Walau pun sekejap cuma, saya berkesempatan untuk merasai pemanduan kereta Proton Preve.Perasaan saya wow! Memukau dan sudah pasti menimbulkan keinginan untuk memilikinya.
Apa yang menarik tentang jentera yang berkuasa 1.6 kuasa kuda ini ialah enjinnya.Bunyi yang senyap dan seolah-olah tidak kedengaran.Maklum sahajalah kereta Preve yang saya pakai itu masih baru.
Pecutan pula tidak menghampakan.Ada beberapa lampu isyarat merah sewaktu saya bawa kereta ini.Lampu hijau sahaja saya pecut sedikit dan ternyata kuasa yang dihamburkan memukau.
Hormon anderalin saya naik dan saya pecut lagi untuk segera sampai destinasi.Speed meter tidaklah melebihi 90km/j kerana di Sarawak mana ada highway untuk test power.Sekadar celok mencelok secara berhemah.Itu saya punya cara pemanduan.
Rekabentuk dalaman Proton Preve sportie dan kemas.Pemain audio memang cantik.Cuma bunyi belum betul-betul puas saya hayati.Mungkin pemilik kereta ini belum setting dengan tepat lagi.Sekadar dengar radio frekuensi FM kira memadai juga.
Kerusi fabrik yang empuk.Apa yang menarik kerusi pemandu tidak tenggelam dan amat selesa sekali.Ketika memandu saya rasa tenang dan lebih fokus.Hebat juga penangan kerusi tersebut.Malah spekfikasi kerusi pemandu perlu diambil jika hendak membeli kereta.
Secara keseluruhannya kisah saya bawa kereta pinjam majikan membawa kenangan terindah.Saya terus bercita-cita untuk memilikinya.Namun sebagai blogger adakah saya mampu mencapainya.Tepuk dada tanya iman,ketuk papan kekunci tulis entri sedap dan berkualiti.Lepas itu baru boleh buat tindakan seterusnya.
p/s: kalau saya berjaya jual Mesin Jualan Internet ini Preve Merah di atas bukan sekadar angan-angan lagi.
10 komentar untuk " Pengalaman Memandu Preve Baru Baru Ini–Memukau! "
Salam titipan di waktu Subuh :)
Kain kasa menyapu mata,
Badan saya dipaku resah;
Teringin rasa nak pandu kereta,
Apakan daya tanganku patah.
time2 dah cukup duit beli preve nanti, time tu la dah de kereta baru dah yg lebih selesa. biasanya cenggitu la kan.. heh
Ulama kita ada bercerita,
Kisah orang bermahzab maliki;
Usah lemah berduka cita,
Banyak berdoa murahkan rezeki.
begitulah teknik pemasaran moden..berubah untuk kebaikan.
InsyaAllah...cantik pantunnya :D
aku tak ada lesen nak pandu kereta...tak sabar nak amik lesen kereta. nak beli kereta idaman. harapnya menjadi kenyataan..hehehe
SURI..
salam.
dah ada niat nak membeli ni hee warna apa yang berkenan di hati?
merah menyala tu
berapa rm sebiji ni, bro?
kalau boleh warna putih...dan hitam..
60k ke atas kalau harga atas jalan...mungkin harga akan turun.
Post a Comment