google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 5 Program Untuk Rakyat Malaysia Celik IT | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

5 Program Untuk Rakyat Malaysia Celik IT

Hidup dalam dunia tanpa sempadan amat mencabar.Kebanjiran maklumat melimpah ruah di mana sahaja waima di ceruk kampung sekalipun.

 

Mereka yang ketinggalan dalam capaian maklumat dari  media massa boleh dikatakan hampir tiada.Setiap rumah pasti ada tv.Paling kurangpun ada radio untuk mendengar hebahan berita.

 

Namun begitu ada sedikit berbeza mengenai komputer yang ada capaian internet.Tahap kesedaran masih kurang.Walaupun kita tahu sudah banyak kampung yang dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (WIFI).Mereka belum faham bahawa internet adalah satu keperluan mendesak dalam era dunia tanpa sempadan.

 

Dalam senarai di bawah ada 5 program berguna untuk rakyat Malaysia dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian di Malaysia.

 

internet

 

1)Portal Pengguna Bijak 1Malaysia

 

Satu portal yang diwujudkan khusus untuk memberi informasi berguna dan terkini kepada pengguna dalam usaha perbandingan harga produk dan bahan mentah di pasaran.Maklumat lanjut ada di sini 

 

2)Komputer 1Malaysia

 

Komputer dari pelbagai jenama tempatan yang ditawarkan dengan harga berpatutuan.Pengenalan komputer 1Malaysia khusus untuk golongan pelajar,orang berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

 

3)Program Get Malaysian Business Online 1Malaysia

 

Program ini ditubuhkan untuk membantu 50 ribu usahawan kecil dalam meletakkan mereka berdaya saing dalam talian.Tumpuan diberikan kepada golongan wanita.Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini

 

4)Pusat Internet 1Malaysia

 

Ia diwujudkan kepada 370 pusat internet 1Malaysia untuk mengurang jurang digital di seluruh pelusuk negara.Selain menyediakan pusat di internet di luar bandar,ia juga berfungsi untuk memberi latihan dan kemahiran ICT kepada golongan sasar.Info lanjut ada dekat sini

 

5)Portal E-Belia 1Malaysia

 

Portal  ini lebih dikenali sabagai portal sehenti yang melaporkan perkembangan belia di seluruh negara melalui kaedah ICT.Maklumat boleh diperolehi di sini

 

download (1)

 

Sepintas lalu,

 

Program-program yang saya nyatakan di atas membawa satu tujuan asal iaitu masyarakat yang celik IT boleh membawa kemajuan negara pada tahap yang lebih tinggi.Perlu diingatkan juga akibat celik IT juga boleh membawa keburukan yang sangat besar seperti fitnah,provokasi dan penyebaran maklumat palsu berleluasa.

 

p/s : Ikuti perkembangan dunia blog dalam penulisan entri saya di sini

 

p/s/s: Sumber gambar dari www.google.com

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul 5 Program Untuk Rakyat Malaysia Celik IT . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/5-program-untuk-rakyat-malaysia-celik-it_6.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Monday 6 May 2013

2 komentar untuk " 5 Program Untuk Rakyat Malaysia Celik IT "

Anonymous said...

banyak inisiatif kerajaan untuk rakyat malaysia ni..bertuah kita..

mrhanafi said...

memang patut kita bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini.