Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya telah mengulangi pembacaan buku ini banyak kali.Saya tertarik untuk mengadaptasikan ilmu yang terkandung supaya saya menjadi orang berpengaruh.
Kesedaran untuk mendapat pengaruh sudah berlaku sejak dulu lagi.Memang saya dari kecil kurang pengaruh.Tubuh badan yang kecil.Namun saya tetap bersyukur kerana sihat semua tubuh anggota.
Untuk menjadi orang berpengaruh tidaklah sesukar mana.Ambil ijazah sehingga mendapat phD ada orang boleh buat.Menjadi pemimpin no.1 negara pun sudah dibuktikan oleh orang biasa yang berfikiran luar biasa.
Akhirnya pengaruh yang baik mendatangkan kesan yang baik juga.
Sekian.Jumpa lagi dan mohon permisi.
Judul: Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni
Penulis:Syahrul Nizam Junaini
Ketebalan :196
Penerbit:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
Tahun: 2010
Harga :RM24.90
Ulasan Buku:
Judul buku ini sahaja sudah cukup untuk mempengaruhi peminat buku untuk membeli dan seterusnya memiliki khazanah ilmu.Malah saya sendiri cukup terkesima untuk membaca dan cuba untuk mengaplikasikan beberapa tip yang dikemukakan oleh penulis yang saya minati ini.Syabas dan tahniah kepada Tuan Syahrul Nizam Junaini yang berjaya berkongsi ilmu dan menggungkapkan idea hebat melalui karyanya.
Jika dulu ilmu pengaruh sering dikaitkan dengan minyak,mantera dan azimat.Awas kerana perkara ini bertentangan dengan hukum syarak Islam.Takut-takut jatuh ke lembah syirik dan khurafat yang mana tergolong dalam kategori dosa besar.
Namun begitu jangan sangat tersalah anggap kepada buku ini.Intipati buku ini bukan membicarakan ilmu mistik tetapi ilmu realistik yang menjadi tunjang kepada komunikasi korporat,pemasaran dan perniagaan secara umum maupun khusus.
Pengaruh sudah menjadi elemen penting kepada seseorang dalam ruang lingkup keluarga,komuniti dan organisasi.Orang yang berpengaruh menjadi idaman setiap orang terutama kepada mereka yang ingin meningkatkan kerjaya,maruah dan nama dalam pandangan manusia.
Lagi kuat pengaruh lagi mudah untuk mendapat apa yang dihajati.Pemimpin keluarga yang berpengaruh dapat membentuk ahli keluarga lebih harmonis dan bahagia.Ketua organisasi pula meningkatkan prestasi,produktiviti dan keuntungan syarikat.
Penulis telah membincangkan ilmu tentang pengaruh dalam pelbagai sudut dan dimensi yang berbeza.Antaranya teknik memujuk dalam mempengaruhi.Selain itu sumber-sumber kuasa untuk memujuk lebih berkesan dan banyak lagi.
Tidak kurang menariknya penulis turut mengupas dengan ringkas tetapi padat tentang aplikasi teknik mempengaruhi.Ilmu mempengaruhi yang digunakan untuk pemimpin,kakitangan ,rakan sejawat,bakal pelanggan dan sebagainya.
Pada bahagian akhir penulisan buku ini diceritakan sepintas lalu tentang kejayaan pengaruh tokoh dunia abad ke-21 yang hebat.Antaranya Franklin Roosevelt seorang Presiden Amerika Syarikat yang terpilih empat kali kerana pengaruh menghormati orang lain.Selain itu kisah Perdana Menteri England Sir Winston Churcill yang disegani kerana pemurah,taat dan setia serta cekal menghadapi tekanan dalam situasi yang genting.
Adalah amat berbaloi untuk memiliki,membaca dan mengamalkan ilmu-ilmu dalam buku Ilmu Pengaruh Bukan Jampi tetapi Seni.
Ps: untuk terus bersama menyelami idea-idea Tuan Sahrulnizam Junaini sila lawati website beliau di sini.
8 komentar untuk " Hebatnya Ilmu Pengaruh "
uh usalan buku yg baru klusa pts ni.tetiba teringat ada pesta buku tak silap kt kl gak
kata org klu ada ilmu bru blh berjaya klu kurg ilmu kena tuntut supya nak kejar cita2 atau pengaruh heee
moga2 ilmu hebat ini tidak disalah guna
kacau bilau nanti kehidupan
pesta buku dapat menyemarakan minat membaca..
Untuk dunia perlu ilmu dan untuk akhirat lagi-lagilah perlukan ilmu..
Ilmu hebat ini hanya berkesan kepada seseorang yang mempunyai hati yang bersih..ada pancaran nur dalam hatinya.
boleh cari buku ni :)
rasa nak jadi bos emsti blh pengaruhkan org dan luaskan pasaran klu lita ada cita2 nak jadi eksekutif jualan misalanya hee...
Post a Comment