google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 7 Kebaikan Hubungan Intim Dari Sudut Saintifik (Siri 2) | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

7 Kebaikan Hubungan Intim Dari Sudut Saintifik (Siri 2)

 

 

Dalam Siri 1 saya sengnaja menggunakan istilah yang agak kasar berkaitan dengan tajuk  tersebut.Akhirnya saya terfikir balik bahawa menggunakan perkataan yang lebih lembut supaya perasaan dan hati pembaca tidak begitu terasa.

 

Mari kita lihat sambungan dari Siri 1 yang hanya sempat saya utarakan 3 isi utama.Kini berbaki 4 lagi kebaikan utama hubungan intim suami isteri.

 

‘’Petua Untuk Hebat Seks’’

 

kahwin

 

 

4.Mengelak strok

 

Penyakit strok atau lumpuh amat berbahaya kepada manusia.Mereka yang terkena agak sukar untuk pulih kembali.Berdasarkan kajian santifik hubungan badan suami isteri dapat mencegah gejala ini berlaku.Rasionalnya dengan ada berlaku hubungan intim pasangan yang melakukannya akan kurang masalah tekanan darah tinggi dan tidak stress yang melampau.Darah akan berjalan lancar melalui terapi hubungan badan.Apa yang menarik tidak ada kos tambahan seperti kita ke pusat gimnasium.

 

5.Mengelak barah prostat

 

Prostat adalah organ penting kepada lelaki.Di sinilah pemprosesan air mani berlaku.Penggumpulan air mani yang berterusan akan memudaratkan prostat itu sendiri.Pakar kesihatan berpendapat bahawa pelepasan air mani ke tempat yang betul wajar dilakukan.Tentulah ke dalam kemaluan si isteri sebagaimana ketika hubungan intim berlangsung.Teorinya mudah iaitu lebih banyak memancutkan air mani maka lebih selamat dari barah prostat.

 

6.Mencegah penyakit jantung

 

Ketika melakukan hubungan intim jantung si suami dan si isteri berdegup kencang.Proses ini adalah normal seperti mana orang pergi berjogging.Degupan yang berlaku amat baik untuk kesihatan jantung.Otot-otot jantung akan berfungsi dengan baik.Tentulah amat rugi pasangan suami isteri memandang remeh soal hubungan intim dalam kehidupan mereka.Ada yang beralasan sibuk dengan kerjaya dan letih melayan anak-anak seharian.Hubungan intim menjadi hambar dan tidak diperdulikan.Hakikatnya jantung mereka akan merasa akibat sikap sebegini.

 

7.Awet muda

 

Wah! Tentu ada yang sukar nak percaya.Kajian saintifik menunjukkan orang yang aktif seks akan sentiasa bertenaga,sihat mental dan fizikal.Mereka hidup dalam keceriaan.Jadi tidak mustahil kemudaan itu akan berkekalan.Contoh mudah yang boleh kita perhatikan kepada suami atau isteri yang mendapat pasangan yang muda.Logiknya usia pasangan muda lebih bermotivasi melakukan hubungan intim.Mereka menampakkan kekal muda baik kepada  si suami atau kepada si isteri.Tentulah tidak sukar untuk menjadi muda semula dengan syarat untuk menjalani kehidupan aktif seks.Cuma jangan terlalu obses sehingga menyebabkan tiada kerja lain selain seks.

 

*Sumber info: Dr Nor Ashikin Mokthar,Pakar Sakit Puan (The Star –15/8/10)

 

isteri

Klik SINI untuk lebih info

 

Sekilas pandang,

 

Informasi ini adalah perbincangan secara ilmiah.Tidak ada persamaan dengan cerita khayalan dan cerpen lucah yang banyak dalam internet hari ini.

 

Hanya hubungan suami isteri yang diikat dengan pernikahan sahaja  layak menikmati hubungan intim.Itulah hakikat sebenarnya.

 

 

‘’Petua Untuk Hebat Seks’’

 

 

p/s :  Sesiapa yang mencari peluang buat duit online boleh rujuk dekat [ SINI ]

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori bicara kesihatan dengan judul 7 Kebaikan Hubungan Intim Dari Sudut Saintifik (Siri 2) . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/10/7-kebaikan-hubungan-intim-dari-sudut.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Wednesday 30 October 2013