
Sekali lagi kita digemparkan oleh manusia yang tak tahan ujian hidup.Sanggup pula hendak menamatkan riwayat sendiri dengan perbuatan paling kurang bijak.Semoga paparan berita ini memberi keinsafan kepada kita bahawa mesti ada jalan penyelesaian kepada apa-apa masalah yang kita hadapi.
Gambar Hiasan sahaja
KUCHING: Seorang lelaki beristeri dua yang dipercayai menghadapi krisis rumah tangga cuba terjun dari Aras 3 Menara Dewan Suarah Kuching di sini hari ini namun percubaannya itu digagalkan sepasukan anggota polis serta Bomba dan Penyelamat.
Pada mulanya lelaki berusia 32 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis, dekat sini cuba dihalang oleh pengawal keselamatan daripada meneruskan niat, namun dia bertindak mengacu pisau terhadap pengawal keselamatan itu.
Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian sambil dibantu sepasukan anggota bomba dan penyelamat.
"Lelaki itu dipujuk supaya membatalkan niatnya tetapi tidak memberi sebarang respons. Selepas hampir sejam dipujuk anggota bomba mengambil peluang ketika dia terleka dengan memegang kolar baju manakala anggota lain merampas pisau sebelum berjaya menarik lelaki itu masuk semula ke dalam kawasan berpagar Aras 3 menara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Berita selanjutnya boleh baca kat SINI
DuluLainSekarangLain · 589 weeks ago
My recent post Cuti Sekolah – Jom Melancong Ke Sabah