Sejujurnya saya tidak mahu berbicara tentang iblis.Mereka makhluk derhaka kepada Allah SWT dan musuh yang nyata kepada manusia.Malah kita semua akan mengelak untuk bersua muka dengan iblis laknatullah.
Tetapi baru baru ini saya menemui informasi tentang iblis dalam buku tulisan Zulklifli Khair yang berjudul Offline Dengan Syaitan.Jadi saya tiada pilihan kerana ilmu yang baik wajar dikongsi dan disebar demi kebaikan bersama.
Sebelum kewujudan nabi Adam , iblis digelar Azazil.Makhluk ini dianugerahkan rupa yang indah lagi bercahaya.
Ketika Allah SWT mencipta Adam dari tanah, para malaikat akur untuk sujud kepada Adam atas perintah Allah SWT.Bagaimanapun Azazil enggan berbuat demikian kerana menganggap dirinya mulia.Lebih baik daripada Adam kerana Azazil dicipta dari api.
Kesombongan Azazil menyebabkan kemurkaan Allah SWT dan akhirnya Azazil dikeluarkan dari syurga.Allah SWT telah mengubah rupa Azazil menjadi buruk,jelek dan menakutkan.Sejak dari itu Azazil digelar iblis iaitu makhluk yang derhaka kepada Allah SWT.
Catatan Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam Talbisul Iblis telah mengemukakan 5 keturunan iblis dan tugas khas meraka.
1)Tsabar
Tugas iblis Tsabar ialah menerbitkan perasaan keluh resah kepada orang yang ditimpa musibah.Mereka akhirnya akan menyalahkan Allah SWT atas apa yang berlaku.
2)Dasim
Iblis Dasim berperanan untuk menghancurkan ikatan perkahwinan .Modus operandi mereka untuk menimbulkan perasaan cemburu yang melampau ke atas pasangan suami isteri.Si suami akan syak dengan isteri manakala si isteri pula tidak percayakan suami.
3)Al-A’war
Kerjanya untuk menghasut hati manusia untuk berzina.Golongan wanita dibisikkan untuk berpakaian seksi.Golongan lelaki pula didorong untuk melihat wanita cantik sehingga terbitnya nafsu berahi.Kepada pasangan yang bercinta ditimbulkan keinginan untuk berdua-duaan sehingga berakhir dengan zina.
4)Miswath
Iblis jenis ini pakar dalam menghasut manusia untuk membuat fitnah.Mereka selalu membisikkan cerita dusta dan perasaan buruk sangka kepada orang lain.Akibatnya manusia huru hara dan saling dengki satu sama lain.
5)Zaknabur
Pusat membeli belah adalah tempat yang sesuai untuk melekakan manusia.Di sinilah iblis Zaknabur menyuntik perasaan seronok sehingga mereka membuang masa begitu sahaja.
p/s :Kredit kepada empunya grafik-www.google.com
16 komentar untuk " Mengenali Kerabat Iblis Dan Tugas Khas Mereka "
beru tau ni....tq for the info
Isi lebih kurng dg buku saya bertajuk "tak kenal maka tak.." lupa tajuk dia .2 bulan lepas sy ada bt entri tpi entri hilang sb mslh blog.
sama2 bro..terima kasih kembali kerana sudi berkunjung.
sayang betul macam tu..kalau boleh saya akan kaitkan dengan entri tersebut.
Oooo.. Ada tugas spesifik untuk setiap satunya..
sama macam malaikat..masing2 ada tugas tersendiri ..
haa..kalau nak tau, Miswath laa yg tgh hasut org2 skrg ni bercakaran sebab politik ..hahaha
info menarik. ada yg dah tahu dan ada yng belum tahu
ada kemungkinan besar kerana tugas syaitan untuk menghancurkan manusia..
ada 5 keturunan..... banyak juga si iblis ni...
harap selepas ini banyak tahu...
memang banyak.Itupun belum termasuk suku sakat..syaitan..
dan jangan bagi anak nama kerabat ni. bunyi lebih kurang pun jangan..
setuju sangat bro....mahu berhati2 dalam pemilihan anak.
Informasi berguna dan bagus. Gangguan makhluk halus ini amat menyiksakan jika ia menggangu keluarga kita, namun kesabaran disamping meningkatkan keimanan kita amat di tuntut supaya semua itu lari dari kita.
apa-apapun ia adalah ujian untuk menguji keimanan kita.
Post a Comment