google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Keadaan Terkawal Selepas Insiden Bom Di Padang Besar | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Keadaan Terkawal Selepas Insiden Bom Di Padang Besar

Sekali lagi kita dikejutkan dengan pengeboman di Padang Besar,Danok dan Sadao di Selatan Thailand.Kes-kes bom begini bukan perkara baru tetapi ia amat menakutkan.Semoga perkara ini tidak merebak ke Malaysia.

 

Kuala Lumpur: Polis sedang memantau perkembangan semasa berkaitan insiden pengeboman di Padang Besar, Danok dan Sadao di Selatan Thailand, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam kenyataannya berkata, keadaan di kawasan itu masih lagi terkawal dan langkah keselamatan serta pencegahan sudah diambil termasuk memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk sempadan.

 

“Orang ramai tidak perlu bimbang, namun perlu lebih berhati-hati jika mempunyai urusan di kawasan berkenaan,” katanya.

 

Letupan berlaku di bandar yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Padang Besar kira-kira jam 11.40 pagi itu, menyebabkan 22 orang termasuk dua rakyat Malaysia tercedera.

 

Konsul Besar Malaysia di Songkhla Mohd Faizal Razali dalam satu kenyataannya, mengesahkan dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan yang berlaku.

 

Beliau berkata, Songkla digegarkan dengan empat siri letupan dari bom tersembunyi di motosikal yang diletakkan di kawasan itu.

 

Lagi berita selanjutnya di Harian Metro

 

bom meletup

Gambar hiasan dari Google imej

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Keadaan Terkawal Selepas Insiden Bom Di Padang Besar . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/12/keadaan-terkawal-selepas-insiden-bom-di.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Monday 23 December 2013