka solat sunat menyampaikan isi hati masing-masing.Ada juga yang menghabiskan waktu malam dengan menulis buku.Sehingga kini hasil tulisan mereka tetap menjadi rujukan orang Islam.
Pelbagai ilmu penting telah dikupas dengan ringkas oleh penulis.Antaranya perkara yang dilarang sebelum tidur,petua ketika tidur dan amalan selepas bangun tidur.Perlu saya tegaskan segala petua ini adalah bersumberkan Al quran dan hadis nabi.Jadi mengikuti sunnah nabi dalam bab tidur pasti mendatangkan keberkatan dan kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
Tidur itu dikatakan kematian kecil.Tidur sebenar adalah proses kematian kita untuk pergi ke alam seterusnya.Oleh hal demikian penulis menganggap malam bukan sekadar untuk tidur tetapi malam yang hening itu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Orang yang sanggup melepaskan nikmat tidur kerana untuk beribadah telah Allah SWT janjikan untuk masuk ke syurga.
--------------------------------------------------------------------------------
Judul : Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh
Penulis: Abu Hudzaifah
Penerbit: Syergy Media
Mukasurat:191
Harga: RM13.90
Web : www.sambooks.com.my
1 Komentar untuk " Review Buku : Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh "
Tidur boleh menjadi ibadah yang boleh memberi pahala jika betul pada caranya..
Post a Comment