google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Kehilangan Kakiblog.my Masih Misteri | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Kehilangan Kakiblog.my Masih Misteri

Maafkan saya.Entri ini tidak ada kaitan langsung dengan pesawat MH370 yang masih misteri ketika ini.Misteri kerana belum lagi dapat ditemukan di mana ia berada sejak kehilangannya seminggu yang lalu.

 

 

avatar

 

Berbalik ke misteri kehilangan kakiblog.my bukan sesuatu yang sukar untuk dijelaskan.Sehari selepas pengumuman pemenang contest SEO Muslim Niaga blog saya tu telah suspended oleh pihak penyedia hosting.

 

Setelah menyedari blog tersebut bermasalah ,saya terus menghubungi pihak berkenaan untuk meminta penjelasan.Berikut ialah bukti apa yang beliau katakan kepada saya.

 

me

 

Buat masa terdekat ini saya redha sahaja kerana ‘misteri RM’ saya belum cukup kuat untuk mengatasinya.

 

Namun begitu hasil daripada blog tersebut saya telah berjaya mengumpul modal untuk membina satu lagi blog yang khusus untuk e-book.Saya komersialkan blog ini dengan tagline Portal Ilmu.

 

Portal Ilmu  e buku

 

Secara tidak disangka  kakiblog.my pula kena suspended pada hari yang sama pelancaran Portal Ilmu.Saya hampir kecewa namun sedar bahawa ia mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

 

Sehingga ke hari ini saya masih sayang untuk terus berhenti menggunakan kakiblog.my.Apa-apapun saya akan melancarkan satu lagi domain yang lebih unik dan menarik.

 

Hati dan perasaan masih teruja untuk menggunakan platform Wordpress meskipun platform Blogger semakin baik dari hari ke sehari.Buat masa sekarang sabar sahaja dulu.

 

Mengimbau kenangan bersama kakiblog.my saya banyak belajar ilmu blogging tentang wordpress.Ternyata wordpress lebih mudah dan meyeronokkan.Banyak plugin yang user friendly.

 

Saya amat bernasib baik kerana kebanyakan entri dalam blog tersebut saya simpan secara offline.Saya ada salinan yang mungkin berguna untuk diterbitkan semula jika ada blog dan domain serta hosting yang baru nanti.

 

Kepada para pembaca dan rakan-rakan blogger yang pernah singgah di kakiblog.my mungkin akan rasa kehilangannya dalam dunia blog.Namun jangan risau kerana penulisan saya hampir sama dalam blog Portal Infomasi dan Portal Ilmu.Ada masa boleh singgah dekat kedua portal tersebut.

 

Dalam masa terdekat ini saya akan menulis seperti biasa melalui blog-blog yang saya nyatakan tadi.Cuma kali ini tidak menggunakan gelaran KB kerana kakiblog.my masih misteri.

 

 

Catatan kaki

 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di ---->Portal Ilmu

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia blog dengan judul Kehilangan Kakiblog.my Masih Misteri . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2014/03/kehilangan-kakiblogmy-masih-misteri.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Monday 17 March 2014