Saya pernah mengikuti satu kursus motivasi dan kepimpinan kira-kira 15 tahun yang lepas.Saya masih ingat dan sampai sekarang ingatan terhadap pesanan ini kekal kukuh.Penceramah tersebut berpesan ‘'semakin lama anda bertangguh maka semakin kuat tekanan untuk anda tanggung.’’
Saya akui memang benar.Saya percaya kita semua ada sikap suka bertangguh.Terutamanya perkara yang melibatkan kebaikan.Betulkan.
Sikap bertangguh menjadi trend kebanyakan orang.Bertangguh untuk solat.Bertangguh untuk membuat kertas kerja.Bertangguh untuk belajar dan 1001 lagi perkara untuk ditangguhkan.Akhirnya banyak perkara yang baik tidak dapat dilaksanakan.Anda menyesal dan timbulnya perasaan kalaulah dulu saya buat macam tu…pasti saya sudah mendapat apa yang saya citakan.
Kesan sikap bertangguh ini akan terkena batang hidung sendiri.Kita akan tertekan dan gelisah untuk menghadapinya.Tekanan yang kita hadapi merencat kebahagiaan hidup.Lebih merisaukan jika ada yang tidak mampu mengawalnya sehingga menjadi pencetus kepada huru hara.Tidak kira dalam keluarga maupun dalam masyarakat.
Saya melihat sikap bertangguh ini boleh diubah atau ditranformasi ke arah lebih positif.Perubahan boleh perlahan-lahan.Usah terlalu drastik takut kita sendiri tidak mampu menangani perubahan tersebut.Mulakan perkara yang kecil dahulu.Sesuatu yang mudah dan remeh.Lama-kelamaan kita terbiasa untuk melakukannya dengan rasa rela dan tanpa sedar.
Ambil contoh mudah.Katakan anda hendak mencuci kereta hari Ahad.Anda boleh melakukan aktiviti ini terus pada hari Sabtu.Bagi surirumah pula lagi mudah.Anda biasa masak jam 11am dan apa kata anda mulakan 10.45am pula.Dan sudah pasti banyak lagi contoh di luar sana.
Akhir kata sikap bertangguh boleh diubah menjadi tabiat baik iaitu segera melakukan kebaikan.Kita wajar memanfaatkan setiap saat kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk dilengah-lengah kepada perkara yang sia-sia.
4 komentar untuk " Jangan Bertangguh Jika Dapat Dilakukan Sekarang "
sy ada juga hee kalu leka bt kraft tu.tpi bila cahayacinta.com
sedar cam pelesit sy buat kerja rumah.slu bab nak sapu rumh tka der maslh tpi ank mop satu rumh ada maslh selagi anak tak tidur tu buat kerja bertangguh2..
tpi sllu ingt dlm hti buat kena ikhlas heee..klu tak buat lgi di elngahkan selagi tu hti kita tak tenteram..
itu senario yang banyak berlaku kepada kita semua..
Terima kasih utk perkongsian ni.
Bila bertangguh, mmg kadang2 boleh lupa dan kesudahan hasilnya mungkin tak memuaskan hati.
jadi, usah bertangguh =)
setuju sangat dan harap kita segera melakukan kebaikan.
Post a Comment