Tajuk buku ini memang gempak.Apabila diteliti dan dibaca memang gempak juga isinya.Pembaca akan rasa amat teruja dan merasai perbezaan selepas habis membaca buku ini.
Buku ini ditulis oleh pengarang yang hebat iaitu Saudara Muhammad Muhyidin.Seorang penulis dari Indonesia.Buku asalnya bertajuk Misteri Energi Istighfar.Kini telah diterjemah ke dalam bahasa Malaysia oleh Normaiza Mohd.Noor.
Penerbit Al-Hidayah House Of Publishers Sdn.Bhd telah menerbitkan buku ini pada tahun 2011 yang lepas.Ketebalannya boleh tahan juga iaitu 248 yang mengandungi 6 bab utama.Bagi pembaca tegar,saya percaya dia boleh menghabiskan dalam masa yang singkat sahaja.
Secara keseluruhannya buku ini mengupas persoalan istighfar dalam mendapat hikmah dengan pengamalannya.Boleh saya katakan istghfar adalah satu amal yang boleh mengubah kehidupan kita 100 peratus ke arah lebih baik,kaya raya,bahagia dan paling penting sentiasa bersih dari kotoran dosa.
Namun begitu tenaga istighfar boleh kita perolehi dengan syarat-syarat tertentu.Ianya telah dikupas oleh penulis buku ini dengan lengkap dan menarik.Jika nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan buku ini di toko-toko buku yang berdekatan anda.Saya akui anda tidak akan menyesal membelinya.Malah rasa rugi kerana tidak membelinya awal-awal lagi.
Sekilas pandang,
Sebagai seorang mukmin Istighfar adalah satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada hambanya.Dengan gabungan doa,usaha,istighfar dan tawakal maka tidak mustahil apa-apa keinginan kita boleh dicapai.Soalnya lambat atau cepat.Di dunia atau diakhirat kelak.Insya Allah.
Amran · 587 weeks ago
My recent post Orang Dah Tak Minum Kopi Radix?
mancai · 586 weeks ago
My recent post 10 cara memulakan kerja di tahun baru