Hari bersejarah pada 16 September 1963 masih kekal dalam ingatan bagi penduduk Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya.Pada hari tersebut Persekutuan Malaysia telah terbentuk.
Negeri Sarawak bebas dari Kerajaan British.Sebelum kerajaan British, Sarawak berada dalam cengkaman Kerajaan Brooke yang dipelopori oleh Rajah Brooke.Penjajahan wilayah Sarawak bermula setelah Kesultanan Brunei yang memerintah telah menyerahkan Negeri Sarawak kepada orang putih.
Peristiwa ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semangat patriotik kepada penduduk Sarawak.Kalau tidak masakan seorang pejuang hebat arwah Rosly Dhoby sanggup menyerang orang putih ketika itu yang bernama Duncan Steward.Perjuangan nasionalisme ini amat bermakna dan tidak mungkin dilupakan dalam rentetan Sejarah Negeri Sarawak.
Setelah 50 tahun berlalu Negeri Sarawak terus maju dalam Malaysia.Taraf hidup rakyat semakin meningkat.Pembangunan infrastruktur bertambah pesat.Sokongan ekonomi dan politik kepada kerajaan pusat bertambah kuat.Begitulah sebaliknya.
Kini peranan generasi muda rakyat tertumpu kepada proses kestabilan dan perpaduan kaum.Memang wajar kerana negeri Sarawak dihuni oleh 27 etnik yang berbeza adat,budaya dan amalan harian.Pengalaman peribadi sendiri merasai bahawa perbezaan ini bukan penghalang untuk bersatu padu.Malah kami hidup sebagai keluarga besar yang mempunyai kepelbagaian warna dan corak kehidupan.Amat unik namun bersama kerana cintakan keamanan.
Perbezaan politik,agama dan budaya bukan alasan untuk tidak bersatu padu.Saya faham bahawa keturunan yang kita warisi bukan kehendak kita sendiri.Ia adalah kehendak Illahi dan kita hanya bersyukur lahir di Malaysia.Tanda kesyukuran kita mesti sayang Malaysia dengan hati,fikiran dan tindakan
kredit :http://blog.pahan.my
pahan · 602 weeks ago
My recent post Nikon Photo Search – Sibu (21 SEPT 2013)
Hero Borneo 80p · 602 weeks ago
My recent post 3 Blog Yang Menggunakan Bahasa Indah
unclezuan 57p · 602 weeks ago
Hero Borneo 80p · 602 weeks ago
My recent post 3 Blog Yang Menggunakan Bahasa Indah
Ummikami · 602 weeks ago
Hanya disapa kilauan terang;
Agak lama dirimu menyepi,
Khabarnya apa tuan sekarang.
Tanam cenohom berendam kapas,
Lambat menanti lama sekali;
Assalamu'alaikum genggam ku lepas,
Selamat bercuti bersama famili.
Selamat menyambut hari Malaysia ke 50..... ^^,
My recent post Pantun Oh....Oh...Malaysia..
Hero Borneo 80p · 601 weeks ago
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
Denaihati · 602 weeks ago
My recent post Malaysia Perjuangan Belum Selesai
Hero Borneo 80p · 601 weeks ago
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
Rabia Sensei · 602 weeks ago
My recent post AirAsia 1 Million FREE Seats Promotion
Hero Borneo 80p · 601 weeks ago
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
TehR · 602 weeks ago
My recent post Jaki
Hero Borneo 80p · 601 weeks ago
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
blogger lelaki · 602 weeks ago
My recent post Dilema Filem Melayu
Hero Borneo 80p · 601 weeks ago
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog