google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Menyepi Diri Kerana Terpaksa Dan Kesannya | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Menyepi Diri Kerana Terpaksa Dan Kesannya

 

l1s21

 

Tindakan terlalu lama tidak update blog bukanlah sesuatu yang bijak.Namun saya tiada pilihan lain.Saya terpaksa dek keadaan yang kurang mengizinkan.Bukan kerana faktor masa.Bukan juga kerana kekeringan idea.Tapi lebih dari itu.Biarlah menjadi rahsia buat seketika.Hanya kemaafan yang saya pinta.

 

Jauh dalam lubuk hati saya begitu rindu kepada blog ini.Rindu kepada blog-blog yang selalu saya terjah.Rindu untuk membaca entri terkini blog tehramuan,blog mamasentimental,blog auc,blog cahayacinta dan banyak lagi blog yang hebat lagi menarik.

 

Saya sudah jauh ketinggalan untuk mengikuti berita semasa mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu.Saya percaya ada blog yang menjadi tumpuan kerana menyiarkan informasi terkini dengan sumber alternatif.Ini tidak bermakna berita yang disiarkan melalui media perdana tidak sahih.Kadang-kadang pandangan dua sisi lebih baik dan lebih adil.

 

Kesan tidak update blog juga menyebabkan ranking Aleaxa blog saya akan jatuh.Namun kejatuhannya tidak terasa sangat kerana blog ini bukanlah mempunyai ranking yang tinggi pun.Sekurang-kurangnya pada masa akan datang saya mendapat iktibar dan pengajaran yang berguna.

 

Suka saya maklumkan bahawa pengunjung yang pernah singgah di blog ini akan merasa sedikit kecewa apabila mengetahui tiada entri terkini.Dengan itu saya memohon maaf kerana situasi ini.Saya ada sebab yang sukar untuk dielakkan.Saya sendiri terpaksa dan perlu menahan sabar.Itupun kalau ada( takut  saya perasan pulak)

 

Dalam kesempatan ini saya ingin menghebahkan perkembangan saya kebelakangan ini.Saya telah ditawarkan pekerjaan baru di sebuah syarikat tempatan.Buat masa ini tengah menjalani latihan selama 6 hari seminggu.Tempoh ini masih berlanjutan sehingga tarikh yang belum ditentukan.Saya masih menganggap saya seorang blogger meskipun tidak bergerak seaktif sepenuh masa.Saya sendiri yang menentukan kerjaya blogger.Tiada bos dan tiada kuli.Macam mana tu?

 

Saya akan berusaha untuk kembali dunia blog sedikit masa lagi dengan penuh semangat.Saya sedar semangat adalah tunjang utama kejayaan apa-apa perkara yang kita lakukan.

 

Orang yang lemah semangat sudah gagal sebelum berjuang.Sebaliknya orang yang bersemangat adalah orang yang berjaya meraih kejayaan demi kejayaan.Adalah tidak adil jika kita meletakkan kejayaan pada destinasi.Kejayaan itu satu perjalanan.Bergerak dari satu titik ke satu titik.Alamak saya sudah melalut ke sini lah pulak….

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah saya dengan judul Menyepi Diri Kerana Terpaksa Dan Kesannya . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/03/menyepi-diri-kerana-terpaksa-dan.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday 24 March 2013

6 komentar untuk " Menyepi Diri Kerana Terpaksa Dan Kesannya "

tehr said...

perkara biasa ni
ada waktu kita lapang
ada ketikanya kita sibuk

tahniah kerana dapat kerja baru

Unknown said...

Salam semanis-manis madu :D
Ketumbar dan pandan sudah di tangan;
Dalam gerimis sedikit rindu.
Khabar badan apakah gerangan.

Kelam syahdu dingin sepetang,
Syahdu meruntun titis awan;
Salam merindu di angin melintang,
Rindu berpantun bersama tuan.

Sulam kebaya minta dijual,
Bersantun-santun irama lama;
Di alam maya kita berbual,
Berpantun-pantun bersama-sama.

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup anda..amin =D

Hazmin said...

Perkara biasa untuk blogger part time. Kena utama kan yang penting dulu

mrhanafi said...

putaran hidup dunia....dalam 5 perkara...terima kasih kerana ambil berat tentang saya, bro..

mrhanafi said...

Amin dan terima kasih selalu..

Jangan dijolok sarang tebuan,
Kalau diserang langkah seribu;
Saya berpantun kerana puan,
Pantunku biasa pengubat rindu

mrhanafi said...

betul tu bro..