google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Pencarian MH370 Diperluaskan | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Pencarian MH370 Diperluaskan

mh370

 

Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi, meskipun kemungkinan untuk menyelamat semakin tipis.


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam usaha pencarian itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat.


"Saya sendiri susah nak berdepan dengan keluarga terlibat, lebih-lebih lagi tiada maklumat dan perkembangan yang boleh dimaklumkan kepada mereka," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di sini, Jumaat.


Ditanya mengapa kawasan pencarian diperluas, Hishammuddin berkata: "Kami tidak menemui pesawat itu dalam kawasan yang diliputi."

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama-sama dengan rakan antarabangsa kini menggiatkan pencarian itu di bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi.


"(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian). Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata beliau.
Sebelum ini, operasi SAR memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.


Hishammuddin berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), yang membantu menganalisis data kasar daripada pihak ketenteraan, memberitahu bahawa Malaysia telah membuat keputusan yang betul untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan itu.


Menjawab soalan mengenai kebanjiran maklumat yang bercanggah mengenai insiden itu sejak hari pertama kejadian, Hishammuddin menegaskan pihak berkuasa Malaysia akan hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai.


"Maklumat (bercanggah) itu bukannya datang daripada kami tetapi daripada spekulasi. Sebab itulah kami mengadakan sidang akhbar setiap hari untuk menyangkalnya," kata beliau.


Sambil memberi contoh mengenai laporan berita berhubung satelit China yang didakwa merakam kemungkinan imej serpihan di Laut China Selatan, beliau berkata perkara itu bukan sahaja disangkal oleh Malaysia malah kerajaan China juga.

"(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian). Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan.


Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.


Hishammuddin berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), yang membantu menganalisis data kasar daripada pihak ketenteraan, memberitahu bahawa Malaysia telah membuat keputusan yang betul untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan itu.


Menjawab soalan mengenai kebanjiran maklumat yang bercanggah mengenai insiden itu sejak hari pertama kejadian, Hishammuddin menegaskan pihak berkuasa Malaysia akan hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai.


"Maklumat (bercanggah) itu bukannya datang daripada kami tetapi daripada spekulasi. Sebab itulah kami mengadakan sidang akhbar setiap hari untuk menyangkalnya," kata beliau.
Sambil memberi contoh mengenai laporan berita berhubung satelit China yang didakwa merakam kemungkinan imej serpihan di Laut China Selatan, beliau berkata perkara itu bukan sahaja disangkal oleh Malaysia malah kerajaan China juga.


Dalam pada itu, Hishammuddin menyatakan rasa terharunya dengan sokongan padu rakyat Malaysia, selain bantuan daripada pelbagai negara dengan peralatan yang canggih.


"Bagi saya, itu memberi semangat untuk teruskan usaha mencari sehingga dapat maklumkan kepada keluarga perkembangan yang lebih positif," katanya.


Hishammuddin berkata 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara kini terlibat dalam operasi SAR pesawat itu, yang hilang setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac lepas, semasa menuju ke Beijing.


Turut memberi jaminan untuk tidak berputus asa dalam usaha pencarian itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.


Azharuddin berkata pihaknya akan terus mencari pesawat itu dengan menggunakan apa sahaja kaedah, apatah lagi usaha itu turut menerima bantuan daripada pakar antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.


Ahmad Jauhari pula berkata: "Warga MAS masih tabah untuk menolong waris para penumpang dan anak kapal. Tak pernah berputus asa dan akan lebihkan pertolongan kepada waris penumpang dan anak kapal."


Hishammuddin juga memberi jaminan untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang termasuk yang berada di China, di mana beliau berhubung setiap hari dengan para pemimpin China manakala MAS pula menghantar kira-kira 100 pekerjanya ke China untuk tujuan itu.

 


**sumber dipetik dari : BERNAMA

 

 

[Catatan kaki]

 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di -----> Portal Ilmu

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Pencarian MH370 Diperluaskan . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2014/03/pencarian-mh370-diperluaskan.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Saturday 15 March 2014