google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Belum Puas Bersama Si Dia | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Belum Puas Bersama Si Dia

saga megavalve

Inilah kisah terindah dalam hidup saya.Kisah yang bisa dikenang sepanjang zaman saya bersama si dia.Cumanya  saya belum puas bersama si dia lantaran masa yang begitu pantas Lebih pantas seumpama baru semalam sahaja ia berlaku.

Si Dia yang saya maksudkan ialah kereta proton saga jenis megavalve berkuasa 1.3cc yang pernah saya beli 12 tahun yang lalu.Si Dia adalah kereta pertama saya.Ketika itu agak sukar membeli kereta baru.Tidak seperti sekarang.kadar pembiayaan sewa beli sekarang ini memerlukan 9 tahun.Dulu tak.

Dulu perlukan bayaran muka yang agak tinggi.Oleh sebab saya amat teruja hendak memiliki kereta saya telah bekerja keras untuk mengumpul duit.Alhamdulillah selepas 6 bulan kemudian saya berupaya mengumpul tunai 2 ribu.Itupun setelah bekerja tanpa kenal erti penat dan lelah.Saya konsisten kerja lebih masa dan menjimatkan perbelanjaan pada tahap minimum.

Dengan pendahuluan RM2 ribu bolehlah saya mendapatkan kereta idaman kalbu.Walaupun kereta terpakai ia tetap kereta juga namanya.Tak mungkin jadi pesawat MH370.Opps melalut ke situ pulak dah!

Pada masa itu  bergelar anak teruna.Hati dan perasaan masih belum ada orang punya.Punyalah hebat sebagai orang bujang melaram dengan sebuah kereta.Saya bawa balik kampung untuk ditunjukkan dengan ibu dan keluarga bahawa saya berjaya memiliki harta kebanggaan iaitu kereta,

proton

Sudah menjadi adat dunia.Apabila ada sesuatu yang hebat maka adalah seseorang mula merasa kehadiran kita.Saya menjadi perhatian dan sebetulnya saya juga memberi perhatian.Tidak lama selepas itu saya sudah mempunyai dua si dia.Salah satunya si dia bergelar kereta manakala yang satu lagi si dia yang lebih molek dikenal sebagai teman wanita.

Setelah masa berlangsung selama 6 bulan saya sudah semakin serius dengan si dia.Tempoh 6 bulan  menyebabkan si dia memerlukan perhatian khas iaitu cukai jalan dan insuran luput pertengahan jalan.Mungkin ada yang terfikir mengapa 6 bulan dan bukannya setahun.

Faham-faham sahajalah si dia saya itu barang terpakai.Saya beli dari pemilik asalnya seorang pensyarah yang berasal dari Filipina.Punyalah susah untuk berkomunikasi dengan mereka dahulu kerana bahasa Inggeris yang saya guna terlalu lemah atau bahasa Inggeris mereka terlalu tinggi.

Saya terpaksa mengambil cuti tahunan untuk melangsaikan cukai jalan dan insuran.Selain soal turun naik pejabat saya rasa rumit kerana mengambil masa yang lama untuk selesaikan perkara tersebut.

Lainlah kalau mcam sekarang ini kemudahan untuk memperbaharui insuran kereta lebih mudah dan menyenangkan.Sila klik link  http://bit.ly/1qs0xI9 untuk mengiyakan pandangan saya.

Kalau ada rakan-rakan yang pernah pening-pening macam saya dengan kerenah Si Dia ini boleh dapat terus borang diskaun 15 % di http://bit.ly/1kdPjU2. Perlu diingatkan tempoh promosi ini berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 31 Mac 2014.Jadi cepat-cepat buat keputusan bijak.

Berbalik kita kepada cerita saya tadi iaitu kisah dua si dia.Selesainya proses cukai jalan dan memperbaharui insuran saya ada lagi cabaran menanti.

Si dia yang satu lagi telah mencabar saya untuk lebih serius dalam perhubungan.Si dia minta saya melamar dia dan kami akhir setuju untuk bermula dengan ikatan pertunangan.Pada waktu itu saya sekali lagi bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul duit.Pendek kata duit untuk hantaran perkahwinan.

Masa semakin suntuk.Duit yang dikumpul macam susah nak banyak.Tambahan pula Si Dia saya banyak meragam sana dan sini.Orang nak kumpul tapi si dia pula nak minta belanja.Akhirnya tak lama selepas itu Si Dia kereta pertama saya terpaksa dijual.Saya masih sayang namun duit untuk perkahwinan mesti cukup sebelum tempoh berakhir.

Nampaknya rezeki saya untuk kereta pertama tak lama.Selepas setahun berlalu saya kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan si dia kedua,Alhamdullilah kami bahagia hingga ke hari ini dan insya Allah ke akhir hayat.

Catatan kaki

Entri ini saya tulis sempena menyahut cabaran Peraduan ‘’Aku Dan Kereta’’ dari RichPlan4U di blog Salam Media.

Buat maklumat semua Richplan4u merupakan syarikat pengurusan plan insuran yang bertauliah.Syarikat ini sedang membuat promosi gempak dengan potongan diskaun 15 % sehingga hujung Mac 2014.Maklumat lanjut sila layari web ini  http://richplan4u.com/v1/


Provide us the necessary information, we will advise you on the coverage and premium amount, make payment via cash deposit and wait for us to send you your policy. Simple as that.-Richplan4u
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori permainan blog.. dengan judul Belum Puas Bersama Si Dia . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2014/03/belum-puas-bersama-si-dia.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Friday 21 March 2014