Blog Portal ilmu antara yang terbaik memang kedengaran terlalu klise.Namun saya percaya itu adalah harapan dan impian masa kini untuk masa depan.Tentunya sesiapa sahaja boleh berimpian dan menetapkan matlamat begini.Tidak semestinya saya sahaja.
Usaha untuk meletakkan tahap terbaik kini giat dilakukan.Promosi dan promosi akan berterusan.Saya yakin dengan promosi yang berkesan ramai yang akan sedar kewujudannya.Promosi dalam blog ini adalah salah satu contoh terdekat.
Selain promosi, pengisian kandungan blog portal ilmu akan dilakukan peringkat demi peringkat.Dengan teknik penulisan secara ringkas dan bersifat preview memboleh golongan sasaran tidak teragak-agak untuk terus ke link sebenar.Semoga info yang ada dalam link sebenar membolehkan mereka mengambil keputusan membeli ebook yang dihendaki.
Blog-blog saya yang lain terutama blogspot akan digerakkan secara agresif untuk tujuan yang sama.Memang cara ini akan mengambil masa.Malah menuntut kesabaran luarbiasa.Namun dengan adanya kesungguhan dan usaha (memetik kata Encik Titan) maka kejayaan pasti akan menjelma tiba.
Permainan SEO juga akan dilakukan ke atas blog Portal Ilmu.Biarpun pengetahuan saya terlalu cetek dalam bidang SEO tidak bermakna saya tidak mencuba yang terbaik.Proses belajar dari pengalaman dan tunjuk ajar dari sifu SEO akan diimplimentasikan secara langsung.Kalau tak dapat banyak sikitpun jadilah kerana ilmu mesti diamalkan.Selepas itu baru ada hasilnya.
Paling penting juga semangat.Jangan biarkan semangat yang hilang.Dengan semangat yang jitu dan bermotivasi tinggi pasti mengerakkan usaha lebih giat.Jika bertemu kegagalan maka terus bangkit dan muhasabah diri untuk mengenalpasti kelemahan terdahulu.Saya akan mengingatkan diri sendiri supaya jangan berputus asa jika bertemu kesukaran demi kesukaran.Dah nama adat dunia maka ujian ini layak juga untuk saya.
Semoga selepas ini ada dikalangan kita menjadikan blog portal ilmu sumber rujukan utama sebelum memiliki ebook.Para pembaca juga diharapkan melanggan emel supaya info terbaru boleh masuk terus ke dalam emel utama anda.
[Catatan kaki]
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> PORTAL ILMU
myrujukan · 575 weeks ago
My recent post Buat Pinjaman Untuk Pembelian Rumah
mrhanafi · 575 weeks ago
My recent post Blog Portal Ilmu Antara Yang Terbaik
hafizul · 575 weeks ago
My recent post Tips Untuk Diri Lebih Merasai BAHAGIA
mrhanafi · 575 weeks ago
My recent post Percutian Di Negeri Bawah Bayu (4)
Denaihati · 575 weeks ago
My recent post Keputusan PRK DUN Kajang apa faedah pada rakyat
mrhanafi · 575 weeks ago
Azzahairi · 568 weeks ago
Promosi tu sangat penting.
Nampaknya masih banyak yang saya kena belajar tentang SEO ni.
www.azzahairi.com
Wildan · 523 weeks ago
My recent post Perbaikan Kulit Malam Hari