google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 78 Petunjuk Feng Shui (Feng Shui itu agama atau sains) | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

78 Petunjuk Feng Shui (Feng Shui itu agama atau sains)

Pada mulanya saya teragak-agak untuk membaca buku ini.Saya masih skema untuk mendalami kepercayaan budaya  lain.Namun saya gagahkan diri dan tetapkan niat bahawa iktikad saya tetap dengan Islam.Insya Allah.

 

Buku 78 Petunjuk Feng Shui ditulis oleh Perunding Feng Shui antarabangsa iaitu  Mr Suhana Lim.Beliau dan keluarga telah berhijrah ke Australia sejak 1997.Di sana beliau terus mendalami ilmu berkaitan Feng Shui dengan beberapa guru yang tersohor.

 

 

 

Dengan ketebalan 232 mukasurat dan mengandungi 77 bab memang berbaloi untuk dimiliki pihak yang berkenaan.Tambahan pula ada disertakan gambar hitam putih untuk menerangkan bahagian yang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.

 

Buku ini menangkis pandangan umum bahawa Feng Shui bukan kepercayaan paranormal,berbentuk agama dan pelbagai lagi tafsiran negatif.Menurut si penulis, Feng Shui adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang telah diamalkan sejak beribu tahun  dahulu.Pengamalan ilmu Feng Shui dikatakan dapat membawa kesan positif kepada kehidupan manusia.

 

Saya tidak menyenaraikan sepenuhnya maupun sepintas lalu  fakta-fakta dalam buku ini.Alasannya cukup mudah .Saya bimbang orang yang tidak cukup kuat akidah akan terpengaruh bahawa “benda-benda lain” seolah-olah berkuasa untuk menentukan baik buruk kehidupan kita.Memang agak tertutup saya punya pandangan.

 

images

 

Sumber terbaik dan paling sempurna bagi orang Islam tentulah Al Quran dan Al Hadis.Ilmu yang ada didalamnya  sudah cukup untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan kita.Tentulah tidak bijak bagi kita  berharap kepada ilmu Feng Shui untuk membantu penentuan rezeki,jodoh dan nasib seseorang.

 

Saya sengnaja membangkitkan soal akidah kerana di dalam buku ini ada soal jawab dan pertanyaan yang melibatkan orang yang ada nama Melayu.Saya mengandaikan bahawa mereka percaya ilmu Feng Shui dan menjadi Feng Shui sebagai titik tolak untuk mentafsir soal yang saya kemuka di atas.

 

Memang benar pengamal Feng Shui berkata ilmu ini sains tentang alam.Namun untuk  orang Islam boleh rosak akidah jika percaya  susunan perabot,kedudukan pintu,lokasi rumah dan sebagaianya memberi kesan kepada soal rezeki dan kebahagiaan.Orang Islam hanya percaya Allah SWT sahaja yang boleh memberi kebaikan atau mendatangkan kemudaratan kepada sesorang.

 

*picture credit to www.google.com

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ulasan buku dengan judul 78 Petunjuk Feng Shui (Feng Shui itu agama atau sains) . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/78-petunjuk-feng-shui-feng-shui-itu.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi.com - Monday, 13 May 2013

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
feng shui untuk agama selain islam boleh la kot..kita mmg tak boleh percaya..
My recent post Spesifikasi Nokia Lumia 928
1 reply · active 620 weeks ago
Sewajarnya tidak jangan percaya langsung..meskipun ada yang berpendapat ia adalah ilmu tentang alam,,
betul tu. sekadar nak baca je boleh tapi jangan terpengaruh.. kita biar hidup berlandaskan Al-Quran :)
My recent post Apam Balik Di Majlis Cukur Jambul
1 reply · active 620 weeks ago
yalah bro...tapi saya tidak galakkan untuk orang baca kerana ia boleh mempengaruhi iman seseorang...Sumber kita Al-Quran dan Al Hadis serta Ijmak ulamak..mana mau cari lain lagi?
My recent post 7 Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya
setiap yang berlaku ada sebab tertentu.kita cuba elakkan tapi kalau sudah takdir tak blh kita nak cakap apa lagi
1 reply · active 620 weeks ago
itu kena redha dengan ketentuan NYA..
My recent post Mengapa Saya Pilih WordPress ?
ikutlah yang baik telah di tetapkan ..tinggalkan perkara yg di larang itu lbih sempurna
1 reply · active 620 weeks ago
itu saya setuju puan..
My recent post Mengapa Saya Pilih WordPress ?

Post a new comment

Comments by