google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya

 

Semua orang menginginkan menjadi orang kaya.Baik dinyatakan secara terus terang maupun berselindung disebalik kata-kata. Biarlah hidup sederhana janji bahagia.Hakikatnya semua orang yang sihat akal fikiran mahu hidup sebagai orang kaya harta dan benda.

 

Jalan untuk menjadi orang kaya terbuka luas kepada kita semua.Jalan yang sudah terbukti ialah berniaga.Dengan berniaga kita dapat 9 per 10 rezeki.Banyak tu..kalau dibandingkan dengan mencari rezeki melalui makan gaji.Meskipun berniaga tidak semudah disangkakan namun tidaklah sesukar mana.Ada orang sudah berjaya dan menjadi kaya.Orang lain boleh mengapa kita tidak boleh?Renung-renungkan.

 

Jika kita melihat disekeliling saya pasti anda tidak terkejut apabila mengetahui orang Cina menjadi kaya kerana berniaga.Sungguhpun golongan ini bukan majoriti tetapi mereka memegang kuasa ekonomi.Mereka menguasai segenap perniagaan dari sekecil kecilnya hingga sebesar-besarnya.Sejarah perniagaan mereka sudah berlangsung sejak belum merdeka lagi.

 

Dalam perniagaan cara berfikir memainkan peranan utama.Cara orang berniaga berfikir sentiasa pantas membuat keputusan.Tidak takut rugi dan berani menghadapi apa apa risiko seperti bangkrap,muflis,kehilangan keluarga dan apa saja yang berkaitan.Mereka juga  berfikir bahawa setiap keuntungan yang bakal diraih ada cabaran dan dugaannya.Jika berjaya melepasi maka cari peluang lain yang lebih tinggi potensinya dan risikonya juga.

 

Di dunia ini kekayaan perlu diraih melalui usaha yang betul . Bijak merebut peluang pada masa tepat.Seperti mana bidalan Melayu lama yang bulat tak akan datang bergolek dan yang leper tak akan datang melayang.Sebelum menjadi orang kaya mereka berusaha dan bekerja keras siang dan malam.Selepas menjadi orang kaya mereka masih mengekalkan cara berkerja seperti sebelumnya.Natijahnya kekayaan mereka ini terus berganda dan berkembang dengan pesat.

 

Perlu kita faham bahawa berniaga adalah satu jihad ekonomi.Kita perlu kaya supaya imej dan martabat orang Islam dipandang tinggi.Kita mampu membantu orang miskin tanpa mengira agama dan bangsa.Kita boleh menjana duit zakat dengan lebih banyak untuk kepentingan ummah.Jika dahulu jihad kepada terkorban nyawa namun kini jihad untuk penguasaan ekonomi.

 

Kini ekonomi cenderung kepada kapitalis. Alangkah baiknya ekonomi ini berubah wajah kepada ekonomi Islam yang lebih adil dan ideal untuk keperluan masyarakat keseluruhannya.Kita hanya ada satu pilihan bijak untuk merealisasikanya.Pilih berniaga sebagai peluang untuk kaya.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya.Apa yang pasti kita boleh kaya melalui perniagaan.Percayalah.

 

p/s: Tengok Sini kalau tak percaya ‘Usahawan Kecil Boleh Berjaya!

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori bicara niaga dengan judul Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/berniaga-jalan-mulia-untuk-menjadi-kaya.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday, 24 February 2013

5 komentar untuk " Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya "

adarain said...

dengan berniaga sebenarnya banyak mengajar kita tentang kehidupan lagi2x bab disiplin....perlukan pengorbanan yang tinggi....In Syaa ALLAH, saya akan bukak bisness, bisnes apa?..rahsia...dalam perancangan..

Unknown said...

Menyulam jarum kebaya panjang..
Bersambung tekad berangan kalbu..
Assalamu'alaikum saya datang..
Melangsung hajat karangan baru...:)

Anonymous said...

Berniaga ni memang susah, memang berisiko, memang perlu perancangan. Jadi, mari kita bersedia untuk menempuhi kesukaran, risiko dan penyediaan perancangan. Insya Allah kita dapat majukan ekonomi orang Islam.

Unknown said...

kebanyakan rezeki datang dr berniaga..9/10 datang dr perniagaan kan..:-)

Hazmin said...

Dalam islam sendiri pun ada kata 9/10 rezeki itu datang daripada berniaga.. Kita sendiri sedar benda tu tapi still tak buat. Jawapannya senang sebab tak berani ambil risiko.