Maaf ya! Buku ini bukan tentang cerita orang dewasa (adult content).Memang judulnya memancing selera pembaca untuk mengetahui lebih lanjut.Jangankan anda saya pun cukup teruja untuk membaca buku sampai habis.
Penulis buku ini seorang wanita iaitu Asri Supatmiati.Beliau lulusan bidang pendidikan dan berpengalaman luas dalam bidang persoalan remaja dan keagamaan.
Dengan ketebalan 123 mukasurat cukup sesuai untuk bahan bacaan para remaja dan ibubapa yang kesuntukan masa untuk membaca buku.Saya mengkhatam buku ini hanya dalam sehari.Saranan dari saya kepada bakal pembeli buku ini, jangan ragu-ragu.Pembelian boleh dilakukan di sini.Naskah ini penuh infomasi dan ilmu yang digarap kemas meskipun kelihatan ringkas
Ada 15 tajuk dalam buku ini yang menceritakan hal-hal berkaitan gadis remaja,pergaulan,cinta dan isu-isu kehamilan luar nikah.
Dalam bab tentang penguguran saya membaca dengan penuh ketakutan.Berdiri bulu roma dan terngiang-ngiang di telinga raungan kesakitan wanita yang mengalami proses pengguguran haram.Ternyata penulis bijak bermain kata sehingga apa yang ditulis dalam buku ini terkesan ke dalam hati.
Secara keseluruhannya buku ini banyak memberi nasihat kepada para gadis agar berhati-hati dalam pergaulan sesama lelaki.Tersilap langkah sangat buruk padahnya.Para gadis yang tengah kemaruk bercinta dilarang sama sekali untuk berdua-duan dengan lelaki.Walaupun tiada niat untuk melakukan zina tetapi hasutan syaitan dan kesempatan peluang boleh menjerumus ke dalam dosa besar tersebut.
Menurut penulis, kehamilan luar nikah akibat zina amat dahsyat.Kesannya bukan sehari dua malah berlangsung seumur hidup baik di dunia hingga ke akhirat.Lebih-lebih lagi jika sudah berlaku pengguguran haram.Dahlah dosa berzina tambah lagi dosa menbunuh nyawa.Pihak wanita yang paling merana akibat trauma.Bukan sekadar kesakitan fizikal malah kehancuran emosi,rendah diri dan rasa bersalah teramat sangat.
Bagi mereka yang belum terjebak penulis berpesan supaya tingkatkan iman,tambah ilmu di dada dan berfikir matang setiap masa.Jangan hayut dibuai nafsu kerana ia tak akan kemana.Islam sendiri telah memberi panduan lengkap.Pakaian wajib menutup aurat dan setelah tiba waktunya dianjurkan berkahwin demi memenuhi keinginan alami seorang wanita.
Penulis juga meminta kepada para gadis yang sudah terlanjur jangan sekali-kali mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah.Bawa berbincang dengan mereka yang mahir mengendalikan kes seumpama ini.Paling penting sekali bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat.Sedarlah bahawa Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Sekilas pandang,
Anak saya yang berumur 10 tahun turut membaca buku ini.Saya berharap dia tergolong dalam lelaki yang menghargai kaum wanita apabila besar kelak.Boleh menjaga kebajikan dan keselamatan dua adik perempuannya.
Sebagai lelaki, saya cukup memahami bahawa wanita itu insan yang perlu dibimbing untuk menjadi wanita solehah iaitu insan yang kini menjadi isteri saya.
Malah sebagai ayah, saya memikul satu tanggungjawab yang berat untuk memastikan anak gadis saya sentiasa selamat dari anasir negatif.Pengawasan perlu ditingkatkan selari dengan peneguhan didikan agama.Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT memberi perlindungan dan pertolongan dalam hal ini.Amin.
TehR · 620 weeks ago
cabaran dan pengaruh buruk sentiasa dan semakin banyak
moga2 keluarga kita semua di dalam rahmat Allah selamanya
My recent post Siri Bercakap Dengan Ayah | Semua Hancur
Hero Borneo 80p · 619 weeks ago
My recent post 5 Rahsia Untuk Menarik Pembaca Supaya Menjadi Pengunjung Setia