Alhamdullillah.Saya sudah selamat sampai di Kota Kinabalu untuk menjalankan misi Percutian Di Negeri Bawah Bayu 2014.Meskipun bukan kali pertama saya menjejak kaki di KK namun perasaaan saya memang teruja bercampur baur gembira.
Misi kembara pada kali ini bersama 5 ahli keluarga.Pendek kata percutian keluarga yang telah dirancang agak lama.Kebetulan penerbangan pula ditaja menggunakan Air Asia dengan pakej murah.Terima kasih kepada Airasia kerana memyediakan perkhidmatan yang murah dan memuaskan hati.
Berikut ialah kronologi yang saya rakamkan menggunakan hasil tulisan dalam entri ini.Ada gambar namun tak banyak kerana saya guna telefon bimbit yang bukan telepon pintar.Adapun kamera digital bateri pula belum lagi beli.Kronologi peristiwa ini berlangsung pada 20 Februari 2014.Jom kita baca catatan blogger ketika misi Percutian Di Negeri Bawah Bayu 2014
A)Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Penerbangan kami pada 8.30 malam.Hujan renyai-renyai menyebabkan suhu agak sejuk.Keadaan di lapangan terbang agak sesak dengan penumpang yang nak ke destinasi masing-masing.Sewaktu masuk ke pintu balai berlepas pemeriksaan agak ketat.Tali pinggang terpaksa dibuka.Laptop pun dikeluarkan dari beg sebelum untuk diimbas dalam mesin pengimbas.
B)Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Penerbangan ke KK mengambil masa 1 jam 20 minit seperti yang diumumkan oleh pramugari Air Asia yang cantik molek.Masa sebenarnya lebih lama kerana kami terpaksa berbaris panjang sama ada di kaunter Air Asia maupun kaunter Imigresen.Sebab itu kami betul-betul sampai di KK jam 10 malam.Cuaca baik.Cuma dalam kapal terbang sahaja agak bergoyang kerana menurut juruterbang cuaca agak buruk sedikit.
c)Putatan
Sesudah sampai di KK kami dibawa oleh kenalan isteri KB untuk menginap di Hotel Comfort dekat Putatan.Jam dah menunjukkan pukul 11 malam.Sepatutnya kami boleh bertolak awal namun pihak mereka tersangkut dekat kesesakan jalan raya.Ada sekatan jalan raya oleh pihak polis.Oleh kerana hotel sudah ditempah maka kami cuma perlu check in sahaja.Itulah kelebihan jika ada pihak yang menguruskannya lebih awal.Jika berminat untuk menempah hotel tersebut boleh hubungi di talian 088-734 661 atau email sahaja ke comforthotel2010@hotmail.com
Esok hari sudah merancang untuk ke pulau Manukan.Jadi sampai di sini dulu dan rehat seketika bagi mengumpul tenaga untuk menghadapi aktiviti lebih mencabar. Misi Kembara Negeri Bawah Bayu 2014 dalam akan bersambung semula selepas ini
Diubahsuai dari www.kakiblog.my
[Catatan kaki]
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> Portal Ilmu
Khir Khalid · 576 weeks ago
mrhanafi · 576 weeks ago
Denaihati · 576 weeks ago
My recent post Semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah
mrhanafi · 576 weeks ago
wildan · 523 weeks ago
My recent post Perbaikan Kulit Malam Hari