Ketika membeli buku ini dahulu saya tidak berfikir panjang.Ternyata keputusan yang terburu-buru begitu tidak mengecewakan.Saya amat berpuas hati dan memahami isi kandungan ini dengan penuh minat.
Hukum Tarikan amat popular di barat.Dalam masyarakat kita kurang popular kerana keliru dengan konsep berbaik sangka,fikiran positif,qadak dan qadar.Sedangkan konsep ini selari dengan Hukum Tarikan.
Baca buku ini dapat mengaitkan ilmu Hukum Tarikan dengan ayat ayat AlQuran yang berkaitan.
Sekian.Terima kasih dan mohon permisi.
Judul:Quranic Law of Attraction
Penulis:Rusdin S.Rauf
Penterjemah:Hasnah Ishak
Penerbit:PTS Millennia Sdn Bhd
Tahun:2009 (cetakan keenam tahun 2011)
Ketebalan:146
Harga:RM15.90
Ulasan
Hukum Tarikan cukup popular dalam masyarakat Barat.Hakikatnya ilmu ini berasal dari Al Quran dan Al Hadis serta ada juga diceritakan pelbagai kitab-kitab agama Samawi.
Masyarakat barat (bukan golongan si Nick Xenophon) amat mengkagumi ilmu Hukum Tarikan kerana ia adalah elemen kuasa minda untuk berjaya mendapatkan apa-apa yang diimpikan.Mereka percaya dan mengamalkan dalam kehidupan harian.lebih-lebih lagi kepada tokoh-tokoh hebat dunia dan sebilangan besar pakar motivasi.
Buku ini cukup hebat untuk membincangkan Hukum Tarikan dari kaca mata ajaran agama Islam.Tidak hairan buku ini telah diulang cetak sehingga enam kali.
Penulis telah membuat kajian terperinci berdasarkan Al-quran dan Al hadis.Dia turut mengupas buku-buku asal yang menulis tentang Hukum Tarikan iaitu The Secret karya Rhoda Byrne,The Law of Attraction karya Michael J.Losier dan A Grateful Life:Living the Law of Attraction karya Beth dan Lee McCain.
Penulis berpendapat Hukum Tarikan ialah apa yang kita fikir,rasa dan percaya sama ada positif atau negatif akan datang kepada kita.Namun begitu penulis berpegang kepada ajaran Al Quran iaitu untuk mendapat hasil yang hebat seseorang hendaklah dekat dan membaca Al Quran setiap hari.
Elemen untuk berjaya dikaitkan penulis dengan sifat sabar,syukur dan doa.Ketiga-tiga elemen ini perlu digabung dan dijalin bersama.Mengabaikan salah satunya akan membantut usaha untuk berjaya.
Dalam bab yang ke-4 penulis menyarankan kepada orang yang menghadapi masalah harus merujuk Al Quran sebagai sumber penyelesaian.Al Quran ada nilai mukzijat yang tinggi sebagai manual kehidupan.Segala persoalan pasti terjawab dengan Al Quran.
Bab yang terakhir dijelaskan sekali lagi bahawa untuk berjaya di dunia dan akhirat kita sebagai umat Islam sudah tiada pilihan lagi,hanya Al Quran sahaja yang ada.Baca dan amal Al Quran setiap masa.Usahakan untuk memahami makna-makna ayat Al Quran.Malah gunakan doa dengan ayat Al Quran.Insya Allah kita akan boleh berjaya sebagai mana Hukum Tarikan.
Penulis juga mengesa kepada pembaca supaya teruskan beramal apa-apa ilmu yang ditulis dalam buku ini.Praktik segera untuk menikmati kejayaan yang diimpikan.Jangan tunggu lama-lama takut tidak sempat.Tengok sahaja berita meteroid di Rusia baru-baru ini.
p/s -Ebook Baik Punya.Dapatkan Segera di Sini :9 Formula Pantas Seru Rezeki
11 komentar untuk " Hebatnya Hukum Tarikan Bersandarkan Al-Quran "
nice info ^_^
salam..
rajin beli buku cik gak jarang beli..klu bosan sgt slu bli novel2 sllu yg tebal 400 lebih m/s hee..
membaca tanpa memahami juga sudah mendapat pahala
apa lagi andai dapat faham dan mengamalkannya
fadhilatnya sangat besar
buku law of attraction pernah di baca tapi tak habis.. sebuah buku hebat. tidak hairan laris jualannya
Salam manis.. :)
Bila membaca sesuatu article yang membina harus ada kefahaman dan seterusnya mengamalkan..apalagi AlQuran..
Maka marilah kita memperbanyakkan membaca al-Quran, kerana di dalamnya ada tarikan hidayah bagi kita.. atau mungkin juga bagi orang lain.. ^^
novel pun seronok untuk dibaca bagi memperkayakan perbendaharaan kata
Itu yang hebatnya berkaitan mukzijat al Quran..
saya meminati buku law of attraction..
Sudah semestinya begitu..kefahaman dan pengamalan
Al Quran sumber hidayah...dulu ada teman non muslim yang terbaca tafsiran Al Quran lalu memeluk islam selepas itu..Kuasa Allah SWT
Post a Comment