google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Perdana Menteri arah prosedur operasi bot, feri di Sarawak dikaji | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Perdana Menteri arah prosedur operasi bot, feri di Sarawak dikaji

 

Kandungan artikel yang dipetik daripada Berita Harian.

 

Kuala Lumpur: Insiden bot karam di Sarawak yang kerap berlaku saban tahun hingga mengorbankan banyak nyawa sejak 1970-an lagi dan terbaru membabitkan bot ekspres terbalik di Belaga, mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak.


Semalam, Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji semula prosedur pelesenan bot dan feri di sungai Sarawak bagi mengelak tragedi bot karam berulang.

 

images

picture souce : www.google.com

Najib mengeluarkan arahan berkenaan dalam tweet terkininya, mengenai insiden terbaru bot ekspres yang membawa lebihan penumpang, sebelum karam di Tanjong Giam Bungan, hulu Sungai Rajang, berhampiran Belaga, 28 Mei lalu.

 

Bot ekspres berkenaan sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk menyambut perayaan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu.


Sehingga semalam, jumlah mangsa selamat ialah 205 orang dengan dua masih hilang dan satu mayat, Tujok Lah dijumpai. Dua mangsa masih hilang ialah Maurice Ajan dan Roslin Jati. Bot itu cuma boleh membawa 75 penumpang.


Kaji aspek penambahbaikan


Baru-baru ini, Najib turut mengarahkan supaya siasatan dilakukan mengenai insiden itu.
Kelmarin pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kementeriannya akan mengkaji aspek penambahbaikan pengangkutan air di Sarawak, termasuk meneliti prosedur pelesenan pengendali perkhidmatan berkenaan.


Hishammuddin berkata, walaupun perkara itu di bawah bidang kuasa Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LLS), kementerian menerusi Jabatan Laut boleh membantu bagi memastikan tragedi bot karam di Belaga yang meragut nyawa penumpang tidak berulang.

 

Ulangi janji


Sementara itu, dalam perutusan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia semalam, Najib menerusi blog rasminya www.1malaysia.com.my menyifatkan isu perlindungan alam sekitar ‘dekat di hatinya’, selain mengulangi janji mewariskan Malaysia yang hijau untuk generasi akan datang.


“Pendirian Malaysia jelas. Pertamanya, kita menyasarkan untuk memastikan 50 peratus bumi Malaysia kekal dilitupi hutan bagi melindungi bio-diversiti. Kedua, kita berikrar untuk mengurangkan 40 peratus daripada emisi pengeluaran karbon dioksida menjelang 2020, berbanding 2005, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dengan iklim stabil dan kita berada di landasan itu,” katanya.


Ketika ini, Najib berkata, Malaysia adalah pengeluar produk tenaga lestari seperti panel solar dan lampu LED selain kerajaan turut meningkatkan dana bagi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sebanyak RM2 bilion sebagai insentif kepada pengeluaran dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau.


“Malah dengan pengenalan skim label ‘GreenTech Malaysia’s carbon footprint’ (CFP), pengguna akan mempunyai kuasa untuk menentukan produk yang akan mereka beli atau mereka guna kemudian,” katanya turut mengalu-alukan pengikut blog dan Facebook beliau menyatakan komen bagaimana boleh menyumbang dalam menangani perubahan iklim dunia.

 

Sumber : www.bharian.com.my

 

Sekilas pandang ,

 

Sarawak sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai sungai yang terpanjang.Jadi tidak hairan sungai adalah pengangkutan utama berbanding pengangkutan lain.

 

Ini kerana muka bumi dan faktor geografi di Sarawak  amat mencabar.Buat masa ini sudah tidak pilihan lagi.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Perdana Menteri arah prosedur operasi bot, feri di Sarawak dikaji . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/06/perdana-menteri-arah-prosedur-operasi.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 6 June 2013