Hari ini semua pekerja baik sektor awam maupun swasta menyambut Hari Pekerja.Golongon pekerja yang bergaji kecil hinggalah bergaji besar dihargai dengan pemberian cuti umum.Walaupun tidak semua berpeluang cuti tetapi mereka yang terpaksa bekerja harus sama-sama seronok ketika sambutan Hari Pekerja.
Bersempena cuti Hari Pekerja ini saya sukacitanya ingin memaklumkan sesuatu yang penting buat saya.
“Dengan lafaz`bismillahirrahmannirrahim saya merasmikan pelancaran blog jenama baru www.blog1malaysia.’’
Sebelum ini saya ada membuat pra-pelancaran melalui kemaskini entri ini dan entri itu untuk makluman rakan-rakan blogger dan pembaca.
Pra pelancaran tempohari dan pelancaran rasmi hari ini saya buat secara biasa.Tiada peraduan yang menawarkan hadiah lumayan kerana saya sedar belum mampu lagi .Saya masih dalam proses belajar dan terus belajar dalam dunia blogger ini.
Sesungguhnya tarikh penting 1 Mei milik semua pekerja termasuk para blogger. Saya berharap rakan blogger terus bermotivasi menyumbang buah fikiran dan perkongsian maklumat untuk para pembaca dalam blog masing-masing.
Untuk makluman semua, blog saya ini akan memfokuskan niche patriotik selain kupasan informasi semasa.Saya berimpian supaya blog yang tak seberapa ini menjadi portal rujukan rakyat Malaysia dalam mencari informasi berkaitan.Saya akan berusaha sebaik mungkin supaya maklumat yang ditulis berdasarkan sumber yang sahih dan boleh dipercayai.
Kebanjiran maklumat sekarang ini terlalu hebat.Ada maklumat yang baik dan tidak kurang juga kurang baik.Oleh itu saya mengingatkan diri sendiri untuk bertindak profesional dalam penyampaian maklumat.Saya sedar apa yang saya lakukan akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu sendiri baik di dunia maupun di akhirat nanti.
Sebagai blogger yang bertanggungjawab saya dengan berbesar hati untuk menerima sebarang teguran dan kritikan membina dari para pembaca,pengunjung dan rakan blogger.Sudah tentu sebagai manusia biasa kita tidak mungkin terlalu sempurna.Memang ada cacat celanya dalam blog ini yang menyebabkan kita rasa terasa dan tersinggung.
Atas kelemahan ini saya memohon maaf sebanyak mungkin dan berilah kemaafan seikhlasnya.Mudah-mudahan perbuatan kita ini menjadi amalan yang mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah SWT.Insya Allah.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
kisah saya
dengan judul
Pelancaran Blog Jenama Baru Sempena Hari Pekerja
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/pelancaran-blog-jenama-baru-sempena.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi.com
-
Wednesday, 1 May 2013
4 komentar untuk " Pelancaran Blog Jenama Baru Sempena Hari Pekerja "
Blog bro ni niche apa ye? Hehe.. macam patriotik je bunyinya.
niche blog ini fokus untuk produk 1Malaysia..dan ada bau patriotik sedikit...nantikan satu blog yang ringan sedikit pengisiannya.Insya Allah.
wah..tahniah2..semangat patriotik tu penting..
orang Jepun dan Korea Selatan mempunyai semangat patriotik yang lebih tinggi.Hasilnya negara mereka maju dan terus maju.
Post a Comment