google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Percutian Di Negeri Bawah Bayu ( 3 ) | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Percutian Di Negeri Bawah Bayu ( 3 )

Suatu pagi yang indah ini kami akan memulakan kembara yang mencabar dan panjang.Memang tidak terasa berada di Negeri Bawah Di Bayu sudah masuk hari ketiga.Banyak benda yang terakam indah dalam minda.Yang pasti ia merupakan percutian keluarga yang belum tentu dapat dilakukan selalu dek kerana kengkangan masa dan kos duit.

 

1)Pekan Kota Kinabalu

Perjalanan menuju ke Kundasang kami mulakan jam 9 pagi.Cuaca amat elok.Terang benderang menerangi bumi Negeri Di Bawah Bayu.Menurut pemandu pelancong ia akan mengambil masa 2 jam.Tak pelah dah nama melancong memang banyak guna masa.Sebelum kami meneruskan perjalanan, singgah dahulu di Pekan Kota Kinabalu dalam kawasan daerah Kota Belud.Ambik gambar sikit dan membeli barangan cenderahati untuk kawan-kawan di Bumi Kenyalang.

 

Kembara Negeri Di bawah Bayu

tengok si kecik teruja nak beli barang

 

2)Checkpoint ke Gunung Kinabalu

Kami juga singgah sekejap di tempat permulaan orang nak mendaki Gunung Kinabalu.Kat sini segala informasi dan panduan untuk mendaki boleh dilakukan.KB tak sempat meninjau lebih jauh kerana menemani anak perempuan yang tengah pening-pening lalat.Katanya cuaca terlalu sejuk.Untuk tidak menghampakan kalian KB ada shoot sedikit gambar sebagai kenangan.Sikit-sikit pun jadilah.

 

Kembara Negeri Di bawah Bayu

ambik gambar secara rambang

 

3)Kundasang

Kami sampai juga ke Kundasang.Satu tempat yang cantik dengan pemandangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.Cuaca tak lah sejuk sangat kerana jam sudah pukul 12 tengahari.Jika nak lebih sejuk pastikan kalian sampai jam 8 pagi.Baru seronok dan boleh rasa macam ala-ala New Zealand.Tempat yang boleh dikunjungi ialah Desa Farm.Satu pusat penternakan lembu  import kawasan sejuk.Dalam kawasan tersebut semua perkara dijadikan duit.Misalnya memberi anak lembu makan dikenakan bayaran RM1.00.Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM4 untuk orang dewasa dan untuk budak kecil separuh harga.

 

Kembara Negeri Di bawah Bayu

ada gambar gunung kat belakang

4)Ranau

Setelah puas mencium baru gas asli dari lembu-lembu import,kami bertolak balik  ke pekan Ranau untuk makan tengahari.Agak mudah perjalanan menuju ke tempat makan kerana kami ditemani orang Sabah sendiri.Akhirnya kami memilih Restoran Sri Hasanah dan Katering .Menu pada waktu petang memang tak menarik.Banyak dah sold out.Namun perut dah lapar makan sahajalah apa yang ada.Paling best cuaca masih sejuk walaupun jam sudah 3 petang.

 

Kembara Negeri Di bawah Bayu

tak sempat ambik gambar makanan

 

5)Kota Belud

Alang-alang dah kembara jauh, kami ambil keputusan untuk ke kota Belud.Tempat ini lebih kurang sama juga dengan tempat KB.Pemandangan biasa dan ia pasti mengimbau kenangan pada kampung halaman pula.Di Kota Belud ada pasar tamu dan penduduk di sini tak sesak sangat.Mudah untuk membeli belah.Jika KB berjalan kat pasar orang tak akan perasaan kerana KB seperti penduduk di sini juga bah.KB berpeluang untuk solat jamak dan qasar di masjid berdekatan sebelum pergi berangkat ke bandar KK semula.

 

Kembara Negeri Di bawah Bayu

maaf gambar kurang jelaslah pulak!

 

6)Hypermarket 1Borneo

Perjalanan balik dari Kota Belud ke KK mengambil masa 1 jam dengan pemanduan laju.Memang kecut perut melihat jalan-jalan yang kebanyakkanya selekoh tajam.KB hanya bertawakal dan yakin bahawa pemandu yang membawa kami sekeluarga adalah mahir dan berpengalaman dengan jalan yang sebegitu rupa.Akhirnya pada jam 6.30 petang kami singgah di 1Borneo yang sinonim dengan 1B kepada orang tempatan.KB hanya datang untuk cukup syarat sahaja dan tak membeli belah sangat.Harga banyak mahal.Ho.ho.Namun sempat juga sembat sebotol minyak wangi import.

 

Kembara Negeri Di bawah Bayu

Sekadar gambar pintu masuk pun ok juga kan

 

7)Pasar Malam Jalan Pasar Baru

Sebelum berehat KB sempat menemani isteri membeli belah kat pasar malam.Tak jauh dari hotel kami menginap.Oleh sebab jam dah 10.30 malam para peniaga dah mula mengemas barang untuk pulang.Jadi tak puas nak pilih.Mau tak mahu isteri KB beli juga beberapa barang untuk cenderahati.Suasana memang tak sesak dan ini memudahkan kami jalan ke sana dan kemari.Akhirnya kami berdua membuat keputusan untuk balik sahaja ke hotel atas alasan keselamatan.Lagi pun sudah terasa letih selepas perjalanan mencabar dari Kundasang.Sebab itu malas pula nak ambik gambar.

 

 

Akibat keletihan juga KB lambat nak kemaskini blog ini dan membuat blogwalking.Namun kembara Negeri Di bawah Bayu akan diteruskan juga ke destinasi seterusnya iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.Lebih tepat lagi pulau Labuan.Jadi jom tidur dulu untuk dapatkan tenaga untuk esok hari.

 

p/s : Entri ini saya terbitkan semula dari blog kakiblog.my yang kini masih digantung..??

 

[Catatan kaki]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> PORTAL ILMU

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dengan judul Percutian Di Negeri Bawah Bayu ( 3 ) . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2014/03/percutian-di-negeri-bawah-bayu-3.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Saturday 22 March 2014