google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Gaji naik adakah produktiviti naik atau harga barang yang naik? | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Gaji naik adakah produktiviti naik atau harga barang yang naik?

 

l2s15

 

Ura-uranya ada kenaikan gaji dan elaun perumahan kepada penjawat awam.Berita ini

pasti memberi nafas lega kepada mereka penjawat awam yang terlibat.Tempias ini turut dinikmati oleh para peniaga besar maupun kecil.Pihak bank akan tersenyum lebar sama ada mereka yang terbabit dengan pinjaman kad kredit,kereta maupun rumah.

 

Dalam pada itu jangan kita lupa hukum dunia.Buat baik dibalas baik.Kenaikan gaji menuntut peningkatan produktiviti dan motivasi pekerja.Bahasa mudahnya kerja rajin-rajin dan komitmen melebihi jangkaan majikan.

 

Motivasi kerja melibatkan produktiviti.Apabila pekerja bermotivasi tinggi maka produktiviti juga tinggi.Majikan tiada pilihan dalam soal motivasi pekerja.Pekerja yang tidak puas hati kerana  gaji boleh berhenti bila-bila masa.Mereka juga sanggup berpiket kerana tiada pelaksanaan gaji minimum.

 

Senario begini menjadi ugutan kepada majikan supaya tunduk kepada kemahuan pekerja.Akibatnya ketelusan dan keikhlasan bekerja hilang.Kalau majikan dan pekerja sudah main tarik tali begini sudah tentu produktiviti syarikat boleh jatuh merudum.Siapa yang susah akhirnya.Mereka dan keluarga mereka.

 

Soal kenaikan gaji biarlah menjadi menjadi kenyataan.Namun soal kenaikan harga barang pasti menjadi igauan ngeri kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah.Kepada mereka yang berfikiran positif kenaikan harga barang menjadi motivasi untuk berjimat cermat.Makan berpada-pada.Hiburan dikurangkan.Mungkin juga peningkatan jumlah blogger mencari duit melalui blog.

 

Kita berhadapan cabaran hidup yang perit dan gentir.Anak-anak kita akan berhadapan dengan cabaran yang lebih perit dan lebih gentir lagi.Sebagai persediaan kita perlu menyediakan pendidikan berkualiti supaya cara berfikir mereka lebih baik dari kita.Pemikiran yang jauh ke hadapan( termasuk akhirat) supaya negara ini maju dan bersatu padu.

 

 

p/s: jangan lupa ada 9 Formula Pantas Seru Rezeki
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori motivasi diri dengan judul Gaji naik adakah produktiviti naik atau harga barang yang naik? . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/gaji-naik-adakah-produktiviti-naik-atau.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 21 February 2013

3 komentar untuk " Gaji naik adakah produktiviti naik atau harga barang yang naik? "

mrhanafi said...

Sumber motivasi banyak dipengaruhi duit.Duit banyak semangat lain macam je..

tehr said...

yang pastinya harga barang akan segera naik
produktiviti tu belum tentu akan naik

mrhanafi said...

mau buka buku ekonomi nie..ada teori pasaran yang berkaitan topik tersebut.