google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Lagi Isu Tentang Villa Nabila | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Lagi Isu Tentang Villa Nabila

 

Johor Bahru: Banglo lama, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mencetuskan kekecohan selepas dikaitkan dengan insiden kehilangan seorang remaja lelaki pada 16 November lalu tidak akan dirobohkan.

 

Ia dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Ismail Karim yang mengesahkan villa berkenaan tidak menimbulkan kemudaratan kepada orang ramai.

 

“MBJB boleh mengambil tindakan merobohkan mana-mana bangunan jika membahayakan masyarakat.


“Setakat ini kami tiada perancangan merobohkan villa itu walaupun kosong kerana tidak mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada masyarakat,” katanya, semalam.

 

Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik banglo itu dalam tempoh dua minggu dan berakhir minggu depan.

 

“Villa Nabila dimiliki dua pihak iaitu seorang individu warga Singapura dan sebuah syarikat. Mengikut rekod kami, kedua-dua pihak menjelaskan cukai setiap tahun, malah tiada tunggakan direkodkan.


“Kami mengeluarkan notis itu untuk memerintahkan mereka membersihkan serta memagar kawasan berkenaan bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan berkenaan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan  dalam Harian Metro pada : 2013/11/29

is

Sumber : http://www.search.ask.com

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Lagi Isu Tentang Villa Nabila . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/11/lagi-isu-tentang-villa-nabila.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Saturday 30 November 2013