Dalam dunia realiti gaya seseorang dapat dilihat dan diperhatikan melalui pakaian ,fesyen rambut,cara berjalan dan sebagainya.Namun dalam dunia blog kita tidak dapat membuat penilaian dengan cara yang sama.Kita terpaksa menilai melalui rekabentuk blog,kandungan entri dan semestinya penggunaan bahasa.
Bahasa yang baik dan berkualiti cerminan kepada cara pemikiran blogger itu sendiri.Aktiviti menulis blog bukan perkara yang mudah sebagaimana kemaskini kenyataan dalam Facebook maupun Tweeter.Menulis blog memerlukan blogger mencari idea
Blog yang menjadi buruan pembaca mempunyai keunikan yang tersendiri.Blog tersebut padat dengan info yang menarik kerana diterjemah melalui bahasa yang standard.Memang ada blog yang hebat menyampaikan mesej menggunakan bahasa
Kehebatan gaya penulisan seseorang bukan lahir begitu sahaja.Pembacaan buku yang luas,penghayatan peristiwa sekeliling dan semangat untuk berjaya adalah elemen utama.Tidak dinafikan bakat semulajadi untuk menulis.Ada yang berbakat dalam seni visual dan seni grafik.Namun bakat sahaja tidak cukup untuk meletakkan diri sebagai blogger berwibawa.Faktor gigih dan minat boleh menjadi penyumbang.
Latihan,latihan dan latihan adalah asas untuk memiliki kemahiran menggunakan gaya yang hebat dan mantap.
Banyak blog yang saya lawati ada ciri-ciri gaya bahasa hebat.Untuk menjaga hati rakan rakan blogger yang lain saya tidak memberi contoh yang tepat.Takut-takut kalau blog yang tidak tersenarai akan terasa.Saya faham blog adalah diari maya.Kita berhak nak guna bahasa apa yang kita mahu.Malah ada blog yang memang tidak kisah berkenaan penggunaan
Adakah saya terlalu emosi sekarang?
Sekian.Mohon undur diri.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
dunia blog
dengan judul
Blogger Berwibawa Kerana Gaya Bahasanya
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/blogger-berwibawa-kerana-gaya-bahasanya.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi
-
Tuesday, 5 February 2013
7 komentar untuk " Blogger Berwibawa Kerana Gaya Bahasanya "
Salam hormat dan selamat pagi buat En Hanafi :D
Semoga ceria dan sentiasa tersenyum setiap hari...:D
InsyaAllah akan diperkasakan bahasa dan gaya penulisan, terima kasih atas peringatan anda :D
peringatan ini juga untuk diri saya sendiri yang baru menulis blog..
Salam ziarah, aku sebenarnya pun jeles ngan blogger yang lain hebat dalam penulisan...yg penting cuba mmperbaiki kelemahan...:)
usaha tangga kejayaan..disiplin diri mau ada untuk memperbaiki diri dalam penulisan.
tulis ikut mana rasa betul je
yg penting kena pertingkatkan dari masa kesemasa :)
setuju tuan..
Post a Comment