google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 9 Petua Sebelum Masuk Kamar Tidur | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Youtube Portal

Loading...
Powered by Blogger.

Jom Follow

About Me

My photo

Blogger yang suka blogging dan blogwalking.Minat menulis dan berkongsikan maklumat demi manfaat manusia sejagat.


Catatan Popular

9 Petua Sebelum Masuk Kamar Tidur

download

Opps!Tajuk ini agak panas.Namun jangan bimbang kerana entri ini tiada kaitan langsung dengan cerita kurang sopan.Saya mengaitkan dengan perkara  yang bersifat umum.Sesuai untuk semua dan memang perkara ini lumrah alam iaitu tentang tidur.Bukan tentang itu

Tidur adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia.Dengan aktiviti tidur badan akan berehat setelah seharian bekerja.Sewaktu kita tidur sel-sel dalam badan yang sudah rosak akan berganti baru.

 

Tempoh masa yang diperlukan seorang dewasa tidur antara 4 hingga 6 jam sehari.Bayi pula dalam lingkungan 16 hingga 18 jam sehari.Namun jumlah tidur berbeza antara satu sama lain.Ia amat bergantung kepada keadaan fisiologi seseorang.Orang yang sakit perlu lebih banyak tidur berbanding orang yang sihat.Malah tidur yang terlampau banyak memudaratkan kesihatan.

 

Masa paling afdal tidur sekitar jam 11 malam sehingga 2 pagi.Dalam waktu begini otak manusia sudah bersedia untuk mengarahkan organ badan menjalankan aktiviti masing-masing.Semua perkara ini dikawal minda bawah sedar.Kita cuma tersedar mungkin cemas kerana mimpi buruk.Mungkin terdengar anak jiran sebelah menangis atau diri sendiri terasa hendak ke tandas.

 

Berikut adalah 9 petua yang berguna kepada kita sebelum masuk kamar tidur.Petua ini saya perolehi dari sebuah buku yang bertajuk ‘Rahsia Tidur Orang-orang Soleh’ hasil tulisan Abu Hudzaifah.Bagaimanapun saya telah mengolah serba sedikit supaya lebih padat,menarik dan mudah difahami.

 

 

images

1.Segera tidur

 

Selesai sahaja menunaikan solat fardu Isyak kita wajar masuk bilik untuk   tidur.Tidak perlu menonton tv atau melayari internet.Jika terpaksa juga pastikan tidur paling akhir jam 11 malam.Para blogger mungkin sukar mengikuti saranan ini.Mereka banyak kerja untuk mencari bahan enrti,update blog dan aktiviti blogwalking sehingga larut malam.Namun berpada-padalah.

 

2.Tidur dalam keaadan suci dan bersih

 

Sebaik-baik sebelum kita melelapkan mata ambil wudhuk terlebih dahulu.Sebab itu digalakkan   selesai sahaja solat Isyak terus tidur.Ada juga yang mandi air panas sebelum tidur.Paling tidak pun basuh kaki dan gosok gigi.Perlu diingatkan tidur itu kematian kecil.Jadi kalau meninggal dunia masa tidur telah memudahkan waris mengurus jenazah kita dalam keadaan bersih,suci dan tanpa was-was.Point  tadi (kematian)  sepatutnya delete kerana saya sendiri naik seriau dibuatnya..

 

3.Bertaubat dan memaafkan kesalahan orang

 

Kalaulah esok kita tahu sudah tiada lagi (mampus)  tentunya kita tidak akan tidur malam ini.Kita akan solat taubat,hajat dan tahajud sepanjang malam sebagai menambah amalan saat akhir.Namun mustahil bagi kita untuk mendapat pengetahuan ini.Ia adalah rahsia Allah SWT terhadap makhlukNya.Jadi sebagai persediaan awal cuba-cuba maafkan kesilapan orang terhadap kita.

