google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Rasionalnya Pendidikan Seks | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Rasionalnya Pendidikan Seks

 

 

Secara teorinya saya suka membicara soal seks bukan kerana obses dalam bidang ini.Saya terpanggil kerana melihat permasalahan dan penyakit sosial akibat seks.

 

 

Saya berpendapat masyakat moden yang dilingkari maklumat sepantas kilat perlu matang dalam pendidikan seks.Infomasi tentang seks mudah didapati dan semuanya percuma tanpa batasan.Penggunaan gajet dan akses maklumat seks yang bersifat lucah sudah menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia.

 

 

Perkembangan ini amat membimbangkan.Generasi muda dan akan datang lebih berpotensi.Mereka mudah berhubung antara satu sama lain.Lebih kritikal hubungan lelaki dan wanita yang bermula dengan online melalui media sosial akan berakhir dengan offline di kamar tidur,hotel murah dan sebagainya.

 

 

Jika perbuatan zina ini berlaku maka kelahiran anak luar nikah akan menjadi-jadi.Meskipun ada yang berusaha untuk buat tak nak ‘jadi’.Sudah lumrah dunia bahawa apabila sesuatu perbuatan  yang salah akan mengundang bala,laknat dan kecelakaan.

 

 

Jadi amat rasional pendidikan seks untuk kita sekarang ini.Bukan setakat di sekolah malah di rumah atau di tempat kerja.Pendidikan seks jangan disempitkan dengan mengajar melakukan seks.Ia sepatutnya ditekankan bahawa seks hanya untuk pasangan yang berkahwin secara sah.

 

 

Seks bebas adalah salah,jijik dan melanggar tata susila masyarakat bertamadun.Hidup berpasangan lelaki dan wanita bukan tiket untuk melakukan aktiviti terlarang tersebut.Bahkan soal cinta sekalipun tidak mungkin menghalalkan seks jika belum bernikah.

 

 

Tentunya umat Islam sedar bahawa seks bebas adalah zina.Perbuatan dosa besar yang boleh membawa bala kepada kita semua.Jadi jauhi zina sedapat mungkin dan tingkatkan iman semampu kudrat.

 

 

edu

Sumber gambar : www.google.com

 

Sekilas pandang,

 

Pendidikan seks amat wajar didedahkan kepada anak-anak ketika menganjak usia remaja lagi.Katakan bahawa hubungan badan lelaki dan perempuan adalah suci jika untuk suami dan isteri.Lain daripada itu adalah salah dan dilarang sama sekali.Tiada istilah cuba-cuba kerana sekali mencuba pasti mengundang malapetaka kepada keturunan manusia seterusnya.

 

 

Adalah sukar untuk menghalang generasi muda untuk mengetahui informasi seks.Namun tidak mustahil juga untuk  menanam pemikiran bahawa seks itu hanya boleh dilakukan  dalam perkahwinan.

 

 

Selebihnya kita berdoa agar dihindarkan ujian seumpamanya supaya Allah melindungi kita,keluarga dan sanak saudara terbabit dalam kebejatan sosial ini.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul Rasionalnya Pendidikan Seks . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/10/rasionalnya-pendidikan-seks.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Wednesday 23 October 2013