google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Hebatnya Kalau Ada Wang Yang Banyak | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Hebatnya Kalau Ada Wang Yang Banyak

l1s15

Semua orang mahu hidup kaya raya.Mewah dengan harta benda.Banyak wang berjuta-juta.

 

Kalau banyak wang boleh melancong.Boleh buat umrah,naik haji atau menaja perbelanjaan haji kedua orang tua.Buat pahala pun mudah dengan memberi makan anak-anak yatim,orang miskin dan sesiapa sahaja yang memerlukan.Paling tidak pun menderma kepada Tabung Wira Lahad Datu kelolaan Media Prima.

 

Orang kaya yang dermawan pasti banyak bersedekah.Mereka rela mengeluarkan wang yang ada tanpa berkira-kira.Wang tidak boleh dibawa mati.Namun wang boleh mendatangkan pahala yang boleh dibuat bekal menghadapi hari kematian.Tolak dulu soal keikhlasan kerana ia sukar dibuktikan melalui pandangan manusia.Biar Allah SWT yang berhak menilainya.

 

Manfaat sumbangan orang kaya sudah pasti kepada golongan sasaran.Kaum kerabat yang miskin dan sesiapa sahaja yang memerlukan.Lagi besar sumbangan lagi banyaklah manfaat kepada mereka yang berkaitan.Wah alangkah beruntungnya kalau ada orang kaya dermawan yang bertebaran di muka bumi ini.Mereka tidak leka dengan kehidupan dunia.Sebaliknya sentiasa berbuat kebaikan tanpa selagi hayat dikandung badan.

 

Sedar atau tidak pokok perbincangan saya kali ini soal wang dan sedekah.Jadi kalau hendak banyak wang mesti menjadi orang yang gemar bersedekah.Orang yang bersedekah akan dimurahkan rezeki.Kalau dah murah rezeki pasti jalan untuk menjadi orang banyak wang semakin dipermudahkan.Betul tak?

 

Kalau masih belum yakin cuba-cubalah amalkan tabiat bersedekah.Sedekah kepada mereka yang memerlukan.Jangan pula bersedekah sembrono kerana menidakkan golongan yang lebih berhak.

 

Ada yang cuba bertanya kalau hidup serba berkurangan bagaimana pula nak bersedekah?

 

Maksud sedekah jangan pula disempitkan.Sedekah tidak hanya melibatkan wang ringgit,makanan atau minuman.Berkata baik sedekah.Senyum sedekah dan waima mengutip sampah di jalanan merupakan satu sedekah.Cuma yang menariknya kalau ada wang sedekah lebih bererti kerana hidup ini memang perlukan wang.Ada wang adalah segala-galanya.Bahkan ketiadaan wang mampu mengugat keimanan seseorang dan sebaliknya.

 

Pendek kata carilah wang yang halal untuk keberkatan hidup.Keberkatan itu menjamin wang kita akan bertambah dan bertambah banyak.

 

p/s: Mau tahu cara  cari wang lihat sahaja link ini ‘9 Formula Pantas Seru Rezeki’
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori sembang wang dengan judul Hebatnya Kalau Ada Wang Yang Banyak . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/03/hebatnya-kalau-ada-wang-yang-banyak.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Friday, 29 March 2013

2 komentar untuk " Hebatnya Kalau Ada Wang Yang Banyak "

fieza said...

senang cerita, apa pun kena ikhlas dulu.. itu yg paling pnting..

mrhanafi said...

itu memang saya setuju sangat..ikhlas susah hendak dijelaskan kepada manusia tetapi ikhlas untuk Allah SWT