Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ramai yang berminat untuk menjadi penulis blog atau lebih tepatnya blogger.Ini kerana kerjaya sebagai blogger telah dihebahkan boleh menjana pendapatan lumayan.Malah ada yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.
Kerjaya blogger tidak perlukan kelayakan akademik seperti kerjaya lain.Ada asas komputer sudah memadai.Pendek kata sesiapa pun manusia di muka bumi ini layak untuk menjadi seorang blogger.
Namun begitu adakah begitu mudah untuk mendapat duit melalui blog? Jawapannya tidak dan juga ya.
TIDAK bagi mereka yang baru menceburinya setahun jagung.(jagung berbuah taklah sampai setahun).Sudah tentu YA bagi mereka yang sudah otai(berpengalaman)
Ada 5 perkara yang wajib diketahui tentang blog:
1.Nama blog (domain)
Domain ada yang percuma dan berbayar.Domain yang percuma biasanya boleh diperolehi dengan pendaftaran dekat Blogspot atau Wordpress.Kebelakangan ini Wordpress yang percuma kurang popular.Saya beranggapan kerana fungsinya sangat terhad.Faktor pemilihan domain sangat penting.Ia menggambarkan imej dan krebiliti pemiliknya.Cuba elak untuk memiliki domain yang kurang sopan.Silap hari bulan orang beranggapan yang bukan-bukan terhadap kita.
2.Penyedia tempat blog (hosting)
Hosting yang percuma boleh diperolehi dengan pendaftaran domain di blogspot dan Wordpress.Proses ini sudah siap pakej dengan nama domain yang menggunakan Blogspot dan Wordpress.Ada juga yang lain cuma tidak begitu popular.Bagi mereka yang baru-baru berjinak burang merpati (sepatutnya blog) boleh belajar di Blogspot atau Wordpess dahulu.Gunakan kemudahan percuma sebelum berfikir tentang tempat berbayar.Sudah ramai otai blog menggunakan method ini.Mereka daripada kosong dan kemudiannya penuh dengan pengalaman,info dan duit.
3.Tema (niche)
Niche sangat penting dan berpengaruh dalam dunia blog.Rata-rata mengakui bukan mudah untuk mendapatkan niche yang serasi dengan jiwa dan pengetahuan mereka.Ada blog yang hanya memfokuskan satu niche sahaja.Tidak kurang juga yang buat rojak blog (bukan rojak buah) iaitu menghimpunkan pelbagai niche dalam satu blog.Mereka mengkategorikan setelah buat entri.Pembaca yang bijak memilih untuk membaca blog berdasarkan niche yang diminati.
4.Isi kandungan blog(entri)
Pihak Google Adsense sentiasa mencanangkan ‘love content’.Pembaca pun begitu.Mereka perlu entri yang boleh menyelesaikan masalah mereka.Tidak kira masalah perbadi atau masalah negara.Entri yang berkualiti dan bermanfaat menjadi buruan para pembaca.Jadi sebagai penulis blog sudah berwajipan untuk menulis entri blog mereka dengan baik dan matang.Buat kajian sebelum menulis supaya hasilnya menampakkan krebiliti.Jadi pembaca akan terikat dan setia untuk mengikuti perkembangan entri yang kita hasilkan.Usahakan untuk selalu kemaskini entri blog.
5.Promosi jaringan blog(link blog)
Apalah gunanya jika blog cantik dan entri menarik tetapi tiada pelawat atau pembaca yang datang melawat.Mempromosi blog adalah cara untuk menarik pelawat datang.Pelbagai teknik dan kemahiran promosi link blog sekarang ini.Sebagai blogger mentah (masih baru) seperti saya ini aktiviti blogwalking atau singgah di blog orang adalah latihan wajib.Baca entri blog orang lain dan beri komen pada ruangan yang disediakan.Jika sudah mahir sedikit guna kaedah Ping kan entri.Masuk kumpulan blogger dan sertai program mereka.Mahu lebih hebat lagi guna kemahiran SEO untuk tarik trafik berganda-ganda.Kemahiran ini boleh dipelajari perlahan-lahan.Buat sementara promosi boleh dilakukan dalam Facebook,Tweeter dan Youtube.Lagi banyak lagi baik hasilnya.
p/s:Ambil perhatian bahawa apa-apa yang saya tulis berdasarkan pemahaman blogger yang masih baru tentang dunia blog.Mungkin ada salah sini dan sana.Harap ditegur dan diperbetulkan untuk kebaikan bersama.Kesilapan kefahaman hanya dapat diatasi dengan rujukan entri yang berwibawa.
Sekian.Jumpa lagi.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
dunia blog
dengan judul
5 Perkara Wajib Difahami Tentang Blog (khas untuk Blogger Baru)
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
http://ingathanafi.blogspot.com/2013/01/5-perkara-wajib-difahami-tentang-blog.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi
-
Thursday, 31 January 2013
6 komentar untuk " 5 Perkara Wajib Difahami Tentang Blog (khas untuk Blogger Baru) "
Salam n selamat malam..
Saya suka dan sayangkan blog saya.walau pun sederhana dan separuh masa... :D
semoga bermanfaat untuk blogger baru. walaupun sudah beberapa tahun blogging, promosi tu belum berapa berjaya lagi
baguslah...saya pun suka blog puan..kaya dengan pantun.
Aktiviti promosi memerlukan masa dan perlu dilakukan berterusan.Ada yang guna teknik Ping yang berbayar untuk cepat sedut traffik.
bagus tips ni.. yg dh lama blog pon bley consider balik mane yg patut...
Ya saya setuju tu..
Post a Comment