Sembang bermula..
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kebahagiaan dan keharmonian hingga ke akhir hayat.Namun tiada siapa menduga masalah boleh melanda.Bak kata lagu P Ramlee..’’sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..’’
Saya ingin sekali untuk berkongsi informasi yang saya kutip dalam buku Kursus Pra PerKahwinan.Buku ini adalah cenderahati sewaktu saya mengikuti kursus pra perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam pada tahun 2001 dahulu.Alhamdullilah saya menamatkan zaman bujang setahun kemudian.
kredit to google.com
Ada 5 perkara yang boleh memusnahkan rumahtangga kita.Perkara ini kita rujuk sebagai masalah.Berikut adalah masalah yang diadukan kepada Unit Khidmat Nasihat & Kaunseling Jabatan Islam Sarawak :
1)Masalah kewangan
Ini adalah masalah paling popular sekali yang melanda ramai pasangan suami isteri.Memang tidak dinafikan wang adalah keperluan utama untuk kelangsungan hidup.Tanggungjawab yang berat pasti terpikul ke atas bahu suami.Apabila si suami sudah tidak mampu memberi nafkah zahir maka keretakan rumahtangga berlaku.Tambahan pula ada isteri yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami.
2)Masalah peribadi
Ada suami yang mempunyai akhlak yang buruk.Mereka memperlakukan isteri sesuka hati.Lama kelamaan hubungan menjadi tawar dan boleh berakhir dengan penceraian.Bagi pihak isteri pula ada yang kurang menghormati suami.Pada mereka suami cuma manusia biasa.Jika ada sesuatu yang kurang berkenan isteri akan melayan suami acuh tak acuh sahaja.Tiada harmoni ini menyebabkan hubungan suami isteri kurang menenangkan.
3)Masalah seks
Masyarakat masih taboo dengan masalah ini.Sikap berdiam diri dan malu tidak bertempat boleh memakan diri.Isteri yang tidak mencapai kepuasan seks boleh curang kepada suami.Begitu juga dengan isteri yang dingin atas ranjang mendorong suami ada hubungan sulit di luar.Masalah ini menjadi seperti api dalam sekam kepada rumahtangga.Jika tidak diselesaikan segera perceraian akan berlaku.Sudah tentu anak-anak menjadi mangsa kerana masalah seks ibubapa.
4)Masalah sosial
Suami yang terlalu sosial juga tidak baik.Mereka gemar berfoya-foya dan berlagak seperti orang bujang menyebabkan isteri makan hati.Anasir negatif dari aktiviti sosial memang mengancam institusi.Tidak kurang juga kepada isteri yang sibuk dengan persatuan.Anak dan suami di rumah akan terabai.Nasib baik kalau pembantu rumah.Ada juga yang terlalu sibuk dengan perniagaan dan melaungkan masa untuk bersosial dengan rakan niaga.Hubungan begini menjadi titik tolak kecelaruan rumah tangga.
5)Masalah komunikasi
Masalah ini tampak remeh sahaja.Namun keremehannya memberi impak negatif dalam komunikasi suami isteri.Sang suami yang suka mendiamkan diri boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada isteri.Sang isteri pula yang bercakap tidak bertapis boleh menyebabkan suami kecil hati.Akibatnya perbualan harian hambar dan mengundang pasangan untuk mencari teman di luar untuk berbicara.Sekarang ini lebih mencabar dengan kewujudan media sosial.Si suami sibuk dengan blog manakala si isteri lalai dengan Facebook.
Sembang berakhir…
Masalah ini jika dikesan awal boleh diatasi dengan mudah.Kalau sudah menjadi barah tunggu sahaja saat kematian.Namun jangan berputus asa kerana kalau ada penyakit tentu ada ubatnya.Begitu juga kalau ada masalah sudah tentu ada jalan penyelesaian.Insya Allah
14 komentar untuk " Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan Rumahtangga "
Perkongsian terbaik!
Keberkesanan cara berkomunikasi samada lisan mahupun gerak tubuh byk mmbantu pasangan utk saling memahami dan membentuk keluarga bahagia.
terima kasih bro hanafi berkongsi
erk hee...sykur jika sesebuah rumahtangga blh bertahan selama 5 tahun apa lagi 10 keatas, rasa sy kita harus menimba ilmu sg mrka2 ni sb mrka lbih byk pengalaman dari kita.
sellu yg kwin ni masa mudaht u hati selalu panas dan tak pandai kawal perasaan. perkara yg kecil di besar2kan huhu...
saya masih belajar pd orang di sekeliling saya. tgok abg, kakak saya jiran tertangga kehidupan mereka romatis sekli kita mesti cmburukan. btw kalu kita nak begit kita boleh cuna mulakan dari sekarang.
bukan blajar dari sudut persekitaran yang baik, dari bulu dari ceramah agama sahaja tapi hari mesti mahu juga bentuk untuk belajar ttg itu. asal hari mahu bahagia mesti kita akan menuju puncak itu untuk rasai nikmat kebehagian rumahtangga :)
sama-sama bro..komunikasi dalam perkahwinan sangat penting.
perkahwinan adalah komitmen seumur hidup..baik dan buruk perlu diterima dengan hati terbuka.
nikmat kebahgiaan rumahtangga akan terasa jika mendapat keredhaan Allah SWT.
masalah kewangan tu paling bahaya kot. biasa pasangan mudalah. kerja tak tetap. banyak kes. huhuhu
in shaa Allah, jika redha dgn ketentuanNya, dan niat kahwin tu betul, Allah akan elihara rumah tangga kita..
tapi kena usaha juga kan...
Indeed..Ramai yang bercerai sekarangni atas faktor No. 1 dan 3...Especially apabila both bekerja tapi pendapatan tidak setimpal dengan perbelanjaan...
masalah ini boleh diatasi jika bijak mengurus kewangan..kerja tidak tetap tapi mesti cari jalan untuk dapat kerja yang ada duit banyak..
perlu ada takwa dalam hidup...banyak mana pun masalah Allah boleh bantu.
Faktor no.1 lebih kepada pengurusan kewangan..nasib baik ada BR1M dan Kedai 1Malaysia untuk kurang kos sara hidup...
Faktor no.2 hanya kaunseling dan pakar perubatan boleh membantu...selain mencari ilmu tentang perkara yang berkaitan.
kita boleh mengelakkannya jika dapat pasangan yg memahami..:)
sebab itu sebelum kahwin cari pasangan serasi..
Post a Comment