google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Tahu Tak Ada 4 Jenis Kedai Rakyat 1Malaysia? | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Tahu Tak Ada 4 Jenis Kedai Rakyat 1Malaysia?

 

Jenama 1Malaysia sangat popular di Malaysia.Semua orang bercerita tentang jenama 1Malaysia baik kanak-kanak hinggalah kepada orang yang sudah berusia.

 

Cari di mana sahaja.Tidak kira di bandar besar maupun  di ceruk kampung yang terpencil sekalipun.Pasti ada jenama 1Malaysia.Tak banyak gerenti ada.

 

Setakat blog ini ditulis kerajaan Malaysia telah menubuhkan 4 Jenis Kedai Rakyat 1Malaysia iaitu :

 

1.Kedai Rakyat 1Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia

 

Kedai ini adalah pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan harian dan runcit pada harga 40 peratus lebih rendah berbanding kedai biasa.Kebanyakan barang dibungkus dengan bungkusan warna putih dengan lambang 1Malaysia.Selain itu kedai ini turut menjual barangan dari jenama terkemuka.Maklumat lanjut sila layari www.kedairakyat1malaysia.com.my

 

2.Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Kain

Tujuan penubuhannya untuk membantu masyarakat luar bandar dan golongan kurang berkemampuan membeli kain dan pakaian yang berkualiti dengan harga murah.Macam –macam kain ada dari kain ela,kain kurung,kain langsir dan sehinggalah kepada baju Melayu.Laman web rasminya di http.//pmr.penerangan.gov.my

 

3.Kedai Buku 1Malaysia

buku

 

Kedai ini khusus untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah mendapat bahan bacaan dengan harga yang murah.Golongan sasar tertumpu di pekan kecil dan masyarakat luar bandar.Penubuhannya diharap dapat merapatkan jurang akses maklumat kepada mereka berbanding dengan masyarakat bandar.Layari laman rasmi http://pmr.penerangan.gov.my

 

4.Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia

Ikan

 

Pelbagai jenis ikan segar dijual melalui kedai ini.Harga yang ditawarkan adalah 30 peratus sehingga 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.Satu lagi kemudahan untuk para penduduk yang kurang mampu.Malah barangan runcit dari Kedai Rakyat 1Malaysia turut juga dijual di sini.Maklumat lengkap layari http://pmr.penerangan.gov.my

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai rakyat yang sayang dengan Malaysia amat wajar saya mengalu-alukan sokongan anda untuk membeli belah di kedai yang saya nyatakan tadi.

 

Tanda sokongan kita kepada negara tercinta mesti diterjemahkan melalui kuasa tindakan.Kita berbelanja seperti biasa namun beli di kedai rakyat 1Malaysia.

 

Kalau bukan kita siapa lagi.Namun pilihan tetap ditangan anda.Hanya anda berhak untuk memilih sama ada untuk menjadi penonton atau peserta dalam program ini.Bagi golongan macam saya pilihan hanya satu sahaja.Beli barang di kedai rakyat 1Malaysia untuk penjimatan luar biasa.

 

ps :Sumber imej  www.google.com

 

 

 

 


Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Produk 1Malaysia dengan judul Tahu Tak Ada 4 Jenis Kedai Rakyat 1Malaysia? . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/06/tahu-tak-ada-4-jenis-kedai-rakyat.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday 2 June 2013