Membaca entri blog dengan buku jauh berbeza.Sudah tentu kepenatan otak berganda dengan membaca blog.Ini kerana blog perlu dibaca melalui peranti elektronik yang ada radiasi berbanding buku menggunakan helaian kertas.
Ketahuilahlah teknik membaca pantas dapat mengatasi masalah ini.Saya percaya ramai blogger prihatin untuk menjaga kesihatan mata dan minda.Jadi teknik ini boleh dijadikan panduan.Suka diingatkan bahawa tidak semua teknik yang disarankan sesuai untuk semua orang.
(Kredit kepada empunya grafik)
1.Baca tajuk dan komen para pelawat
Melalui tajuk sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan isi kandungan entri.Perhatikan juga komen para pelawat yang berkualiti.Mereka akan komen berdasarkan kefahaman mereka.Dengan membaca komen mereka seolah-olah kita membaca entri blog tersebut.
2.Baca perenggan pertama dan terakhir sahaja
Jika penulis blog tersebut berpengalaman tentu dia akan meletakkan idea utama atas sekali.Selepas itu dia meletakkan rumusan dalam bahagian akhir .Membaca idea utama dan rumusan sudah cukup untuk kita memahami keseluruhan entri blog ini.Itu pun bergantung kepada tahap kegeniusan anda dalam dunia pembacaan blog.
3.Tengok gambar sahaja dan buat tafsiran sendiri
Memang benar gambar dapat menceritakan sesuatu lebih baik dari 1000 patah perkataan.Sekarang ini ada blog yang kurang penulisan tetapi lebih kepada gambar.Bonus untuk para pelawat untuk komen tentang gambar sahaja.Terutama ada segmen Wordless Day.
4.Baca isi penting yang tidak menggunakan perenggan
Entri blog yang memaparkan teknik, petua,rahsia,panduan dan tip biasanya akan menyenaraikan isi-isi penting mengikut nombor.Apa tunggu lagi baca sahaja mengikut turutan nombor.Tidak perlu baca huraian jika sudah faham.Kalau nak baca juga terpulang kepada tahap kerajinan sendiri.
5.Baca sepintas lalu tanpa menyebut perkataan melalui hati atau mulut
Teknik membaca pantas begini memerlukan latihan yang intensif.Memang agak sukar dan tidak pula mustahil.Dalam blog boleh juga dipraktikan jika sudah mahir.Tukar zoom skrin laptop atau komputer supaya lebih besar.Ini kerana kita tidak membaca sepatah demi sepatah perkataan sebaliknya ayat demi ayat sekaligus.
6.Elakkan membaca blog yang ada iklan pop-up
Tidak dinafikan blogger memerlukan duit dari pengiklanan.Namun jangan memaksa pelawat untuk klik link tersebut.Biasanya iklan pop-up akan menghalang kita untuk membaca entri selanjutnya.Setelah diklik kita akan dibawa pula ke laman web pengiklan.Sudah tentu masa kita akan terbuang kecuali kita memang menginginkan produk yang diiklankan.
25 komentar untuk " Teknik Membaca Pantas Entri Blog "
hehehe ..betul3
sesuai untuk mereka yang kaki blogwalking..
memang betul he..he..
baca tajuk aje. haha..
Salam Jumaat... :)
Jom berpantun pulak di blog Ummi..pantun je ye :D
baca komen je lah :)
penatlah orang tulis panjang2 kan
itu paling penting supaya jimat masa untuk membaca info yang diminati sahaja.
Insya Allah saya akan menjengah..
itu teknik yang baik juga..tapi ada blog yang mempunyai komen sampai seratus lebih.
tulis pendek2 belum tentu ada yang mahu baca...paling ramai singgah untuk bagi komen sahaja
kekadang tu ikut mod jg... :)
mood saya akan bertambah apabila membaca topik yang menarik...
no.5 tu bagus cuma kalau dah panjang sangat alih ke no.4...
betul bro..dan membaca perlukan kemahiran yang tinggi..
baca tajuk dan 'scan' entri tu cari keyword
saya suka baca blog yang isinya power...hahahha
tu cara blogger yang suda mahir teknik membaca blog.
blog yang ada isi power bro punya blog...
salam.
no 6 saya rasa setuju...hurm..tapit ka semua blog cam tu..ada juga bt atas sb2 tertentu
selalu baca entri pjang tapi ada inti "ilmu" dalamnya. rasa itu lebih puas di baca dari baca sesetangah sahaja. tapit gok jenis entri juga. kalau penulis pandai bawa penulisan dalam keadaan santai dan menghiburkan sy rasa sy akan baca stiap entri yang di hasilkannya.
btw sb tak rugi. ilmu, santai,puas & blh buat orang tersenyum :)
nak buat macam mana memang cara mereka..
Ada ramai penulis blog yang ada cara penulisan santai tetapi padat dengan ilmu menarik. btw saya suka blog suri yang kaya dengan kosa kata cinta.
saya baca entry blog mula2 baca perenggan pertama dan akhir saja. kalau pembuka dan menarik, saya akan baca 1 artikel. hahaha
kalau macam tu saya akan buat pembuka entri lebih menariklah jawabnya.
Post a Comment