google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Apa Ada Dengan Domain? | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Apa Ada Dengan Domain?

Anda  ingin tahu tentang domain?.Mari saya kupaskan sedikit demi sedikit berdasar rujukan blog blog yang berwibawa.Jom kita baca dan kalau rajin bolehlah melawati domain blog yang telah saya tebalkan hurufnya.

Menurut Wikipedia Domain ialah nama yang mewakili satu sumber Protokol Internet (IP), seperti sebuah komputer peribadi digunakan untuk akses ke Internet, sebuah server yang menghost satu laman web, atau laman web itu sendiri atau mana-mana perkhidmatan berkomunikasi melalui Internet.

Namun begitu saya ingin memetik beberapa blog yang ada membincangkan kata kunci domain ini.Dalam blog denaihati ada diceritakan mengenai domain ini.Boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut.


th
                              credit picture to www.yahoo.com

Dalam blog eizil huraian dan kupasan domaian agak menarik untuk dihadam oleh minda kita.Beliau mengupas dengan teliti dan fakta yang boleh dipercayai.Namun jangan risau beliau menyampaikan dengan gaya bahasa yang santai dan ringkas.

Tidak kurang juga blog yang mempromosi domain percuma secara bersyarat.Misalnya blog karim ini yang ada  menerbitkan entri pada 15 Januari 2013.Ketika entri ini berada dalam tatapan anda,mungkin sudah terlambat.Saya berharap promosi begini ada berterusan sehingga ke hari ini.

Sejarah pemberian domain percuma sudah wujud lama sejak tahun 2007.Kalau tidak percaya cuba rujuk dengan blog kelvinzahri.Blog ini masih wujud dan aktif.Kalau tidak membuat penyelidikan tentang domain ini pasti saya tidak menemuinya.Perlu diketahui bahawa bog ini mempunyai niche kuruskan badan.Elok sangatlah kepada mereka yang ingin tampil ramping dan menawan.(wanita sahaja)

Kalau ada domain yang percuma sudah tentu ada domain yang termahal.Lihat entri dalam blog ayakayakwae.Domain yang termahal 13 juta US dollar.Sayangnya nama domain ini kurang sedap didengar tetapi disukai ramai.Awas kepada 18 tahun ke bawah.Itu hint yang boleh saya kongsikan.Entri tentang perkara ini turut dikongsikan dalam blog palingseru.Satu blog dari negara jiran kita.

Sekilas kata terakhir..

Entri ini adalah analisis penggunaan kata kunci domain.Memang banyak  blog yang menulis tentang kata kunci domain..Blog terbaru saya nanti bakal menggunakan niche kajian kata kunci.Kini dalam proses perancangan..

Saya berharap ia dapat memberi manfaat kepada golongan blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog.Perlu saya ingatkan bahawa saya bukan pakar tetapi tengah berguru dari sifu-sifu blogger yang bermurah hati.Selain itu tuisyen online dengan Uncle Google dan Mr Yahoo.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia blog dengan judul Apa Ada Dengan Domain? . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/apa-ada-dengan-domain.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Tuesday 30 April 2013

12 komentar untuk " Apa Ada Dengan Domain? "

suri said...

bila ada naca cantik mudah benar org nak ingat

mrhanafi said...

betul..kalau ada nama pelik,unik dan cantik...namun perkara ini jatuh ke soal no.2 kerana pengisian blog letaknya ditempat pertama.

Syarih said...

dulu tak faham apa itu domain....rupa-rupanya nama link blog kita tu yee....bagus info nih...

mrhanafi said...

terima kasih sudi datang..dulu belajar tentang domain dalam kelas IT..

iRUL said...

Domain memainkan peranan penting dalam penjenamaan blog. Nak beli yang murah dan bangunkan sendiri sampai ada nama, susah. Penyelesaiannya beli domain yang dah ada nama. Contohnya beli domain yahoo ke. Hehehe.. kalau yahoo nak jual la.

mrhanafi said...

dalam membina jenama blog ambil masa dan kalau nak beli pun tunggu ada promosi.

onlajer said...

baru faham sikit - sikit tentang domain nih hehe

mrhanafi said...

Insya Allah saya akan buat artikel tentang domain.Sekarang ini pun faham sikit sikit juga..

Hazmin Hamudin said...

Domain ni yang saya tahu kena ringkas dan mudah diingat. Itu kesilapan saya masa mula-mula memilih nama domain dulu.

Oneblogsocial said...

Terimakasih keatas perkongsian yang diberikan.

mrhanafi said...

memang betul bro .. memilih yang ringkas dan mudah ingat menjadi sukar sekarang ini kerana banyak domain dah orang guna .

mrhanafi said...

sama-sama dan terima kasih kerana sudi bertandang..