google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Selamat Hari bapa…Kasihmu Sepanjang Masa | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Selamat Hari bapa…Kasihmu Sepanjang Masa

 

Hari  Bapa disambut sama seperti Hari Ibu.Sungguhpun jasa seorang ibu 3 kali lebih hebat dari jasa seorang ayah.

 

Tak perlu kita pertikaikan kenyataan ini.Apa yang penting peranan seorang bapa tidak kurang hebatnya.Dia yang sanggup berkorban nyawa dan tenaga untuk mencari rezeki.Menyediakan keperluan asas dan pendidikan anak-anak.

 

bapa

kredit gambar kepada : persadaum.blogspot.com

 

Seorang bapa yang hebat ialah ketua keluarga yang boleh membawa ahli keluarganya mencintai Allah SWT dan Rasullulah SAW.Tugas ini bukan mudah.Banyak cabaran dan dugaan kecuali jika si suami telah memilih isteri yang faham agama.Proses tarbiah lebih mudah.Untung dunia.Apatah lagi untung pula di akhirat nanti.

 

Kasih sayang seorang bapa terpancar apabila sanggup mengetepi kepentingan peribadi semata-mata untuk keperluan keluarga.Isteri dan anak-anak menjadi keutamaan dalam serba serbi kecuali soal iman dan akidah.

 

Dalam perkara ini Allah SWT dan Rasulullah SAW sahaja yang mendapat tempat teratas.

 

Sekilas pandang,

 

Ada beberapa hari saya kekeringan idea untuk kemaskini blog.Langsung tidak bergerak.Alhamdulillah semangat datang kembali dan idea pun datang bersama.

 

Akhir kata Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa seluruh dunia termasuk saya yang sudah bergelar bapa sejak 10 tahun yang lalu.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Selamat Hari bapa…Kasihmu Sepanjang Masa . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/06/selamat-hari-bapakasihmu-sepanjang-masa.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday 16 June 2013