google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 6 Petua Dahsyat Untuk Meraih Kejayaan | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

6 Petua Dahsyat Untuk Meraih Kejayaan

download (1)

Setiap insan yang bergelar manusia pasti menginginkan kejayaan dalam hidup mereka.Sayangnya ramai yang tercari-cari termasuk saya bagaimana untuk berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini.

Saya teruja untuk berkongsi dengan sedikit ilmu yang saya temui dalam buku Quranic Law of Attarction hasil tulisan Rusdin S.Rauf.Beliau merupakan seorang penulis Indonesia yang hebat dalam ilmu motivasi dan pembangunan diri.

Untuk memastikan petua ini relevan dengan dunia blogger saya telah mengolah semula dengan gaya bahasa santai.

1) Mengetahui dengan jelas apa kita mahukan

Sebaik-baiknya bermuhasabah diri sebelum kita tidur.Berbicaralah dengan diri sendiri dan keluarga apa yang kita sangat mahukan dalam hidup.Lihat kecenderungan kepada diri sendiri.Terokai kekuatan diri dengan bersendirian atau bermonolog.Biarkan hati kita membisikkan apa yang kita ingini.Jadikan keinginan kita seperti sudah terang lagi bersuluh mengguna spotlight.

2)Jangan berhenti berdoa

Kita harus berdoa setiap masa.Ketika susah kita berdoa dan sewaktu senang pun kita berdoa.Dalam erti kata yang lebih mudah berdoa secara berterusan untuk mencapai kejayaan.Perlu diingatkan kejayaan yang kita mau raih hanya berlaku jika mendapat keizinan Allah SWT.Ada yang usaha sedikit terus berjaya.Ada pula yang berusaha semaksima mungkin pun belum lagi berjaya.Ini ada kaitannya dengan doa.Doa menjadi titik tolak kejayaan kita bersulami usaha yang kita lakukan.

3)Sebatikan dalam jiwa tujuan kejayaan kita

Kita mengharapkan kejayaan untuk kebaikan sahaja dan  memberi manfaat sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.Aura positif dari kejayaan akan bergetar dan bergerak menuju kita.Kita ada sebab untuk berjaya.Sebab ini hendaklah ditanam dalam hati dan disegarkan setiap masa.Jadikan tujuan kejayaan itu seperti letusan larva gunung berapi.

4)Menghapuskan keraguan di dalam hati

Antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh semua kita untuk berjaya ialah rasa ragu-ragu.Selagi ada keraguan dalam hati maka alam sekeliling turut memberi tindak balas yang sama.Jalan penyelesaiannya kita wajib berlatih untuk berfikiran positif,bertawakal dan menyerahkan keputusan kepada Maha Pencipta.Kewujudan elemen ini dalam fikiran sudah pasti melenyapkan keraguan secara beransur-ansur.

5)Menikmati kesyukuran setiap detik

Orang yang bersyukur akan ditambah dinikmatnya.Tidak kira besar atau kecil dan nyata atau tersembunyi.Perasaan kita hendaklah tenang dan gembira.Orang yang bersyukur tidak mengeluh dan meratapi apa yang sudah berlaku.Hati dan perasaan mereka menerima seadanya dan ini menjadikan kejayaan yang diraih meskipun kecil amat dihargai.Sebab itu orang kaya bertambah kaya kerana mereka mensyukuri rezeki yang diperolehi setiap hari.

6)Perkuatkan kesabaran menanti kejayaan

Kita harus ingat bahawa kejayaan itu bukan destinasi tetapi satu perjalanan.Kejayaan perlu masa dan tempoh tertentu.Jadi tidak boleh tidak kita mesti bersabar dalam ruang waktu tersebut.Kejayaan mungkin berada satu langkah lagi namun kerana kita sudah berputus asa maka kejayaan itu terus tenggelam.Alangkah ruginya jika tidak bersabar menanti saat itu.Memang tepat sekali sabar dikatakan separuh dari iman.

p/s : sumber gambar- www.google.com
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori motivasi diri dengan judul 6 Petua Dahsyat Untuk Meraih Kejayaan . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/6-petua-dahsyat-untuk-meraih-kejayaan.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Monday, 22 April 2013

9 komentar untuk " 6 Petua Dahsyat Untuk Meraih Kejayaan "

Oneblogsocial said...

Terimakasih atas perkongsian yang diberikan,

zool said...

Betul tu.. mungkin boleh jadi panduan kita semua

suri said...

berusaha dan sentiasa berusaha semoha kita beralih kejayaan

mrhanafi said...

sama2 bro..dan terima kasih kembali kerana sudi singgah

mrhanafi said...

boleh dijadikan panduan serba sedikit..

mrhanafi said...

betul..usaha tangga kejayaan..

Unknown said...

usaha2, kita berjaya

mrhanafi said...

hukum dunia yang diguna pakai untuk semua makhluk di muka bumi ini.

Hafizul said...

Setuju..semua yang dinyatakan di atas memang perlu diamalkan selalu..hehe