‘’KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.’’
Sumber-http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi
Ehsan:www.yahoo.com
Pekerja swasta seperti saya memang gembira mendengar berita yang diumumkan oleh KWSP baru-baru ini.Saya mengharapkan tahun-tahun mendatang peningkatan lebih baik supaya tabung masa hadapan ini lebih berisi.
Memang malu untuk diakui kita lemah dalam pengurusan kewangan.Kita suka berbelanja mengikut nafsu dan rakus memenuhi kehendak yang tiada kesudahannya.
Musuh utama gajet teknologi dan aksesori kereta bagi kaum lelaki.Golongan wanita pula cair dengan fesyen pakaian,makanan dan hiburan.
Kesan segera kelemahan mengurus wang ialah kita tiada simpanan.Prinsip menabung sedikit demi sedikit sukar untuk dilaksanakan.Jika kita menyimpan wang,pelbagai perasaan kurang senang akan timbul.Ada yang gelisah dan tidak keruan.Namun tidak dinafikan ada yang cukup berdisiplin.
Golongan ini tidak ramai.Mereka diam-diam ubi berisi.Gaya hidup sederhana dan lebih mementingkan masa hadapan berbanding masa sekarang.Paling membanggakan mereka dapat menunda keseronokan sehingga tiba masa yang paling sesuai.Tahap kesabaran mereka memang teruji apabila berdepan dengan promosi atau jualan murah.
Sebagai alternatifnya kerajaan telah bertindak untuk menubuhkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha membantu golongan pekerja yang tidak berpencen menghadapi hari persaraan.Kalau nak harap simpan duit memang payah.Ada sahaja rintangan dan cubaan.
Apa yang penting sebenarnya sikap dan cara berfikir menangani kemelut kewangan.Selain berjimat belanja kita harus bijak mencari ruang dan peluang untuk menambah pendapatan.Wang boleh dapat melalui blog atau internet.Bekerja sambilan dan sebagainya.
Pendapatan yang bertambah memungkinkan tabungan bertambah sama ada KWSP,ASB,Public Mutual dan sebagainya.Setiap orang harus menanam prinsip bijak berbelanja menjamin masa tua.
p/s: jangan lupa untuk mengetahui teknik “Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda”
4 komentar untuk " Berita Baik Untuk Pencarum KWSP-Dividen 6.15 % "
Salam manis selamat malam :D
Tak sabar menunggu masanya.. :D
masanya akan tetap tiba juga..sama ada kita tunggu atau tidak..pasrah
kena banyak2 menabung dan bijak berbelanja kan..belum kerja lg..masih student..untuk masa depan nie..:-)
menabung perlu bermula sebaik sahaja kita dilahirkan...masyarakat bukan Melayu sudah membeli premium insuran hayat yang tempoh matangnya 18 tahun dan sebagainya..besar sahaja kita sudah ada banyak duit.
Post a Comment