google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Katakan Tidak Kepada Kes Buli | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Katakan Tidak Kepada Kes Buli

a

 

Saya agak terkesima menonton video Ketua Kelas yang dibuli  disiarkan dalam siaran tv baru-baru.Video tersebut memaparkan bagaimana seorang  pelajar membelasah pelajar lain tanpa ada rasa belas kasihan.

 

Perbuatan samseng begini bukanlah perkara baru berlaku.Ia sudah wujud sejak zaman dulu lagi.Cuma pada masa lalu tiada peranti teknologi yang boleh meragamkan aksi ganas ini dengan mudah seperti telefon bimbit yang berkamera video .Jauh sekali untuk disebarkan melalui media sosial seperti Facebook,Youtube,blog dan Tweeter

 

b

Kewujudan kes buli di sekolah tidak harus dipandang remeh.Ada yang berpendapat kes ini adalah kes yang terpencil.Namun adakah kita rela  anak kita sendiri yang kena buli atau menjadi kaki buli di sekolah.Sudah tentu tidak.Siapa yang tidak sayang dengan anak baik anak kandung maupun anak saudara.

 

Kes buli boleh ditangani dengan bijak dan berhemah.Tidak perlu kita menunding jari siapa yang salah dan sesiapa yang benar.Kes buli berlaku kerana sebab dan akibat.Orang kuat akan membuli orang lemah.Orang bijak mempergunakan orang kurang bijak.Orang baik paras rupa pula akan mencemuh orang yang  jelek paras rupa .

 

Diri sendiri adalah penyelesaian terbaik.Kelebihan yang ada dengan kita tidak wajar sama sekali disalahgunakan untuk menunjukkan keegoan,kesombongan dan kebongkakan.Hebat manapun kita tetap akan kalah juga jika sudah melanggar     undang-undang.Kita pasti berdepan dengan hukuman Tuhan.Kezaliman kita mengundang kemakhbulan doa si mangsa.Mereka ini akan berdoa supaya pembuli mendapat kecelakaan sepanjang hidup.Apa yang penting kita bersyukur dengan kelebihan yang ada dan mengelakkan diri daripada memandang rendah terhadap orang lain.

 

Orang yang berada dalam kategori kurang menarik harus berani dan tinggi keyakinan diri.Mereka perlu bijak berdiplomasi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru di sekolah.Matlamatnya supaya kita disenangi dan disegani.Orang yang disukai ramai sukar untuk dibuli orang.Kewujudan pelajar yang bijak bergaul dalam kelompok memungkin mereka diterima dengan hati terbuka waima dengan pelajar nakal sekalipun.

 

Pihak ibubapa adalah orang yang bertanggungjawab ke atas perilaku anak mereka.Anak-anak yang nakal perlu diberi perhatian lebih.Mereka harus dididik secara bijak dan relevan dengan keadaan semasa.Kekurangan dan terlebih kasih sayang juga menyumbang perilaku buruk seseorang anak.Mereka memprotes,terganggu emosi dan kecelaruan fikiran dek kerana tekanan keluarga yang bermasalah.Jika situasi ini berlaku anak-anak bakal menjadi pembuli dan tidak mustahil turut juga menjadi mangsa buli.

 

Proses kaunseling perlu dijalankan ke atas anak dan ibubapa yang terbabit.Mereka wajar sekali didedahkan teknik pengurusan stress yang efektif.Kerjasama ibubapa,anak dan pihak guru dalam menangani isu buli amat dituntut.Tolak ketepi perasaan rendah diri dan kecewa melampau ke atas peristiwa yang sudah berlaku.Di sinilah peranan  pegawai kaunseling untuk merungkai simpulan masalah.

 

Persekitaran sekolah hendaklah  konduksif.Pemasangan CCTV pada tempat yang strategik.Kawalan guru dan pengawal keselamatan mesti kerap dilakukan.Bukan sekadar apabila ada kes sahaja baru sibuk hendak bertindak.Pemerhatian ke atas pelajar yang berpotensi untuk menjadi pembuli perlu ditingkatkan.Mungkin golongan ini terlalu kecil dan bilangan yang sedikit ini pasti mudah dikendalikan.

 

Ketika   saya  sekolah dulu kes buli jarang-jarang kedengaran.Tambahan pula gandingan Guru Besar dan Guru Disiplin cukup komited dengan tugas.Mereka tegas dan cukup bijak menangani sebarang masalah pelajar.Masuk sahaja saya ke sekolah menengah kes buli pun  agak terkawal.Memang ada kes pergaduhan yang melibatkan orang luar dengan pelajar sekolah.Pergaduhan begini dapat ditangani dengan pantas sebelum menjadi terlalu serius.

 

Namun adalah tidak adil saya membuat perbandingan keadaan sekolah zaman dulu dengan zaman muktahir.Sekarang ini cabaran terlalu hebat.Masalah semakin rumit dengan kehadiran teknologi penyebaran maklumat yang tidak terkawal.Unsur-unsur ganas yang disumbangkan melalui filem dan permainan video tidak dapat disangkal lagi.

 

Pemakanan yang berlebihan garam,perwarna,perasa tiruan dan pengawet mengganggu hormon dalam otak seseorang.Mereka menjadi tidak waras dan pelampau dalam keganasan.Tindakan manusia bermasalah kini sudah tidak dapat diterima akal yang logik.Bukan sekadar membuli sahaja dengan lagak ngeri  malah sanggup menamatkan nyawa orang lain beramai-ramai.Pernah dilaporkan mereka ini membunuh ibu,bapa dan  datuk sendiri.

 

Sudah tentu isu buli tidak dapat dilenyapkan sama sekali.Namun tahap kemusnahan buli boleh dikurangkan dengan pemantauan berterusan pelajar yang bermasalah.Didikan agama dengan penerapan iman tidak boleh tidak kepada semua kita.Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa mendatang kemudaratan dan menahan kebaikan kepada kita semua.

 

p/s : Sumbangan ilustrasi kredit kepada Uncle Google

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Katakan Tidak Kepada Kes Buli . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/katakan-tidak-kepada-kes-buli.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Tuesday 16 April 2013

7 komentar untuk " Katakan Tidak Kepada Kes Buli "

lizz said...

teruk orang zaman sekarang. tak tahu silap dekat mana, mungkin kurang didikan agama agaknya. buli ni makin berleluasa

Hafizul said...

Emm remaja zaman sekarang dah tak sama masa zaman dulu..sekarang nak tunjuk samseng ajer..bukan nak tunjuk samseng dalam menuntut ilmu..adoiii..

Ave Ry said...

Dalam Islam malah tak ada perkara buli membuli macam tu. Dia orang cuma mengikut saja kebudayaan barat yang suka berlaku kasar. Hmmm malah jadi trend pemuda pemudi,, astaghfirullah

mrhanafi said...

agama memang jauh tersasar..mana mungkin orang beriman sanggup menzalimi orang lain sesuka hati.

mrhanafi said...

diaorang sebenarnya nak minta perhatian..kurang kasih sayang.

mrhanafi said...

pengaruh dunia barat sukar untuk disekat..namun benteng dalam diri boleh diperkukuhkan melalui iman dan takwa.

Hafizul said...

Hehe..betul tu bro..masa ni la ad ayang salahkan ibu bapa nih..emmm