google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Review Buku : Offline Dengan Syaitan | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Review Buku : Offline Dengan Syaitan

 

IMG0121A

 

 

Judul buku ini agak menarik.Saya agak tertarik untuk membaca untuk kali kedua.Tambahan pula gaya bahasa yang ringkas dan sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat.Saya percaya buku ini ditulis untuk golongan sasar iaitu remaja zaman teknologi maklumat.

 

Terdapat tiga bahagian utama yang mengupas ilmu dengan pecahan sehingga 33 bab.Ketebakan buku ini dengan 131 mukasurat.Jadi agak berbaloi juga dengan harga RM15.00 senaskah.Paling menguntung tentulah ilmu yang ada dalamnya.Sehingga kini saya tidak bersunggut untuk berbelanja untuk mendapatkan ilmu.

 

Penulis buku ini ialah Zulkifli Khair.Beliau seorang jurulatih penulis dan penyunting bebas.Setakat catatan buku ini beliau telah berjaya menghasilkan tujuh buah buku dalam masa 3 tahun setengah.Blog beliau ada di sini.

 

Buku ini berjaya membongkarkan sejarah iblis dan syaitan,peranan mereka dalam menyesatkan manusia dan panduan yang berguna untuk menghindarkan kita termasuk dalam jerat mereka.Turut diceritakan tokoh-tokoh  dunia yang berperangai macam syaitan.Mereka hebat pada pandangan dunia tetapi petualang pada kaca mata Islam.

 

Adalah elok juga saya menitipkan serba ringkas panduan berguna untuk mengatasi tipu daya syaitan.

 

Antaranya membaca doa perlindungan ketika melakukan ibadah khusus maupun ibadah umum.Tidak ketinggalan pula solat lima waktu.Solat berupaya mencegah kemungkaran dan memantapkan iman.

 

Selain itu kita disaran untuk berpuasa sunat supaya mudah menundukkan nafsu.Suka diingatkan nafsu adalah tunggangan utama syaitan untuk melemahkan kita.Apabila nafsu sudah berjaya dikawal barulah akal kita lebih cerdas untuk menilai perkara yang baik dengan yang buruk.

 

Perisai paling ampuh untuk mengelak atau berdepan syaitan ialah surah Ayatul Kursi.Untuk menambah kekuatan kita lagi sila baca zikir.Hati orang yang membaca zikir tidak akan lalai.

 

Buku ini juga menyarankan kita semua untuk melengkapkan ilmu sebanyak mungkin.Kuasai dunia IT dan dapatkan manfaat sebanyak mungkin.Ada laman web Islam yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan maklumat sewajarnya.Layari laman web ini.

 

Seandainya kita menemui pilihan yang kabur jangan sekali-kali mencuba menilik.Penulis mencadangkan kita untuk solat istikharah untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang kita hadapi.

 

Penulis juga mengharapkan pembaca agar membina blog takwa dalam diri.Orang yang bertakwa digeruni oleh syaitan.Mereka tidak berani kerana nilai takwa seseorang mendapat lindungan dan pengawasan Allah SWT setiap masa.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ulasan buku dengan judul Review Buku : Offline Dengan Syaitan . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/review-buku-offline-dengan-syaitan.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Saturday 4 May 2013

10 komentar untuk " Review Buku : Offline Dengan Syaitan "

tehr said...

sebuah buku yang bagus untuk semua
bukan hanya kepada remaja sahaja

mrhanafi said...

betul bro dan terima kasih singgah..pengunjung setia tu..

Melastik Bintang said...

dasyat tajuk buku ni..

http://www.melastikbintang.com/mr-ray/undilah-mr-ray.html

Hazmin Hamudin said...

Betul tu.. Kalau keluar duit untuk sesuatu yang berguna macam mendapatkan ilmu ni tak perlu la nak merungutkan.

Unknown said...

Kalo kita berasa ragu2 sudah tentu "solat istikharah" adalah cara yang terbaik untuk mendapat jwpn terbaik...review yg bagus..

mrhanafi said...

salah satu cara penulis untuk menarik para pembaca.

mrhanafi said...

Pelaburan untuk ilmu memang berbaloi..

mrhanafi said...

betul bro...memang tugas syaitan untuk membuat rasa ragu2 kepada manusia.

Serius said...

Dengar tajuk sahaja dah menimbulkan minat untuk membaca..

mrhanafi said...

harap buat tajuk entri sebegitu..