google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Pekerja ladang serang pasukan polis | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Pekerja ladang serang pasukan polis

Betong (Sarawak): Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.

 

Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

 

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

 

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

 

 

Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

 

 

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

 

 

metro

 

Sumber :Harian Metro

 

 

 

Sekilas pandang,

 

Apa nak jadi dengan dunia sekarang.Polis yang menjaga keamanan pun berani mereka serang.Betul-betul mengundang padah.

 

Sekarang siapa yang susah.Mereka dan keluarga mereka juga yang susah.

 

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Pekerja ladang serang pasukan polis . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/12/pekerja-ladang-serang-pasukan-polis.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday 15 December 2013