Emosi waris dan anggota keluarga penumpang Penerbangan MH370 warganegara China yang ditempatkan di Hotel Cyberview Resort & Spa sejak Selasa lalu, kini dikatakan mulai tenang selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan terbaharu operasi mencari yang memasuki fasa baharu, petang Sabtu.
Seorang pegawai Malaysia Airlines (MAS) yang enggan dikenali berkata, lebih kurang 30 anggota keluarga penumpang terbabit dibawa ke sebuah bilik di hotel berkenaan pada pukul 2 petang semalam, untuk mendengar siaran langsung pengumuman Najib melalui televisyen mengenai perkembangan kes kehilangan pesawat itu.
Emosi anggota keluarga berkenaan dilaporkan tidak stabil pada hari pertama mereka tiba di Malaysia dan ada di kalangan mereka kelihatan murung dan ada yang menangis.
Katanya setiap keluarga penumpang pesawat warga China itu dijaga dua pegawai Malaysia Airlines dan pihak pengurusan juga membuka bilik rawatan sepanjang mereka berada di hotel itu.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan maklumat terkini, pesawat yang dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Sabtu lalu disahkan pesawat MH370 yang berpatah balik, dan menghala ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia sebelum bergerak ke arah barat laut.
Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru penerbangan itu dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.
Sumber dari BERNAMA
[Catatan kaki]
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> Portal Ilmu
Hairul Hissam · 576 weeks ago
semoga mereka selamat walau di mana mereka berada.
My recent post 5 Sebab Kegagalan Bisnes Makanan dan Aduan Pembeli Kenapa Rahsia Bun Murah Sangat nie?
mrhanafi · 576 weeks ago
wildan · 523 weeks ago
My recent post Perbaikan Kulit Malam Hari