google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Percutian Di Negeri Bawah Bayu 2014 (2) | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Percutian Di Negeri Bawah Bayu 2014 (2)

Seperti yang diwar-warkan dalam perancangan dalam siri 1 maka saya memulakan percutian di Negeri Bawah Bayu dengan bersantai di pulau Manukan.

 

Perjalanan bermula dengan check out di hotel Comfort dekat Putatan.

 

Sarapan pagi kami mulakan dengan makanan yang KB  beli di kawasan belakang  hotel tersebut.Kami tak makan dekat restoran kerana nak jimat masa dan belanja.

Aiseyman!Mau jimat pada tempat yang patut.Lagipun membeli makanan di restoran orang Islam lebih yakin dan tanpa was-was.

 

 

1)Jesselton Point

Kawasan ini merupakan terminal atau pengkalan ke mana-mana pulau yang ada di kawasan KK.Tempat memang menarik dan jika nak melawat Sabah, Jeselton jangan dilupakan.Kalau tak pergi pulau pun boleh jalan-jalan di kawasan persekitarannya.Ada banyak tempat makan dan kawasan futsal pun ada.Pelik tetapi benar.Ya.Jika nak ke pulau boleh ambik tiket kaunter bahagian dalam.Kami guna perkhidmatan Borneo Ferry Tour & Travel.Ada banyak lagi.Saya sarankan guna Sea Request kerana perkhidmatan mereka jauh lebih baik daripada yang lain.Biasanya beli tiket tambang pergi dan balik.

 

 

Kembara Negeri Di Bawah Bayu ( siri 2)

beli tiket nak ke pulau

2)Pulau Manukan

Perjalanan dari  Jesselton Point ke Pulau Manukan menggunakan bot laju mengambil masa kurang 30 minit.Kami memulakan perjalanan jam 10 pagi.Memang seronok guna bot.Perlu diingatkan guna vest keselamatan walaupun kalian pandai berenang.Wah! Sampai di pulau memang mengujakan.Air laut kehijauan.Pantai putih bersih berlatarbelakangkan rimbunan pokok yang menghijau.Kami dikenakan bayaran RM3.00 seorang untuk orang dewasa dan bagi manusia yang berumur kurang 18 tahun cuma RM1.00 sahaja.Aktiviti yang seterusnya mandi manda.Tak akan itupun saya mau ceritakan.

 

 

 

3)Hotel Winner

Balik dari pulau sekitar jam 2 petang.Memang letih kerana asyik berenang dan berjemur.Jadi langkah terbaik ialah cari tempat menginap.Kami memilih Hotel Winner yang biasa-biasa sahaja tu.Hotel ini betul-betul berada di kawasan bandar KK.Tentulah memudahkan kami bergerak walaupun tidak menggunakan kenderaan.Ringkasnya memang berpuas hati memilih hotel ini.Ada Wifi namun agak perlahan.Biasalah barang yang dikongsikan ramai-ramai.

 

 

Kembara Negeri Di Bawah Bayu ( siri 2)

posing kat luar hotel

 

4)I Love 3 Rasa Seafood

Pada malam harinya kami mencari tempat untuk makan makanan laut.Lokasi terletak berhampiran laut di KK Waterfront.Di sini kalian boleh pilih apa sahaja yang dimahukan baik ikan segar,udang,sotong dan pelbagai sayuran.Naik rambang mata untuk memilihnya.Anak saya termuntah-muntah akibat makan terlalu kenyang.Rasa memang sedap tak terkata.Harga memang berpatutan.Maaf gambar tak ambik kerana masalah teknikal kamera.

 

 

 

[Catatan kaki]

Setelah kekenyangan dan keletihan maka saya tak sempat pula buat blogwalking ke atas blog kawan-kawan.Sibuk bercuti katakan.Esok hari kami merancang untuk ke satu tempat menarik iaitu Kundasang.Orang kata tempat tu cuaca agak sejuk.Apa lagi tidur awal dan dapatkan rehat secukupnya.

 

ps: Mungkin ada pembaca yang pernah membaca entri ini.Ya, saya tulis dalam blog  yang satu lagi.

 

p.s.s :Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di-----> Portal Ilmu

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah saya dengan judul Percutian Di Negeri Bawah Bayu 2014 (2) . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2014/03/percutian-di-negeri-bawah-bayu-2.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 20 March 2014