google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 8 Tip Terhebat Untuk Mengawal Emosi Kacau | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

8 Tip Terhebat Untuk Mengawal Emosi Kacau

Sebut tentang emosi tentu orang akan teringat istilah mood.Jadi selalu kita terdengar kata-kata:

 

“saya tidak ada mood hari ini’’

“kenapa dia tu…asyik bad mood saja”

“semalam awek saya moody,langsung tak jawap call saya”

 

…………dan banyak lagi contoh yang tak  larat dah saya nyatakan di sini.

 

Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak dalam bukunya berjudul Memimpin Diri Sendiri terbitan pada tahun 2004 menyatakan 8 kaedah untuk mengawal emosi.Berikut adalah informasi yang sudah saya olah semula dengan pendekatan baru :

 

download (1)

                                                 credit picture to www.google.com

1.Berfikiran positif

 

Orang yang berfikiran positif sentisa melihat sesuatu perkara dengan sudut kebaikan.Mereka tetap beranggapan apa jua musibah yang berlaku ada hikmahnya.Tidak kira besar atau kecil sesuatu musibah itu.Hikmah yang difikirkan membawa kebaikan sama secara langsung atau tidak langsung.Natijahnya emosi kita tetap tenang dan sentiasa redha.

 

2.Tenangkan fikiran

 

Hanya fikiran yang tenang dapat berfikir secara rasional.Apabila fikiran kita berkecamuk,tindakan kita selalunya melulu sahaja.Sudah tentu situasi ini memberi tekanan kepada emosi.Jadi secara logiknya dengan menenangkan fikiran maka emosi akan lebih terasa lapang dan damai.

 

3.Sentiasa senyum

 

Ketika kita dilanda masalah yang gentir tentu susah untuk memberi senyuman.Segala keresahan yang bersarang dalam hati akan dicerminkan melalui wajah.Langkah terbaik ialah berusaha untuk terus senyum supaya orang sekeliling kita sedar bahawa kita adalah orang tabah dan sabar mengawal emosi.Sekurang-kurang kita memberi kegembiraan untuk orang lain melalui senyuman ikhlas.

 

4.Memotivasikan diri

 

Sebagai manusia biasa adakalanya kita terlalu sedih atau kecewa.Ada yang bersendirian tidak mahu diganggu.Namun adalah lebih bijak kita membaca buku-buku motivasi atau blogwalking ke blog yang ada niche motivasi.Saranan perunding motivasi boleh mengembalikan semangat yang hilang.Ini memberi pemulihan kepada emosi supaya tidak berduka terlalu lama.

 

5.Memaafkan kesalahan orang

 

Memang diakui bahawa memaafkan kesalahan orang lain cukup berat.Lebih-lebih lagi kesalahan tersebut serius dan sukar untuk diterima.Seandainya kita dapat memaafkan kesalahan orang emosi kita juga yang akan tenang.Kita lupakan apa yang berlaku dan bersedia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang dihadapi.Emosi kita kurang tekanan kerana tidak berdendam dengan orang lain.

 

6.Menjauhi suara yang lantang

 

Tatkala emosi kita ketegangan jangan berkata-kata dengan suara yang nyaring.Keadaan ini memberi kesan kepada emosi sendiri dan orang lain.Emosi yang gelisah sukar untuk ditenangkan dalam suasana yang tegang.Sebab itu orang bertegang urat dan memaki hamun memburukkan lagi keadaan.Pasti jalan kedamaian sukar ditemui.

 

7.Rehat yang cukup

 

Keadaan diri yang kepenatan menambah tekanan emosi.Amat wajar orang telah kepenatan bekerja berhari-hari bercuti waima sehari.Cari ketenangan dengan bersiar-siar ke tempat yang menarik.Jika ada kemampuan digalakkan melancong untuk merehatkan badan dan emosi sekali gus.Setelah badan cergas semula maka semangat akan kembali membara.Emosi kembali stabil untuk menghadapi cabaran mendatang.

 

8.Berdoa

 

Diantara banyak cara yang dikemukakan di atas maka berdoa adalah cara yang terbaik sekali.Dengan berdoa kita meletakkan segala harapan dan tanggungan masalah kepada  Allah SWT.Ketika berdoa kita mestilah dalam keadaan tenang supaya timbul rasa khusyuk.Apatah lagi selepas berdoa ketenangan akan berlanjutan kerana penyerahan hati kita kepada Allah SWT 100 peratus.Itulah kemuncak ketenangan emosi apabila seorang hamba mendapat perhatian Allah SWT.

 

Sekilas pandang,

 

Dalam hidup kita ini pasti tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan halangan.Tidak kira melibatkan soal kewangan,rumahtangga,pergaulan harian dan tempat kerja.

 

Sebagai panduan ringkas inilah tip yang boleh diaplikasikan supaya emosi kita tidak down terlalu lama.Hakikat hidup mudah sahaja.Langit tidak selalu cerah dan hidup umpama roda.Kita tidak selama-lamanya berada di atas.Bersedia menghadapi ketika berada di bawah.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori motivasi diri dengan judul 8 Tip Terhebat Untuk Mengawal Emosi Kacau . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/8-tip-terhebat-untuk-mengawal-emosi.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Monday 20 May 2013