google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Kembali bersatu hati–Pesan Perdana Menteri | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Kembali bersatu hati–Pesan Perdana Menteri

 

Sebagai koleksi peribadi saya mengenai artikel Perdana Menteri saya petik dari akbar tempatan.Semoga artikel ini memberi manfaat dan kebaikan untuk semua.Berikut ialah artikel yang besar maknanya kepada saya.

 

KUALA LUMPUR 5 Jun - Sempena peristiwa Israk dan Mikraj, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru umat Islam di negara ini agar kembali bersatu hati meneruskan agenda transformasi demi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif.

 

Mengambil contoh Nabi Muhammad SAW yang mengimami solat yang disertai seluruh para nabi semasa peristiwa itu di Masjidil Aqsa, Perdana Menteri berkata, ia menjelaskan kepentingan menyatukan ummah dalam menegakkan risalah Allah di muka bumi ini

 

.kredit gambar kepada www.utusan.com.my

‘‘Oleh yang demikian, sempena peristiwa hebat Israk dan Mikraj ini, marilah kita semua kembali bersatu hati dalam meneruskan agenda transformasi kita untuk menjulang Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang progresif, maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti,’’ katanya dalam perutusan khas sempena peristiwa Israk dan Mikraj 1434H, yang dimuatnaik di laman blog www.1malaysia.com.my hari ini.

 

Beliau berkata, peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku dalam bulan Rejab bagi menyatakan kekhususan Nabi Muhammad SAW itu memberi makna yang besar kepada seluruh umat Islam.

 

Katanya, pelbagai elemen seperti keimanan, sejarah, sirah, politik, sosial, geografi dan teknologi telah digabung-jalinkan untuk dijadikan iktibar kepada umat pada masa ini.

 

Selain itu, Najib berkata, peristiwa itu secara langsung akan terus mengingatkan umat Islam kepada Masjidil Aqsa di Palestin yang merupakan masjid suci ketiga dalam Islam.

 

Perdana Menteri memberitahu, keadaan Palestin hari ini merupakan satu pengajaran akan kepentingan mempertahankan keamanan dan kemakmuran, selain memberi amaran betapa malangnya jika Malaysia diganggu-gugat oleh kuasa asing.

 

- BERNAMA

Artikel Penuh dari http://www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd

 

Sekilas pandang:

Peluang terbaik untuk kita kembali ke nilai agama yang sebenarnya.Bersatu padu demi kejayaan bersama.

Saya sayang Malaysia.Anda juga pun begitu.Mari kita buktikan dengan bersatu hati.Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Kembali bersatu hati–Pesan Perdana Menteri . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/06/kembali-bersatu-hati-najib.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 6 June 2013