Apalah guna berdendam dan busuk hati.Biarpun orang lain belum tentu maafkan kita.Tidak apa.Hati tenang begitu mahal harganya.Ketenangan perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

 

4.Tidur apabila rasa betul-betul mengantuk

 

Sebab itu masa masuk tidur perlu sama setiap hari.Jangan berubah-ubah.Keadaan ini memudahkan otak mengenalpasti masa tidur kita.Mood untuk mengantuk dapat dicari dengan membaca buku yang paling membosankan.Para blogger pula boleh mencari alternatif dengan membaca entri dalam blog ini ( saya punya blog).Masa kecil dulu saya selalu mendengar syair dalam radio.Dengar sahaja confirm dah terlena.Selain itu saya juga mudah mengantuk kalau terdengar lagu klasik dalam cerita Melayu.

 

5.Menulis wasiat kepada pewaris.

 

Amalan ini dilakukan oleh orang-orang dahulu yang soleh.Mungkin kurang relevan pada masa kini kerana tugas menulis wasiat telah diamanah kepada badan bertauliah.Mereka ini bekerja waktu pejabat iaitu siang hari.Kita boleh menukarkan kepada menulis planner menggantikan penulisan wasiat.Tulis planner berkenaan kerja,cadangan perniagaan dan apa sahaja yang baik sebelum tidur.Esok hari kita sudah bersedia menghadapi cabaran mendatang dengan penuh perancangan.

 

6.Berbaring dengan mengiring ke kanan

 

Hikmah berbaring dan tidur mengiring ke kanan ialah untuk memastikan organ hati kurang selesa.Ketidakselesaan organ hati dengan posisi ini menyebabkan kita mudah untuk bangun malam dan bangun pagi.Jadi tidak akan  terlajak untuk menunaikan solat fardu subuh.Sebaliknya kalau tidur mengiring ke sebelah kiri organ hati kita akan sangat selesa.Kesannya kita akan berat untuk bangun tidur.Jika bangun pun mesti dalam keadaan kemalasan optimum.Pendek kata tidur mengiring ke kanan baik untuk rohani dan tidur mengiring ke kiri baik untuk jasmani.Terpulang ke individu untuk hebat rohani atau jasmani.

 

7.Menggunakan celak

 

Celak di sini merujuk kepada perbuatan menghitamkan bahagian luar kelopak mata termasuk dibawah mata.Celak dipakai sebelum kita tidur.Sangat popular bagi golongan tabligh.Celak tidak sama dengan maskara yang selalu kita tengok kat mata Datuk Siti Nurhaliza.Tujuan menggunakan celak adalah untuk menajamkan mata dan menebalkan bulu mata.Berbeza dengan maskara untuk melentik dan memanjang bulu mata.Perempuan yang seksi dan cantik biasa menggunakannya.

 

8.Membersihkan tempat tidur

 

Sebelum kita berbaring cuba libaskan permukaan tilam dengan kain atau tuala.Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak benda tajam seperti pisau cukur,jarum ataupun serangga berbisa.Kita mana tahu benda-benda ada atas tilam atau tidak.Untuk keselamatan alangkah moleknya jika tempat tidur baik menjadi bersih sebelum atau selepas tidur.Jika tempat bersih sudah tentu tidur lebih tenteram.

 

9.Berzikir dan berdoa

 

Amat disarankan sebelum melelapkan mata kita berzikir,berselawat dan berdoa sepenuh hati.Baca ayat 3 Qul dan ayatul kursyi.Jadilkan rutin harian walau mengantuk sekali pun.Selepas itu berdoa sama ada bahasa Arab maupun bahasa Melayu.Paling penting faham apa yang didoakan.Terlalu besar hikmah jika dapat mengikuti saranan ini.Antaranya tidur kita dijauhkan dari gangguan syaitan.Tidur menjadi ibadah dan memberi pahala kepada empunya badan.

 

Sumber gambar: www.google.com

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul 9 Petua Sebelum Masuk Kamar Tidur . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/9-petua-sebelum-masuk-kamar-tidur.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Wednesday, 17 April 2013

14 komentar untuk " 9 Petua Sebelum Masuk Kamar Tidur "